Alhamdullilahirabil Alamin, syukur kehadrat Allah kerana memberi rezeki kepada ku dan suami untuk mengerjakan Umrah dengan ditaja oleh majikan atas sebab 'Long service' . Setelah berkhidmat kira-kira 20 tahun dengan majikan yang berstatus company besar , syarikat tempat ku berkerja bermurah hati untuk menaja staff yang telah berkhidmat selama 15 tahun dan aku , suami dan kawan-kawan yang lain menerima package umrah pada tahun ini. Esok aku akan mendengar taklimat mengenai tarikh dan persedian ke tanah suci dan aku harap aku dapat maklumat bagi persediaan ku nanti.
Anak-anak, setakat ini kerap kali memberitahu nak ikut mama pergi Umrah. Terutama si Kecil dia kata "tak kira zana nak ikut mama pergi umrah,muktamad'. Aduh aii boleh macam tu lak ayatnye ya. Yang si Angah pun begitu, malam tadi dia tiru ayat adik bungsunya, Nasib baik si kakak yang sulong tu cool saja. Dia lah yang menerangkan kenapa Mama dan ayahnya akan pergi ke tanah suci . Moga-moga Alla mempermudahkan urusan ku dan suami serta melindungi anak-anak semasa ketiadaan ku nanti.
Hatiku rasa tak sabar untuk pergi memandangkan aku pun sedang mengikuti krusus umrah dan haji di masjid yang berdekatan dengan rumah untuk mendapat ilmu. Kalau kita tiada ilmu memang akan blur, sebab aku pun sebenarnya masih tak jelas dan agak blur...Kerana inilah pertama kali aku join krusus ni. Apa-apa pun moga dipermudahkan. Insyallah.
Esok aku akan postkan taklimat dan tarikh pemergianku . Jika ada kelapangan aku akan coretkan sedikit ilmu dan kenangan di Tanah suci mekah nanti. tunggu ya.
Terima kasih - AIROD SDN BHD, Saya sayang AIROD.
Insyallah..
ReplyDeleteNice blog~~~
ReplyDeleteTk ya, simple blog jer.
Delete