Tuesday, 29 January 2013

DIFTONG,VOKAL BERGANDING,DIGRAF KONSONAN BERGABUNG

Salam 1 Malaysia,



Semalam lepas magrib anak Uda yang kecil minta tolong siapkan homework Bahasa Malaysia. Uda ok jer almaklumlah baru tahun 2 , rasa ok jek. Dengan  berperasaan Uda selak lah muka surat yang dia kena buat tu..Ting tong...baru Uda sedar yang Uda ni ketinggalan zaman. Sylabus sekarang ni bukan macam sylabus tahun 1978. Mak oiii..siap ada diftong , vokal berganding,difraf ehh apa tu ekk. Walaupun begitu Uda tak nak tunjuk yang Uda tak reti ..he he control terror lah apalagi Uda capailah laptop dan  buka blog mana-mana yang sewaktu dengannya dan nasib baik ada anak yang sorang lagi sama-sama bantu sikecil ni, banyak pulak homework dia nak kena buat  bahasa arablah, matematik lah..cian tapi apa nak buat memang dah fitrah anak-anak sekolah memang ada homework.

Bagi ibubapa yang  agak keliru perkataan-perkataan tersebut bolehlah layari blogspot ni , kesemuanya cikgu-cikgu belaka , apa salahnye kita ceduk ilmu yang sedia ada untuk kebaikan kita dan anak-anak.
buku teks BM tahun 2

 cikgupenmerah.blogspot.com/


atau layari : http://limineddie.blogspot.com/2012/05/huruf-vokal-konsonan-diftong-dan-suku.html


Okey selamat belajar kepada anak-anak ku.

Monday, 28 January 2013

ANAK CEMERLANG



Tahun ini adalah tahun yang agak nervous buat uda dan suami.  Anak-anak akan menghadapi peperiksaan yang agak besar bagi mereka. Anak Uda yang sulung akan menghadapi Peperiksaan PMR manakala anak yang kedua pula UPSR. Tiap-tiap hari Uda akan pasti kan mereka ada buat latihan,tak kisah lah buat homework ke, buat latihan melalui buku teks ke  atau sebagainya asalkan ada input masuk dalam kepala diaorang. Mana lah ibu bapa tidak mahu melihat anak-anak mereka pandai dan berjaya. Macam-macam cara yang Uda dengar untuk pandaikan anak, sesetengah ibubapa berkata "aku hantar tuition jer kat rumah cikgu" sesetengah kata "budak kalau dah pandai, letak mana pun pandai juga". Okeylah  Uda nak share lah pada teman-teman Uda sekiranya kes you all sama dengan kes Uda, maka kita sebagai ibubapa memberi dorongan dan sokongan kepada anak-anak kita  supaya mereka tidak leka. Harap-harap mereka berjaya hendaknya kan.   

Tip-tip anak cemerlang dari Dr Fadzilah Kamsah

1. Sebelum seseorang itu menjadi ibu bapa yang cemerlang, mereka perlu menganalisa diri mereka terlebih dahulu.
2. Ibu bapa yang cemerlang akan sentiasa melihat dan menggunakan potensi yang ada dalam dirinya.
3. Penggunaan minda yang cemerlang akan menjadikan seseorang itu cemerlang.
4. Fahami diri sendiri terlebih dahulu sebelum memahami diri anak anda. 

Oleh itu sama-sama lah berdoa agar anak-anak tidak tercicir dan berjaya didalam pelajaran.
Insyallah. Sesiapa nak tambah sila lah, kita share lah kan.

Thursday, 24 January 2013

TIP PENJAGAAN KANTA LEKAP


Dolu-dolu Pernah Uda teringin sangaat nak memakai kanta lekap atau contact lens, lebih-lebih lagi bila kekawan pejabat ada memakainya fuyoo amatlah menarik, tertarik ko memang gembo.., mak oii mata diaornag bersinar-sinar, nampak class gitu . Pernah tak dengar atau lihat kanta lekap dijual  dengan harga RM 25 aha, tu lah yang kekawan pejabat beli, diaorang beli pun suka-suka jer lagipun murah beli 2 baru RM 50. Uda pernah juga terperasan kanta lekap yang murah ni bukan sahaja di jual dikedai-kedai kecantikan malahan dipasar malam pun ada. Almaklumlah pasar malam pun guna ayat yang dalam ASTRO tu "macam-macam ada" Tetapi harus diingat bahawa kanta lekap sebegitu adalah amatlah besar risiko pada mata. Jangan hanya Ingin kelihatan lebih cantik  tetapi tidak diperiksa samada  pemakainya selamat atau sebaliknya.

