Monday, 28 October 2013

Bestnya Santai di Pangkalan Balak

Aduhaii..bila tengok kain baju yang bertimbun tak berbasuh terus rasa penat. Mata pulak rasa mengantuk jer ..walaupun perut rasa lapar aku tetap tutup mata.. eee mengantuk tul apatah lagi kat luar cuaca sejuk .

Semalam kat PD sempat juga aku dan keluarga menyelit kat banglo yang disewa oleh adik ipar. Jika dilihat dari mata kasar memeng woowww best nya .Mulanya beragan seanadainya banglo ini "ana yang punya". Kekemasan banglo memang tip top.Yang paling best adalah yang menjadi tarikan anak-anak kami ..ialah "pool"nya...seronok sakan diaorang tambahan pulak kehadiran sepupu-sepupu yang comeyy belaka. Keriangan mereka di 'pool' memang tidak boleh dipertikaikan..memang meninggalkan kenangan . Aku tak dapat 'join' game di pool atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Sebelum kami tiba di banglo ni kami menantu memang dah plan seorang sedikit bawa makanan , ye lah bawa yang simple2 jer macam kuih-muih sekadar untuk minum petang. Alhamdullilah semua yang hadir membawa bekal yang boleh dimakan sampai esok pagi. Meja makan kepunyaan 'owner' banglo sarat dengan makanan yang kami bawa.  Lepas makan dan berbual malam berpindah lah ke bilik masing-masing..Ok not bad , kemas dan yang penting bilik airnya  cantik dan stylo gitu, ye lah kan banglo orang kaya.  Amat selesa. Malam tu nak pekena western food di restoran bersebelahan dengan banglo ni. Ikan salmon panggang..fuiii memang sedap atau pun memang perut ku kelaparan. ha ha ha. Bedal jer lah.

Bukan nak memuji sangat lah banglo ni tapi bagi yang mahukan privasi memang sesuai. Banglo ni pulak memang betul-betul berhadapan pantai dan bila mentari terbenam keasyikan aku merakam kenangan itu.  Di waktu pagi pula aku berjalan ditepi gigi pantai sementara menunggu sarapan pagi yang disediakan oleh pihak banglo itu sendiri. Tetapi bagi aku walaupun pun banglo ini cantik namun aku rasa inilah kali pertama dan terakhir aku akan menginap disini. kerana apa, kerana 'owner' banglo ni memang cerewet. Pada tua punya Banglo 'Owner' berkira sangat jangan lah sewa,sila lah tulis siap-siap dalam web 'Food not allowed'. Kita yang menginap ni orang kampung mesti nak bawa makanan sementara menunggu makan malam, itupun si "owner " jeling-jeling. Yang tak boleh tahan tu..bila anak-anak msuk bilik daripada pool, si "owner" dan stanby mop untuk mengelap dengan muka yang berapa manis. Eii  ...malas nak citer bagi mereka yang ingin menginap pastikan dapat information dulu. Yang kelakar pulak boleh pulak "owner' menyatakan rasa tidak puas hati kepada kami padahal kami tidak mintak kurang pun sesen.Satu lagi sesuai ke nasa banglo ni casa Rasa Sayang..mana rasa sayang tu..tiada langsung di hati dan sekadar pada nama saja. Ahhh..


Peace Ani...Makan sampai kenyang

Sedondon,sehati ,sejiwang..

Melakar kenangan di Casa Rasa Sayang

Anak-anak semua happy ya..

Tido ye Ayah..

Hasil dari tepian pantai -Remis

Indahnya di pagi hari

ee..tulis apa tu..Korea band



Aqis nape..monyok jer


Bilik peraduan kami se family 

Bila mentari mulai terbenam

Keindahan banglo Casa Rasa Sayang..?

Friday, 25 October 2013

Kepulanganmu Ayah amat kami nantikan .

