Pada minggu lepas selepas mendapat panggilan talipon daripada urusetia umrah syarikat, dia memberitahu beberapa dokumen perlu di sah kan sebelum urusan visa dan pengesahan tersebut adalah atas arahan Arab Saudi yang berkuat kuasa serta merta. Aku pun berapa pasti sebab apa disuruh buat macam tu. Dan pengesahan itu kena buat sendiri bukan agensi yang dilantik oleh syarikat yang kena buat. So aku buat keputusan untuk mendapat pengesahan semua dokumen tu pada hari Jumaat. Setelah semua dokumen tu dibuat kena pula pergi ke Wisma Putra untuk pengesahan jugak. Aku blur jugak sebab tak pernah pergi ke tempat-tempat tu. Dokumen yang perlu disahkan ialah surat beranak,sijil nikah. Pada Jumaat yang cerah itu setelah meninggalkan barang-barang keperluan anak-anak sekolah di pusat jagaan anak-anakku. Selepas itu aku dan suami terus ke Shah Alam untuk ke Jabatan Agama Islam.
Jabatan Agama Islam, Shah Alam.
Hari Jumaat tu aku dan suami pertama kali melangkah ke Jabatan Agama Islam, Shah Alam. Kelakar juga aku sekeluarga pernah tinggal di Kawasan Shah Alam tapi masih teragak-agak lagi mana pejabat Jabatan Agama Islam bagi zon Shah Alam. Dengan rasa berbaur aku ikut je langkah suami aku, lepas bertanya staff yang menjaga kaunter tu untuk dapat pengesahan akhirnya jumpa jugak tempat yang dituju setelah beberapa jabatan yang tak relevant untuk tujuan aku tu. Oh Tuhan
Jam 8:15 pagi aku orang kedua sampai selepas seorang pakcik yang nak buat pengesahan macam aku,tidak sampai 20 minit dah siap. Alhamdullilah Allah permudahkan. Selepas tu kami akan ke JPN untuk pengesahan surat beranak pulak.
 |
| Tempat letak kereta - Pelawat |
 |
| Add caption |
Alamat :Bangunan Sultan Idris Shah 2 Persiaran Masjid, 40000 Shah Alam
Phone:03-5514 3400
Jabatan Pendaftran Shah Alam, Selangor
Oleh sebab pagi lagi, Jabatan Pendaftaran di Shah Alam agak lenggang daripada time tengahari, Kelihatan pekerja-pekerja di bagunanan membawa bekalan ke pejabat mungkin diaorang beli untuk time breakfast pagi tu. Sebenarnya perut aku pun berkeroncong gak Al-maklumlah aku hanya minum segelas air sebelum keluar rumah dan kebiasaannya kalau hari kerja aku akan breakfast di pejabat jer. Oleh kerana ada tuntutan yang perlu dilunaskan jadi aku tahan dulu. Seperti di Jabatan Agama Islam tadi pelanggan tak begitu ramai aku pun terus mencari kaunter dan bertanya untuk mendapatkan pengesahan. Petugas perempuan yang ada disitu menyambut dokumen daripada aku dengan senyuman manis. Hari ini aku dilayan dengan baik bukan di JPN malah di Jabatan Agama Islam . Setelah menunggu nama aku dipanggil untuk mengambil dokumen yang telah disahkan dengan tiada bayaran. Alhamdullilah selesai 50%. Setelah selesai suami mengajak breakfast di kedai mamak yang berdekatan .
