Sunday, 31 March 2013

LAMBAIAN BAITULLAH -PERSEDIAN

As salam rakan-rakan,

Setiap perkara yang kita lakukan dengan niat yang baik dan ikhlas,insyallah akan dipermudahkan untuk diselesaikan. Alhamdullilah process persediaan tahap pertama yang diperlukan untuk di hantar kepada Jabatan Sumber Manusia telah pun dapat diselesaikan dengan mudah. Syukur Alhamdullilah. Kepada rakan-rakan yang first time  ingin mengerjakan umrah ini adalah serba-sedikit info untuk dikongsikan bersama .

1. Suntikan "meningitis" ACYW 135 
Kelmarin selepas balik kerja,aku dan suami pergi ke klinik Roziana yang letaknya berdekatan dengan rumah. Harga suntikan sebanyak RM 120.00. Memandangkan sudah lama tak kena jarum , dalam hati tu ngeri jugak sebab itu aku tak melihat jarum tu menusuk ke lengan aku, doktor perempuan tu pulak  bukan main pandai berkata-kata tu yang aku kurang rasa ngeri sikit. Selepas aku menerima injection turn suami pulak, mak oii camtu rupanya doktor tu cucuk aku.

2. Gambar 
Gambar kena disediakan untuk membuat passport dan visa. Gambar untuk pasport yang berlatar belakangkan warna biru dan gambar untuk visa pula yang berlatar belakang putih pastu di besarkan . fuh aku tengok pun muka aku udah macam talam(dulang). he he he, tak pe lah. Harga gambar semua RM 14 untuk Pasport dan RM 10 untuk Visa, aku minta burn dalam CD kena tambah RM 2.

3.Passport
Inilah first time in my life aku buat passport, kelakar kan tapi inilah kenyataannya dalam hidup aku. Memang betul lah orang kata kena sabar kalau pergi imigresen dan aku telah menempuh dan berjaya melaluinya .  Aku ke Jabatan Imigresen di PKNS Shah Alam. Melangkah di pintu Jabatan tu Aduhaii ramainya umat.Kalau pergi Jabatan Imigresen di PKNS tak perlu isi borang  dalam website tu cuma beratur untuk ambil nombor dan pekerja situ akan hulur satu keping kertas kecil untuk diisi sungguh simple. Tapi yang  syok nya menunggu giliran punyalah memerlukan kesabaran yang tinggi.Namun kesabaran menunggu bagi menyiapkan passport aku memang membuat aku sedar bahawa jabatan imigresen ini kaya, kenapa aku kata jabatan ni kaya sebab korang imagine lah seorang pengguna buat passport paling murah untuk 2 tahun 100 orang, masa itu nombor giliran aku 4197 kalau diconggakkan lagi pula aku buat musim sekolah tu yang lama nak menunggu tu sempat shopping tudung lagi ha ha ha.Jam 2:15 petang aku dapat passport. Yahoo.. ehhh...silap Alhamdullilah.








  
Segalanya selesai so tinggal nak bagi ke Jabatan Sumber Manusia untuk prosess selanjutnya, cadang nak hantar pagi ini tapi manalah lah pulak dokumen aku letak lupa tak jumpa pagi tadi, ingatkan suami dah ambil rupanya dia pun ambil. Balik dari kerja nanti aku selongkar manalah pulak dokumen ni. Ya Allah permudahkan lah.  

Semoga Allah merestui perjalananku dan jemaah yang lain untuk mengerjakan umrah di bumimu Ya Allah.

-Just Sharing-

Sunday, 24 March 2013

LAMBAIAN BAITULLAH- TAKLIMAT UMRAH

As salam semua ,

Minggu lepas setelah diberitahu melalui email bahawa pada 21hb Mac akan diadakan taklimat Umrah di Bilik mesyuarat . Dan pagi keramat tu dengan rasa keterujaan  jam 9 pagi  aku dah terconggok depan receptionist  walaupun aku tau taklimat start pukul 10 pagi. Tapi aku ada alasan musabah sebab office aku jauh daripada bilik taklimat tu..eehh jauh ke ? alasan jer ..kalau jalan kaki memang jauh tapi aku naik kereta  hi hi hi. So dengan penuh kesabaran aku menunggu jer maklumlah masa nak datang taklimat aku dapat green light daripada boss nak pergi taklimat, bila boss kata ok maknanya takpe lah kan. hi hi hi.