Detik tarikh yang ditunggu kini tiba. Penantian selama 16 hari kini berakhir pada semalam. Pemergian ayah dan Maya tempohari meninggalkan rasa rindu kami kepada mereka. lebih-lebih lagi mak yang sentiasa menanti panggilan Maya bagi bertanya khabar ayah. Maklumlah suami yang memang tak pernah berenggang dengannya sepanjang hidupnya sehinggalah waktu keberangkatan ayah yang nyaris-nyaris ayah tidak dapat pergi menunaikan haji kerana tidak merelakannya. Jam 7:30 malam, ayah dan rombongan pakej telah pun selamat sampai di KLIA. Namun kami 7:30 malam itu masih belum muncul di balai ketibaan. Agak jam 8:15 malam barulah kelihatan ayah,maya,Ustaz Firdaus dan beberapa ahli rombongan menunju ke arah kami. Alhamdullilah kami panjatkan kesyukuran kepada Nya kerana sekembalinya ayah dan Maya dengan keadaan kesihatan yang baik.Detik itu juga buat pertama kalinya aku melihat ayah dan mak memeluk erat untuk menyatakan kerinduan mereka yang hanya mereka saja yang dapat mentafsirkan. Ku amati wajah ayah, bersih dan segar .Jika dibandingkan dengan wajahnya sebelum pergi. Itulah kelebihan yang Allah berikan, dan aku dapat merasainya . Syukur kepada Allah subhawataa'la. Sesungguhnya setiap perbuatan yang baik dan berlandaskan keikhlasan akan diberikan rahmat dari Allah. Aku berharap aku juga dapat menjejakkan kakiku bagi menunaikan haji bersama ibu dan suamiku sebelum ibu menutup mata. Dan dapat membawa anak-anak mengerjakan umrah. 

Ya Allah perkenankan doaku ini Ya Allah.

Titisan Air Mata Meredhakan Pemergian Menyahut Lambaian Baitullah

Pada hujung minggu yang lalu, setelah dimaklumkan hanya bapa mertua yang ku panggil ayah dan adik ipar perempuan sahaja yang diluluskan visa, kami pasrah dan redha meerima ketentuan illahi. Kesedihan di wajah abang ipar ku memang ketara jika hendak diikutkan dia lah yang sepatutnya menemani ayah dan adik ipar pula menemani ibu mertua. Bermula daripada malam sebelumnya kami menunggu keputusan perlepasan visa abang ipar dan ibu mertua ku yang kupanggil mak. Namun takdir merubah segalanya. Abang ipar pasrah dan aku tahu abang ipar ku yang sulung ini seorang yang cool orangnya. Walaupun dia tersenyum tetapi hatinya hanya Allah yang tahu.Sememangnya dia seorang yang tidak banyak kerenah dan dihormati oleh semua adik beradiknya, malah percakapanya tenang jer. Maka episod memujuk mak bermula. Dengan penuh kelembutan disulami bahasa yang puitis serta diterangkan kelebihan menunaikan haji akhirnya ibu mertuaku merelakan Ayah pergi menunaikan haji bersama adik ipar perempuanku. Kerelaan mak amat melegakan kami yang hadir pada pagi itu. Kerisauan dan sayangnya mak pada ayah sehingga hatinya benar-benar tidak merelakan pemergian ayah. Juraian airmata mak amat mengharukan kami, jika sebelum ini kami tidak pernah melihat mak mengalirkan airmata tapi pada hari itu adalah hari yang sungguh mengharukan sehingga kami yag ada sekeliling juga terasa sebaknya. Pemergian ayah ke Baitullah diiringi dengan airmata syukur. Semoga ayah dan adik iparku beroleh haji yang mabrur dan dilindungi Allah serta diberikan kesihatan yang baik . Maha suci Allah yang mengetahui segalanya.

Sunday, 6 October 2013

Indahnya persaudaraan jika terjalin dengan keikhlasan



Lama rasanya tidak menaip di laptop kesayangan ini, bukan malas tapi masa yang tidak mencukupi membataskan aku menaip sesuka hati. Hati meronta ingin menaip tapi apakan daya. Idea pun tak  berapa ada. Tapi kali ini aku hanya menyampaikan rasa hati yang gembira pada saudara ipar duai ku. Walaupun seorang pun tak tahu aku akan menaip tentang perkara ini namun aku tak kisah asal aku dapat suarakan hatiku sendiri.  
 
Betapa indahnya,manisnya,seronoknya  ikatan persaudaraan ini . Berlandaskan keikhlasan yang sentiasa tersemat dihati kami semua sepeti seperti simpulan yang disimpul mati tanpa sesiapa pun boleh membukanya . Senda gurau sentiasa mekar di dalam perhubungan, walaupun gurauan berupa kutukan ianya dianggap sebagai gurauan tanpa terselit rasa marah . Gadet-gadet yang dipasaran juga memainkan peranana penting dalam mengeratkan jalinan ini contohnya adik ipar memassukkan group WhatsApp anak menantu memang amat berbaloi..dengan tiada pembayaran kredit kami sering berwhatsapp untuk memasukkan info terkini kekeluargaan dan juga bergurau senda namun masih bersempadan.  Walaupun kemampuan whatsapp masih tidak dapat menandingi perbualan telus namun ianya masih dapat membantu memberi dan menerima info 'hanya dihujung jari' sahaja.

