Barangsiapa yang berpaling dari dzikir (Rabb) Yang Maha Pemurah (Al
Qur’an), Kami adakan baginya syetan (yang menyesatkan), maka syetan
itulah yang menjadi teman yang selalu menyertainya.
[Az Zukhruf:36].
Ya Allah kau tetapkan iman ku dan kuatkan semangatku, pagi ini sepatutnya aku bangun seperti biasa. Alarm jam memang dah set awal-awal tapi bila bunyi alarm, badan rasa malas nak bangun. Aku menunaikan sembahyang sunat seperti biasa tetapi dengan waktu yang agak suntuk sehingga sembayang witirku nak masuk waktu subuh. Masyallah. Semakin dekat tarikh pemergian ku ke Baitullah semakin banyak dugaan,dugaan bangun seawal pagi memang aku sedar bahawa syaitan akan menghasut umat Nabi Muhamad S.A.W sehingga hari kiamat. Mengingatkan perkara itu aku bangun terus ke bilik air untuk mandi dan bersolat. Lepas bersolat aku rasa badan segar dan ok jer. Memang ini kerja syaitan laknatullah. Ya Allah ampuni kelalaianku. Setelah menyediakan sarapan pagi untuk anak-anak aku bersiap-siap untuk ke tempat kerja. Kiranya setiap pagi setakat ni aku tak miss untuk menyediakan sarapan anak-anakku, sebelumnya suamiku yang menyediakan..trimas atas budimu ya suamiku.
Berbalik kepada permergian ku ke Baitullah, aturcara pakej Umrah telah pun aku terima melalui seorang peserta dan sahabat yang akan menyertai pakej ini , memandangkan aku tidak dapat menyertai teman-teman yang lain berkrusus di sediakan oleh Travel Agensi dan Syarikat .
Setelah meneliti perjalanan aturcara pakej umrah , huh dadaku berdebar-debar kenapa ya..mungkin teruja. Alhamdullilah tidak sabar rasanya untuk menjejakkan kaki di Baitullah .
Harapanku ini agar kami semua dilindungi Allah dan diberkati olehNYa dan mendapat umrah Mahbrorah. Insyallah.
Untuk anak-anakku bersabarlah dan berdoalah agar mama dan ayah pergi dan kembali dengan selamat dan dirimu dilindungi ALLAH, dan jangan nakal-nakal. Terima kasih kepada adik iparku yang sudi membantu dan menemani anak-anakku.
No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana sudi membaca catatan saya. Sila kembali lagi.