Taklimat bermula
Jam 10 lebih maka bermula lah taklimat dan disampaikan oleh En. Raja Mohd Yusof selaku pengerusi untuk 'Package Umrah' nih. Kami diberi penerangan tentang tawaran umrah dan sedikit info tentang tanah kelahiran  junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W. dan beberapa sejarah islam dengan menggunakan slide di bilik tersebut. Di ikuti beberapa pertanyaan daripada peserta dan aku juga tidak terkecuali untuk mendapatkan penerangan yang jelas dan dijawab dengan sempurna oleh tuan pengerusi.  Dan pada pengakhiran taklimat peserta perlu menyediakan beberapa dokumen  untuk pengesahan persetujuan bagi  mengikuti tawaran ini dan dihantar pada 5hb April 2013 ke  Jabatan sumber manusia. Insyallah

Tarikh jangkaan ke Baitullah
Seperti yang aku dengar daripada kawan-kawan yang telah pergi taklimat sebelum group aku, Insyallah aku,suami dan rakan-rakan akan pergi pada bulan Jun 2013 selama 11hari 9 malam. Insyallah. Apa-apapun tarikh sebenar akan dimaklumkan selepas tarikh 5hb April nanti.

Krusus Umrah
Setakat ini aku dan suami sedang mengikuti krusus dan krusus umrah tersebut dibiayai oleh diri sendiri .Dan mengikut taklimat hari itu , Tabung Haji juga ada menyediakan krusus pada setiap minggu pertama dan kedua dengan percuma di Bangunan Tabung Haji di KL dan Juga di Kelana Jaya.

Peringatan buatku daripada taklimat tersebut ialah :-
1. Pemergian kita ke Baitullah dengan keikhlasan beribadah
2. Mendapat jemputan daripada Allah untuk menunaikan Umrah
3. Muhasabah diri dengan sembahyang taubat dan menghindarkan diri daripada melakukan perkara yang dilarang.
4. Menyediakan  beberapa  perkara untuk dihantar ke Jabatan Sumber Manusia
5. Mempersiapkan mental dan fizikal
6. Mencari ilmu ,berkrusus supaya dapat menjalani ibadah dengan sempurna

Semoga dengan catatan ini dapat mengingatkan aku dan memberi informasi kepada semua yang sudi membaca blogku. Catatan ini diberi secara percuma.

Nanti ada kelapangan aku akan titipkan cerita aku menjalani krusus Umrah & HaJi di Surau Haji Ismail , Puncak Alam. Disitu aku mendapat kawan baru yang sebelum ini aku memang tidak pernah berjumpa dengan nya.

 Semoga Allah permudahkan segala urusanku 
 Amin Ya  Ya Rabilalamin,

-Just Sharing -

Wednesday, 20 March 2013

LAMBAIAN BAITULLAH



Alhamdullilahirabil Alamin, syukur kehadrat Allah kerana memberi rezeki kepada ku dan suami untuk mengerjakan Umrah dengan ditaja oleh majikan atas sebab 'Long service' . Setelah berkhidmat kira-kira 20 tahun dengan majikan yang berstatus company besar , syarikat tempat ku berkerja bermurah hati untuk menaja staff yang telah berkhidmat selama 15 tahun dan aku , suami dan kawan-kawan yang lain menerima package umrah pada tahun ini.  Esok aku akan mendengar taklimat mengenai tarikh dan persedian ke tanah suci dan aku harap aku dapat maklumat bagi persediaan ku nanti.

Anak-anak, setakat ini  kerap kali memberitahu nak ikut mama pergi Umrah. Terutama si Kecil  dia kata "tak kira zana nak ikut mama pergi umrah,muktamad'. Aduh aii boleh macam tu lak ayatnye ya. Yang si Angah pun begitu, malam tadi dia tiru ayat adik bungsunya, Nasib baik si kakak yang sulong tu cool saja. Dia lah yang menerangkan kenapa Mama dan ayahnya akan pergi ke tanah suci . Moga-moga Alla mempermudahkan urusan ku dan suami serta melindungi anak-anak semasa ketiadaan ku nanti.

Hatiku rasa tak sabar untuk pergi memandangkan aku pun sedang mengikuti krusus umrah dan haji di masjid yang berdekatan dengan rumah untuk mendapat ilmu. Kalau kita tiada ilmu memang akan blur, sebab aku pun sebenarnya masih tak jelas dan agak blur...Kerana inilah pertama kali aku join krusus ni. Apa-apa pun moga dipermudahkan. Insyallah.