Jika you all ingin sangat memakainya tidak salah dan dapatkan khidmat nasihat daripada pakar mata atau  pakar yang sewaktu dengannya .Seandainya you all berjaya mendapat kanta lekap yang diingini maka carilah panduan atau penjagaan kanta lekap. Perlu diingat penjagaan kanta lekap amat penting dan jika tidak melakukan penjagaan dengan betul ke atas kanta lekap ini boleh menyebabkan infeksi kepada mata kesayangan mata. Jadi Uda akan paparkan sedikit informasi bagi penjagaan kanta lekap.

Tip 1
Gosok dan bilas kanta lekap selepas setiap kali memakainya.

Tip 2
Jangan simpan lebih daripada seminggu. Kalau you all nak menyimpan kanta lekap lebih daripada 7 hari, rendam dahulu dengan disinfektan sebelum memakainya semula.

Tip 3  
Jangan guna air paip untuk menyimpan kanta lekap. Ia boleh merosakkan kanta lekap dan menggundang infeksi keadaan mata.

Tip 4  
Jangan letak berdekatan dengan tandas dan bilik air kerana udara disekitar tenpat tersebut boleh menyebabkan kontaminasi kepada kanta lekap.

Tip 5
Jangan pakai ketika berenang. Air kolam juga berisiko memberi kontaminasi kepada kanta lekap.

Jika ingin kepastian rujuklah pada pakar mata atau pakar kanta lekap yang bedekatan.

Teringat bait-bait lagu 'MATA" nyanyian Noorkumalasari.Mata memandang
Mata memikat
Matalah puncanya (Mata oh mata)
Mata menjeling
Mata menggoda
Matalah asalnya (Mata oh mata)
(Ulang *)
Dari mata ia datang
Barulah ke hati
Dari matalah ooh sayang
Mengasyikkan hati
(**)
Oh mata memandangku
Membuatku tersipu
Mata menggoncangkan hatiku..


Wednesday, 23 January 2013

BIBIR SIHAT DAN SEKSI


Pernah tak alami bibir kering,mengelupas dan seterusnya berdarah. Nak senyum pun rasa  sakit. Ini akan merosakkan penampilan kekawan dan memang teramat penting dalam menjaga bibir kita. bibir adalah anggota yang sangat penting dan dianugerahkan oleh Allah. Kalau kekawan nak tahu, kekurangan air dan vitamin akibat pengambilan gizi yang tidak seimbang akan membuatkan  bibir menjadi kering, mengelupas dan tidak sihat dan ini akan mengakibatkan bibir kelihatan tidak cantik dan mencacatkan penampilan anda.

Mari kita amalkan tip-tip yang berguna untuk panduan untuk bibir kelihatan cantik dan nampak seksi.
 
1. Pilihlah lip balm yang mempunyai anti-oksida seperti vitamin E untuk memelihara bibir daripada persekitaran memudaratkan.

2. Jangan jilat atau gigit bibir bibir! Air iur akan membuatkan bibir cepat kering,mengelupas dan  mungkin berdarah.

3. Sentiasa bawa lip balm yang dirasakan sesuai jika keluar kemana-mana.

4. Sapu lip balm sekerap yang mungkin, lebih-lebih lagi sebelum masuk.dan ketika bangun pagi. Nak lagi efektif gosok bibir dengan berus gigi yang lembut sebeum tidur.

5. Banyakkan minum air.

6. Banyakkan pengambilan sayur dan buah-buahan segar terutamanya yang tinggi kandungan vitamin C.

7. Kalau tidak suka calitkan bibir degan lip balm boleh ditukar dengan madu, jangan dijilat bibir tu . Cairan manis ini berfungsi sebagai pelembab dan bekerja secara maksimum ketika tidur.

8.Untuk mengelakkan bibir menjadi hitam, elakkan pemakaian gincu dalam tempoh yang lama melebihi 8 jam.

9.Sentiasa menyapu lip balm sebelum mengenakan gincu.

10. Bersihkan bibir setiap kali mandi. Pastikan tiada sisa komestik melekat pada bibir.

Semoga kekawan Uda semuanya berbibir sihat dan kelihatan seksi .



Tuesday, 22 January 2013

JERAWAT DI VAGINA-APA PENYEBABNYA ?



Hai Gurlz, pernah tak mengalami jerawat di vagina, aduh memang tak selesa kan. Jom kita terjah mengapa, kenapa dan puncanya masalah ini, kalau sapa -sapa yang tambah dipersilakan boleh lah kita share sama-sama . Terima kasih kepada majalah Yezz.