 |
| Aras 6, Bangunan Massalam |
 |
| Peta ke JPN, Shah Alam. |
Alamat : Jabatan Pendaftran Shah Alam, Selangor
Plaza Masalam 2
Jln Tengku Ampuan Zabedah E 9/E
Shah Alam , Selangor
Tel : 03-55197155
Wisma Putra, Putrajaya
Ingatkan nak guna GPS untuk cari lokasi Wisma Putra tapi tiba-tiba bateri handpone aku habis,aku pun lupa nak find out location Wisma Putra, Teringat yang adik aku pernah kerja di Putrajaya , aku pun terus tanya dimana Wisma Putra. Dia kata Wisma Putra tu kat Presint 2. Ok kami pun terus ke Putrajaya cari signboard Presint 2. Bila dah masuk presint 2 aku dan suami penyakit blur kami datang balik, sebab ada satu roundboard mana satu nak ikut. ahhh sudah. At last aku call kawan aku , dia yang tolong tunjuk arah jalan . Kebetulan GV aku pakir betul-betul berrsebelahan dengan bangunan tempat dia berkerja iaitu PJ Holdings . Dari office dia nampak grand Livina aku bergerak, aku pun tak lepas handphone sampai dia kata traffic light simpang empat masuk kiri, masa tu aku dah nampak signboard Wisma Putra. Terima kasih Aini. Lebih kurang 1230 aku dah sampai. Tiba kat sana , mak aiii ramainya orang..aku beratur ambil nombor giliran. Aku tanya pertugas kaunter tu sempat ke sebelum sembahyang Jumaat , dia kata biasanya dia akan habiskan jugak kira tak rehat lah.aku pun rasa lega gak, sebab aku tengok jadual pelawat tu hari jumaat 8pagi -12:30 tengahari , dan kembali 2:45 ptg - 4.00 ptg.
Sesiapa yang ada urusan di Kaunter Isma Putra, aku nasihatkan pergi pada hari Isnin hingga hari Khamis. Jangan pergi hari Jumaat. Aku dah tersilap hari tapi tak mengapa satu pengetahuan untuk diri aku.

Kalau nak diingatkan kejadian kat Wisma Putra menyampah gak, tapi oleh kerana info ini akan membantu rakan-rakan aku taip gak. Kejadian tu tak lah teruk sangat tapi geram gak ...bacalah sampai abis dulu. Sedang aku menunggu nombor giliran dipanggil aku saje lah baca info yang ditampal di dinding disekitar bangunan tu pastu nak sedang aku adjust hanphone aku nak snap suasana di Wisma tu nak masuk dalam blog aku . Tiba-tiba pak guard tu sergah aku dia kata "kenapa awak ambil gambar saya, dengan muka tak puas hati", aku pun terkejut gak, aku kata mana ada. Suami aku kata aku ambil gambar suasana sini. Pak guard tu diam .Ek eleh perasan betul macam lah hensem sangat tak kuasa kau nak ambik gambo ko. Setakat pak guard apa lah sangat kan. tak heran aku. dari kejadian tu beberapa orang dok pandang aku, aku wat dek jer..hinggalah nombor giliran aku dipanggil lepas serahkan dokumen tu petugas tu kata datang balik lepas sembahyang Jumaat. Aduh inilah satu-satunya dugaan yang aku tempoh sepanjang penyediaan dokumen. Oleh kerana time sembahyang belum tiba aku dan suami ke Masjid Putrajaya dan parking area situ. Sementara menunggu waktu sembahyang kami pergi makan di kedai yang berdekatan.
 |
| Makanan lunch aku |
Lepas makan tu aku dan suami pergi ke Masjid Putrajaya untuk suami menunaikan sembahyang Jumaat, aku pulak menunaikan sembahyang zuhur. Masa nak masuk masjid tu ramai juga orang-orang kenamaan bersembahyang di situ. Akhirnya penantian untuk pengesahan selesai dengan bayaran RM 80.00. Alhamdullilah.
Penyerahan dokumen ke HR
Pagi tadi suami pergi pejabat HR dan menghantar segala dokumen yang siap disahkan kepada urusetia Umrah, nampaknya tiada masalah setakat ini dan tinggal urusan mendapatkan visa saje. Visa akan diuruskan urusetia umrah syarikat.
Semoga perjalanan aku ke Baitullah dipermudahkan. Insyallah.
-Just Sharing-