Esok aku akan postkan taklimat dan tarikh pemergianku . Jika ada kelapangan aku akan coretkan sedikit ilmu dan kenangan di Tanah suci mekah  nanti. tunggu ya.

Terima kasih - AIROD SDN BHD, Saya sayang AIROD.

Sunday, 17 March 2013

SANTAI PETANG TENGOK KARTUN



Huh, boringnya petang-petang ni ye. Nak buat apa ye. Jenguk keluar  tak de sapa yang boleh buat kawan menyembang, tak da yang  keluar pulak, nak mengetuk pintu nak berborak memang tak da lah.Hubby pulak tido pulak, penat kot. Anak-anak pulak tengok kartun. Last-last Uda join diaorag tengok kartun. Nama karton tu BOBOBOY di TV3 sambil mengunyah cokkie pemberian dari jiran. Terima kasih Ida.Layanlah.

Kartun zaman sekarang ni beza betul dengan zaman 80'an. Gerakan animasi tu betul-betul hidup. Sekarang ni pencipta kartun menggunakan telah menggunakan software yang canggih dan  moden seiring dengan zaman in. Entahlah uda pun tak berapa tahu dalam bidang ni, tapi Uda ada kawan yang kerjanya melukis kartun.Dengan adanya FB alhmadullilah dapatlah jumpa kawan-kawan lama dan pada tahun lepas setelah berbelas tahun tak jumpa dan kebetulan Uda nak kenduri Kahwin di Sungai Buloh, Uda terjah  opis dia di Sungai Buloh maklumlah kawan lama . Cita-cita dia nak menjadi pelukis kartun tercapai jugak. Alhamdullilah.Uda kenal dia pun masa Uda kerja di JVC di Seksyen 20 Shah Alam. Masa tu Uda masih single dan umur pun muda lagi. Masa kerja di JVC kawan Uda ni suka sangat melukis, tak kira lah pantang ada kertas dan ruang kosong ringan jer tangan dia melakar kartun. Kadang-kadang tu kitaorang dok berkumpul sambil gelak-gelak tengok kartun dia.Dia pulak suka melakar kartun watak kawan-kawan dan kerja harian , itu yang kami terkekek-kekek ketawa.Nak dijadikan cerita pada satu hari kawan Uda tu kena dipanggil oleh pihak pengurusan ditempat kerja Uda tu, nak tahu pasal apa? Sebab kartun yang dia lakar di kotak tu sampai di Syarikat Jepun dan dia dipanggil atas sebab tu ha . He he he, Kelakar kan. Last-last dia pun minta berhenti dan join buka syarkat aminasi bersama-sama kawan-kawan dia nama syarikat Bluepipestudio Sdn Bhd. Bangga sungguh Uda pd kawan Uda nih walaupun uda takde share dengan dia.Caya lah bro.

http://freewebcomic.com/site/wp-content/uploads/2010/05/LanNaruto3_suhairi.jpg
Inilah kartun dia

Tersenyum simpul tuan punya kartun




Uda ucapkan selamat berjaya kepada Uzumaki Suhairi, Semoga berjaya dan terus berjaya.

Friday, 15 March 2013

DISEBALIK MADU


Salam sejahtera.

Pernah tak kawan-kawan membeli madu berbagai jenis madu dijual. Dahulu madu selalu ditemui di kawasan perkampungan asli tapi kina tidak lagi.Sekarang madu mudah dicari apatah lagi setelah dikomersialkan dan dijual dipasar-pasar raya dan tidak pasti kandungan madu tersebut masih asli atau telah dicampur dengan bahan lain. Bagi pengguna yang mementingkan keaslian, sudah pasti mereka akan mendapatkan madu tersebut daripada tempat pembiakan lebah dan tempat penghasilan madu . Tidak dinafikan juga madu adalah makanan yang kaya dengan khasiat. Namun tidak ramai yang tahu bahawa madu sebenarnya tidak selamat diberikan kepada bayi berusia bawah satu tahun. Jom uda nak share info ini .

Madu mengandungi spora sejenis bakteria, clostridium botulinum yang menyebabkan penyakit berbahaya iaitu botulism. Spora ini sukar dibunuh, tanan panas jika dididihkan beberapa jam atau melalui  proses penapisan.

