Semalam lepas magrib anak Uda yang kecil minta tolong siapkan homework Bahasa Malaysia. Uda ok jer almaklumlah baru tahun 2 , rasa ok jek. Dengan berperasaan Uda selak lah muka surat yang dia kena buat tu..Ting tong...baru Uda sedar yang Uda ni ketinggalan zaman. Sylabus sekarang ni bukan macam sylabus tahun 1978. Mak oiii..siap ada diftong , vokal berganding,difraf ehh apa tu ekk. Walaupun begitu Uda tak nak tunjuk yang Uda tak reti ..he he control terror lah apalagi Uda capailah laptop dan buka blog mana-mana yang sewaktu dengannya dan nasib baik ada anak yang sorang lagi sama-sama bantu sikecil ni, banyak pulak homework dia nak kena buat bahasa arablah, matematik lah..cian tapi apa nak buat memang dah fitrah anak-anak sekolah memang ada homework.
Bagi ibubapa yang agak keliru perkataan-perkataan tersebut bolehlah layari blogspot ni , kesemuanya cikgu-cikgu belaka , apa salahnye kita ceduk ilmu yang sedia ada untuk kebaikan kita dan anak-anak.
![]() |
| buku teks BM tahun 2 |
![]() |
| cikgupenmerah.blogspot.com/ |
atau layari : http://limineddie.blogspot.com/2012/05/huruf-vokal-konsonan-diftong-dan-suku.html
Okey selamat belajar kepada anak-anak ku.


No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana sudi membaca catatan saya. Sila kembali lagi.