Baru-baru ini kami sekeluarga pulang ke kampung untuk menghadiri majlis doa selamat menunaikan haji bagi ayah mentua,emak mentua,abang dan adik perempuan ipar secara kecilan . Majlis ini pun dibuat tidak formal hanya secara santai tetapi amat mengusik jiwa lebih-lebih lagi pada adik ipar yang  amat ikhlas memberi laluan pada suaminya bagi menemai ibu ayah mentua menunaikan ibadat haji. Baitan kata-kata dari ayah mentua juga memberi kesan pada dirinya .  Persediaan yang simple tapi meriuhkan dan gamat. Chating melalui whatsapp memang berbaloi, menu banyak , setiap orang bawa sedikit tapi bila dicampur jadi banyak.Sampai tak larat nak makan.Acara bergurau memang tidak ketinggalan diantara kami namun aku sekeluarga terpaksa balik pada malam itu kerana tuntutan kelas untuk anakku . Tapi tak mengapa walaupun hanya5 jam berjumpa namun puas hati daripada tak balik langsung. nanti terkilan kan.

Hari ini hari yang amat mendebarkan, peperiksaan PMR akan berlangsung bermula hari ini sehingga 9hb Oktober . Semua pelajar di Malaysia tentu berdebar-debar samalah macam anak aku, semalam dia memberitahu Berdebar-debar hati anak ku , selalu memberitahu risau jugak nak menghadapi peperiksaan besar buat dirinya. Sanak saudara di sebelah suami memang baik sentiasa memberi dorongan dan nasihat kepada anak-anakku apabila menjelang peperiksaan lebih-lebih lagi jika ana-anak involve dalam peperiksaan besar macam ni. Bulan terdahulu anakku yang kedua juga menghadapi peperiksaan UPSR, adik ipar duai semua tidak putus memberi nasihat dan mendoakan kejayaan mereka. Kekadang aku pula risau jika anak aku tidak mendapat result yang cemerlang..bak kata anakku diaorang bagi support yang tinggi dan aku harap mereka semua jangan more expectation atau mengharapkan harapan yang tinggi daripada anak-anaku takut anak-anak stress dan risau. Bohonglah kalau aku kata aku tak gembira atas keperhatinan mereka malah aku amat berbangga dengan kata-kata support namun ada sedikit gusar dan agak malu jika keputusan tidak menepati piawaian yang dikehendaki. Namun aku percaya dan terima apa saja keputusan peperiksaan kerana itulah ketentuan daripada yang Esa dan mungkin inilah hasil usaha mereka.Harapanku dan suami tentulah anak-anak akan berjaya dengan cemerlang .

Sesungguhnya kemanisan persaudaraan ibarat makan nasi panas dimakan bersama ikan pari bakar dan beberapa ulaman dan semangkuk sup kosong serta air pulak hanya air sirap cincau dimakan ketika peru lapar..huh...nyam-nyam...

Kuharap jalinan persaudaraan antara kami akan berkekalan manisnya dan tiada hasat dengki.

Hal ini ditekankan oleh Rasulullah, seperti yang dipetik dari hadis riwayat Imam Malik, Bukhari, Abu Daud, Tirmidhi dan Nasa’i,

"Janganlah kamu saling memutuskan silaturrahim, janganlah kamu saling belakang membelakangi, janganlah kamu saling benci-membenci dan janganlah kamu saling hasad menghasad. Sebaliknya jadilah kamu hamba hamba Allah yang bersaudara. Tidak halal bagi seorang Muslim itu memulaukan saudaranya (yang mukmin) melebihi 3 hari".
Dalam hadis lain Nabi s.a.w menyebut :

“Orang Islam itu bersaudara, tidak boleh menzalimi dan mengkhianatinya. Sesiapa yang menolong saudaranya, nescaya Allah akan menolongnya. Sesiapa yang menghilangkan kesusahan orang Islam nescaya Allah akan menghilangkan daripadanya kesusahan pada hari kiamat. Sesiapa yang menutup keaiban orang Islam nescaya Allah akan menutup keaibannya pada hari kiamat.”
(riwayat Ahmad)

- Semoga Allah merahmati persaudaraan kami sehingga akhir hayat. Insha Allah