Apa itu botulism?
Botulism biasanya menyerang saraf dan menyebabkan mata kabur,kelopak mata tertutup sedikit,kesukaran bernafas dan menelan air liur. Malah bayi juga akan muntah-muntah,cirit-birit serta sakit badan.

Kenapa tidak digalakkan?

Usus bayi adalah persekitaran yang sesuai untuk spora ini, apabila bayi memakan madu, spora tersebut akan membiak dan menghasilkan sejenis toksin. Toksin ini akan diserap masuk ke dalam usus bayi yang masih tidak matang dan seterusnya menyebabkan botulism.

Gejala Batulism.

Terdapat sesetengah kes batulism bersifat sederhana, namun ada juga yang berbahaya sehingga menyebabkan kematian. Kemuncak umur penyakit ini berlaku ialah dua hingga empat bulan. Sungguhpun begitu begitu risiko tetap ada pada usia satu minggu hinggga 11 bulan. Kebiasannya gejala muncul dalam jangka masa 18 hingga 36 jam. Kesimpulan anda tidak digalakkan memberi bayi makan sekiranya umur mereka di bawah setahun. Sekiranya muncul simpton ini segeralah berjumpa pakar kanak-kanak. Jika gejala ini berlanjutan sehingga menyebabkan bayi mengalami lumpuh tangan, kaki, badan dan masalah otot pernafasan.
  • Simptom perut berbeza daripada kebiasaan(unusual gastrointestinal symptom), berkemungkinan berlaku kerana keracunan makanan dan makanan tercemar.
  • Kepenatan dan tubuh lemah
  • Susah mengawal kepala
  • Pertukaran nada nangis (altered cry)

Bagaimana pula dengan orang dewasa?
Jawapannya YA, bagi kalangan orang dewasa adalah selamat untuk dimakan. Usus orang dewasa mengandungi asid secukuonya untuk menyahkan toksin yang dihasilkan spora ini. YA untuk dewasa tapi TIDAK untuk bayi.

 -Just Share-


Monday, 11 March 2013

DOA STREES DAN MEMASAK


Kerja di office  ni adakalanya memenatkan dan rasa sakit hati pun iyer, nasib baik ada kawan rapat yang boleh share the story. Kerja punya kerja tak perasan jam dah pukul 5 lebih ,dah cukup time, apa lagi ditunggu apalagi angkat beg balik lah.Keluar daripada pintu bangunan office my hubby memang sedia menunggu, "sorry bang"  ayat pertama ditujukan pada hubby. Hubby kata "tak pe".ayat yang biasa dia jawab. Oleh kerana ada yang terbuku dihati di office tadi, uda ceritakan balik pada hubby, entahlah tak puas rasanya kalau tak cerita dengan hubby bila dah cerita tu baru lega. Suami isteri kan kena share kan. Itu lah lumrahnya bila berkerja kata orang " asam garam kehidupan" bagi wanita yang berkerjaya. adi kenalah banyak bersabar dan banyak berdoa.

Doa tenang hati

"Rasulullah bersabda kepada 'Aisyah radiallahuanha katakan kepadanya : Letakan tangan kananmu dekat bahagian hatimu dan sapukan ia sambil membaca doa"
 
بِسْمِ اللهِ، اَللهُمَّ دَاِونِي بِدَوَائِكَ وَاشْفِـنِيْ   بِشِفـَائِكَ
وَأَغْنِنِيْ  بِفَـضْلِكَ عَمَّنْ سِوَاك

Dengan nama Allah , Wahai Allah, rawatilah daku dengan Rawatan-Mu, sembuhkanlah daku dengan Penawarmu dan Cukupkan daku dengan kelebihan yang ada padamu dari mengharapkan selain dari-Mu.

  
Kerja Oleh kerana mood memasak dirumah akan ditunda pada hari esok dengan jasa baik hubby, lauk pauk akan dibeli dikedai yang berdekatan. Terima kasih hubby so anak yang akan  pergi tuisyen malam tadi sempat makan sedikit sebelum ke kelasnya. Lepas lipat kain tu agak-agak jam 930 malam tu tetiba jer nak masak, tapi nak masak simple jer lah. Apa ya yang senang nak masak ? Oh minggu lepas ada beli kulit pastry puff ada dalam peti ais so uda decide nak masak puff sardin dan puff tuna. Eh macam kat hotel rasanya , itu kata hubby lah , he he kembang hidung sekejap, anak-anak yang lain dok senyum jer.  Resepi ni uda ceduk daripada blog masam-masam manis by Ita. Trimas masam-manis . .