Sebenarnya bintik kecil seperti jerawat dikawasan vagina ini sering dialami kaum gurlz. Jerawat tersebut disebut 'Hidradenitis Suppuraliva'. Jerawat di wajah melibatkan kelenjar minyak, manakala jerawat di vagina pula berkait rapat dengan kalenjar peluh(apokrin). Kalenjar ini akan membentuk jerawat ketika tersumbat. Menurut Healty-Skin-Guide, jerawat vagina tidak berbahaya dan boleh diatasi dengan pelbagai cara termasuk ubat-ubatan.

Peluh
Peluh adalah penyebab utama(dan paling umum) jerawat di vigina. Peluh di kawasan celah kangkang akan mengumpul bakteria yang boleh menyebabkan peradangan dari pori-pori peluh. Keadaan ini akan menyebabkan tumbuhnya jerawat di kawasan tersebut. Jika penyebabnya adalah peluh tidak ada cara lain untuk mengatasi kecuali mengenakan seluar dalam yang bahannya menyerap keringat seperti cotton. Hindari dari bahan sutera atau nilon.
Seluar dalam yang ketat
Jika seluar dalam terlalu ketat, kitaran udara jadi tersekat. Peluh pun menjadi sumber bakteria. Selain itu, seluar dalam yang ketat juga boleh menimbulkan gesekan dengan kulit di kawasan vagina sehingga melecet. Jika terdedah kepada bakteria bahagian yang kemerahan ini akan menimbulkan infeksi dan akhirnya menimbulkan jerawat. Untuk menghindari gesekan pada kawasan vagina, pakailah seluar dalam yang selesa. 
Malas menukar tuala wanita
Jangan hanya menganti tuala wanita ketika cairan darah sudah sepenuh. Gantilah setiap empat jam untuk menghindari kelembapan pada kulit.  Bakteria 'Staphylococcus aureus' atau 'streptococcus pyogenes' mula menyerang kulit lembab dan yang terdedah pada luka. Bakteria ini boleh hinggap pada kulit bahagian tubuh yang lain, sehingga merebak ke kawasan vagina tanpa kita sedari.
Kitaran hormon
Hormon progesteron mempunyai efek yang sama pada kalenjar 'apokrin', seperti juga kalenjar minyak pada wajah atau punggung. Peningkatan progesterom yang tinggi akan memancarkan ketidakseimbangan hormon pada tubuh gurlz, yang kemudian menyebabkan tumbuhnya jerawat di kawasan vagina. 
Pengambilan makanan bertelur
Makanan jenis ini mengandungi lemak yang tinggi dan boleh menyumbat pori-pori dan menyebabkan jerawat. Semak kembali apa saja yang you all makan seminggu yang lalu untuk mengetahui jenis jerawat tersebut memang disebabkan oleh pemakanan.
Rambut yang tumbuh ke dalam
'Ingrown hair'  atau 'bulu pubis' yang tumbuh ke dalam lazimnya disebabkan oleh kebiasaan mencukur kawasan tersebut. Ketika mencukur, boleh jadi alat pencukur telah melukakan pori-pori 'bulu pubis' tersebut. Kemudian sepanjang proses 'pemulihan' menutup luka dan membawa folikel rambut tersebut, situasi inilah yang menyebabkan bengkak yang mirip jerawat itu terjadi.
Kesan alergi
Jika jerawat tumbuh di vagina setelah you all mengambil beberapa jenis makanan yang biasanya tidak you all makan, mungkin saja jerawat ini merupakan reaksi alergi daripada makanan tersebut. Kebanyakan kesan alergi boleh dikesan dari kulit yang kemerahan atau timbul bintik-bintik mirip dengan jerawat atau bisul.

Masih ada beberapa penyebab lain munculnya jerawat vagina. Antranya, penggunaan detergen(sabun pencuci) yag terlalu kuat dan masih meresap di seluar dalam, stres atau keadaan kesihatan lain. Pada dasarnya, jerawat ini tidak perlu dipicit kerana boleh menimbulkan kesan sampingan yang lebih teruk.

Wokey, harapan Uda semoga paparan ini  menjadi panduan pada kaum gurlz di Malaysia khususnya. Sebab tulah Uda suka sangat taip di blog walaupun blog Uda tak secantik blog-blog yang lain, namun apa yang tersemat dihati Uda adalah apa  saja yang Uda paparkan di blog dapat menjadi panduan.  Kita sharinglah kan.


Sumber ; noor musa -majalah yezz