Alhamdullilah, syukur kehadrat illahi kerana dapat menulis lagi di blog ini tanpa di paksa dan rela, bukan saja untuk rakan-rakan malah untuk diri sendiri agar tidak lupa.
Oh ya, semalam adalah pelajaran terakhir untuk pelajaran Umrah dan Ustaz Zainal memberi kesimpulan dan membuka seisi soal jawab. Kakak yang duduk sebelah aku , namanya aku tak tau tapi lawa orangnya..he he. Dia bertanyakan soalan tentang kedatangan haid bagi wanita ketika tawaf. Oh aku pun tak terfikir mungkin disebabkan pengalaman dia pernah pergi umrah pada tahun lepas , soalan itu yang bermain di kepalanya. Aku tumpang mendengar. Kakak tu tanya "Ustaz, sekiranya seorang perempuan sedang mengelilingi tawaf kemudian tu dia terasa macam dia datang haid, macam mana ustaz, ada niat apa-apa tak?" dan aku mulanya tak faham gak soalan tu sebab tak pernah terfikir kan. Kemudian Ustaz bagitau pada peserta krusus Ustaz kata " okey sekiranya tiba-tiba perempuan itu datang haid maka dia kena niat takliq iaitu niat keluar" dan perempuan itu terbatal tawaf dan tidak boleh mengerjakan ibadah Umrah dan kena bertahlol(bergunting) dan kena tunggu haid bersih kemudian kena buat Umrah sebelum balik ke tanah air" Jika didaam haid boleh lah bertasbih atau bertasmid.Oh ye ke begitu detik hati aku. terima kakak kerana bertanya soalan macam tu. Kakak tu bagitau kalau nak pergi Umrah pergilah time free haid, dia ada bagitau sedikit pengalaman dia di tanah suci, Mekah dan sedikit info, aku apa lagi ambil kesempatan mencatit kat buku nota dan ucapkan terima kasih kerana bagi info yang sedikit tapi berharga buat aku. Terima kak tapi aku tak tau nama dia. Minggu depan kalau diizinkan olehNya aku harap dapat duduk sebelah dia. Mana tau dapat info lagi. Insyallah. Namun sapa pun duduk sebelah aku , aku tak kisah sebab diaorang baik-baik belaka dan menolong memahami apa yang aku tak faham..blur betul ish ish ish.
Aku harap dengan informasi ini dapat meleraikan sedikit kekusutan tentang kehadiran tetamu bulanan ini. Insyallah.
-Just Sharing-

No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana sudi membaca catatan saya. Sila kembali lagi.