Lama rasanya tidak menaip di laptop kesayangan ini, bukan malas tapi masa yang tidak mencukupi membataskan aku menaip sesuka hati. Hati meronta ingin menaip tapi apakan daya. Idea pun tak berapa ada. Tapi kali ini aku hanya menyampaikan rasa hati yang gembira pada saudara ipar duai ku. Walaupun seorang pun tak tahu aku akan menaip tentang perkara ini namun aku tak kisah asal aku dapat suarakan hatiku sendiri.
Betapa indahnya,manisnya,seronoknya ikatan persaudaraan ini . Berlandaskan keikhlasan yang sentiasa tersemat dihati kami semua sepeti seperti simpulan yang disimpul mati tanpa sesiapa pun boleh membukanya . Senda gurau sentiasa mekar di dalam perhubungan, walaupun gurauan berupa kutukan ianya dianggap sebagai gurauan tanpa terselit rasa marah . Gadet-gadet yang dipasaran juga memainkan peranana penting dalam mengeratkan jalinan ini contohnya adik ipar memassukkan group WhatsApp anak menantu memang amat berbaloi..dengan tiada pembayaran kredit kami sering berwhatsapp untuk memasukkan info terkini kekeluargaan dan juga bergurau senda namun masih bersempadan. Walaupun kemampuan whatsapp masih tidak dapat menandingi perbualan telus namun ianya masih dapat membantu memberi dan menerima info 'hanya dihujung jari' sahaja.
Baru-baru ini kami sekeluarga pulang ke kampung untuk menghadiri majlis doa selamat menunaikan haji bagi ayah mentua,emak mentua,abang dan adik perempuan ipar secara kecilan . Majlis ini pun dibuat tidak formal hanya secara santai tetapi amat mengusik jiwa lebih-lebih lagi pada adik ipar yang amat ikhlas memberi laluan pada suaminya bagi menemai ibu ayah mentua menunaikan ibadat haji. Baitan kata-kata dari ayah mentua juga memberi kesan pada dirinya . Persediaan yang simple tapi meriuhkan dan gamat. Chating melalui whatsapp memang berbaloi, menu banyak , setiap orang bawa sedikit tapi bila dicampur jadi banyak.Sampai tak larat nak makan.Acara bergurau memang tidak ketinggalan diantara kami namun aku sekeluarga terpaksa balik pada malam itu kerana tuntutan kelas untuk anakku . Tapi tak mengapa walaupun hanya5 jam berjumpa namun puas hati daripada tak balik langsung. nanti terkilan kan.
Hari ini hari yang amat mendebarkan, peperiksaan PMR akan berlangsung bermula hari ini sehingga 9hb Oktober . Semua pelajar di Malaysia tentu berdebar-debar samalah macam anak aku, semalam dia memberitahu Berdebar-debar hati anak ku , selalu memberitahu risau jugak nak menghadapi peperiksaan besar buat dirinya. Sanak saudara di sebelah suami memang baik sentiasa memberi dorongan dan nasihat kepada anak-anakku apabila menjelang peperiksaan lebih-lebih lagi jika ana-anak involve dalam peperiksaan besar macam ni. Bulan terdahulu anakku yang kedua juga menghadapi peperiksaan UPSR, adik ipar duai semua tidak putus memberi nasihat dan mendoakan kejayaan mereka. Kekadang aku pula risau jika anak aku tidak mendapat result yang cemerlang..bak kata anakku diaorang bagi support yang tinggi dan aku harap mereka semua jangan more expectation atau mengharapkan harapan yang tinggi daripada anak-anaku takut anak-anak stress dan risau. Bohonglah kalau aku kata aku tak gembira atas keperhatinan mereka malah aku amat berbangga dengan kata-kata support namun ada sedikit gusar dan agak malu jika keputusan tidak menepati piawaian yang dikehendaki. Namun aku percaya dan terima apa saja keputusan peperiksaan kerana itulah ketentuan daripada yang Esa dan mungkin inilah hasil usaha mereka.Harapanku dan suami tentulah anak-anak akan berjaya dengan cemerlang .
Sesungguhnya kemanisan persaudaraan ibarat makan nasi panas dimakan bersama ikan pari bakar dan beberapa ulaman dan semangkuk sup kosong serta air pulak hanya air sirap cincau dimakan ketika peru lapar..huh...nyam-nyam...
Kuharap jalinan persaudaraan antara kami akan berkekalan manisnya dan tiada hasat dengki.
Hal ini ditekankan oleh Rasulullah, seperti yang dipetik dari hadis riwayat Imam Malik, Bukhari, Abu Daud, Tirmidhi dan Nasa’i,
"Janganlah kamu saling memutuskan silaturrahim, janganlah kamu saling belakang membelakangi, janganlah kamu saling benci-membenci dan janganlah kamu saling hasad menghasad. Sebaliknya jadilah kamu hamba hamba Allah yang bersaudara. Tidak halal bagi seorang Muslim itu memulaukan saudaranya (yang mukmin) melebihi 3 hari".
Dalam hadis lain Nabi s.a.w menyebut :
“Orang Islam itu bersaudara, tidak boleh menzalimi dan mengkhianatinya. Sesiapa yang menolong saudaranya, nescaya Allah akan menolongnya. Sesiapa yang menghilangkan kesusahan orang Islam nescaya Allah akan menghilangkan daripadanya kesusahan pada hari kiamat. Sesiapa yang menutup keaiban orang Islam nescaya Allah akan menutup keaibannya pada hari kiamat.”
(riwayat Ahmad)
"Janganlah kamu saling memutuskan silaturrahim, janganlah kamu saling belakang membelakangi, janganlah kamu saling benci-membenci dan janganlah kamu saling hasad menghasad. Sebaliknya jadilah kamu hamba hamba Allah yang bersaudara. Tidak halal bagi seorang Muslim itu memulaukan saudaranya (yang mukmin) melebihi 3 hari".
Dalam hadis lain Nabi s.a.w menyebut :
“Orang Islam itu bersaudara, tidak boleh menzalimi dan mengkhianatinya. Sesiapa yang menolong saudaranya, nescaya Allah akan menolongnya. Sesiapa yang menghilangkan kesusahan orang Islam nescaya Allah akan menghilangkan daripadanya kesusahan pada hari kiamat. Sesiapa yang menutup keaiban orang Islam nescaya Allah akan menutup keaibannya pada hari kiamat.”
(riwayat Ahmad)
- Semoga Allah merahmati persaudaraan kami sehingga akhir hayat. Insha Allah
No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana sudi membaca catatan saya. Sila kembali lagi.