SARDINE PUFF

1 peket kulit pastri puff segera bersaiz 10 x 10cm jenama "KAWAN"

Inti
1 tin sardin sedang, ambil ikannyer sahaja, buang tulang tengah dan lenyek
atau 1 tin tuna
2 ulas bawang putih - cincang

1 biji cili merah - cicang
1 inc halia - cincang
1 labu bawang besar - potong dadu
sedikit minyak untuk menumis
2 sudu besar sos cili
secubit garam
3 biji limau kasturi perah airnyer
atau boleh gantikan dgn air asam jawa.

Sapuan :
1 biji kuning telur


Selamat mencuba dan memasak.

-JUST SHARE-

BAKING CLASS - KEK SPAN VANILLA 2B6 VS IBU-IBU 2B6

Apakhabar semua, diharap kawan-kawan Uda sihat-sihat belaka, sesiapa yang tidak sihat tu cepat-cepat pergi jumpa doktor ambil ubat. Sekarang cuaca tak menentu , suhu badan pun berubah-ubah tu yang kena aware sikit, umur pun bukan muda lagi. Baru-baru ini pun anak manja Uda pun baru baik demamnya, hari ni  pulak dia nak sambung cuti iskk..isk ada ke dia koyak surat cuti yang doktor bagi..saja je kan nak menguji kesabaran kita ibunya. Jadual harian Uda dan hubby buat beberapa bulan ni memang padat sampaikan hari minggu tak lekat kat rumah, pergi pagi baliknya petang lepas tu badan letih program masak memasak dirumah pun jarang. Nasib baik hubby Uda ni kira ok gak lah, kalau tak memasak maka di belilah lauk di kedai dan Uda hanya masak nasi jer, dah settle. Semalam petang di kawasan perumahan Uda  diadakan 'baking class' oleh salah seorang penduduk tetap disitu . Belajar buat kek, mulanya Uda rasa memang tak boleh nak join sebab kepadatan jadual tu tapi nekad jer lah akhirnya dapat juga join walaupun disaat akhir pelajaran kena lari nak ambil anak balik dari kelas tuisyen, tapi sempat bergambar sakan..kih kih..ambil berkat kata orang. Disini Uda kongsikan bersama resepi dan gambar yang wajib ditonton semua tidak mengira umur. Apa-apa pun terima kasih pada Ida kerana sudi memberi tunjuk ajar yang sangat berguna.
Khusyuknya Ustazah Normah 

First time menyapu cream pada kek
 
Inilah hasilnya

Gambar kenangan
KEK SPAN VANILLA

Bahan:-
120g gula kastor
10g Ovalette
4 biji telur gred A
40g susu (fresh milk)

130g tepung kek  - diayak
1 sudu teh serbuk penaik - diayak
60g minyak masak (myk jagung)/mentega cair
1 sudu teh esen vanilla

Cara-cara:-
1. Satukan gula kastor,ovalette,telur &bahan yang diayak kedalam mangkuk pengadun. Masukkan dalam mixer dengan kelajuan perlahan untuk sebatikan dan tukar kelajuan tahap maksimum sehingga kembang selama 5 minit.
2. Perlahankan kelajuan dan tuangkan susu  esen vanilla,mixer yang tadi jangan dihentikan malah dengan kelajuan maksimum selama 5 minit sehingga adunan tadi ringan dan gebu.
3.Masukkan minyak atau mentega kacau sehingga sebati.
4. Tuang adunan dalam acuan  dan bakar dengan kepanasan suhu 135c-140c selama 45 minit.
5. Setelah masak , terlangkupkan agar tidak mendap, selepas 5 minit terbalikka semula dan lorek tepinya dengan pisau dan keluarkan kek. Biarkan kek sejuk dan kemudian boleh lah dihias.

       Tip daripada Ida.
1. Masak guna api bawah dulu selama 10 minit, kemudian selepas 10 minit ditukar pada api atas bawah.
2. Kalau tiada stok fresh milk boleh diganti yogurt atau mayonis atau susu tepung dengan sukatan 1 sudu teh.
3.Tepung di ayak tujuannya supaya kek ringan.