Assalamualaikum wbkt.
Petang Jumaat ni Uda rasa tenang sangat dan bersyukur sangat-sangat dapat menghadiri kelas agama dengan Ustazah . Sebenarnya ini adalah hari pertama Uda menghadiri kelas agama di bangunan baru ini, kawan-kawan tidak putus mengajak ikut sekali, oleh kerana malu masih menebal almaklumlah kita orang baru walaupun bekerja dah lama tapi bahagian lain dan bangunan office pun lain. Dengan keizinanNya maka hari ni Uda melangkah masuk ke kelas . Wah kawan-kawan lain yang dalam kelas senyum jer pandang Uda dan ada yang menyapa lagipun bukan apa semua yang ada tu Uda kenal ..ha ha ha. Bila Ustazah sampai mula-mua tu dia hulur buku Marhaban..oh dalam hati Uda kata hari ini belajar marhaban kot, best jugak. So Ustazah suruh buka muka surat yang ada Salawat Nabi lalu kitaorg pun bersalawat sama-sama weettt..terasa macam maulud nabi lah. Hari ini Ustazah bagi Salawat Tafrijiyah . Salawat Tafrijiyah ini seandainya kita ada masalah atau bencana maka elokah diamalkan salawat ini untuk memberi jalan penyelesaian kepada permasalahan yang melanda diri kita.
![]() |
| SALAWAT TAFRIJIYAH |
maksudnya :-
Ya Allah, salawat yang sempurna dan salam sepenuhnya keatas Nabi Muhammad S.A.W yang dengannya terurai segala ikatan dan terlepas dengannya segala kekusutan dan kesusahan.
Ya Allah, salawat yang sempurna dan salam sepenuhnya keatas Nabi Muhammad S.A.W yang dengannya terurai segala ikatan dan terlepas dengannya segala kekusutan dan kesusahan.
Dan terlaksana dengan segala hajat dan tercapai dengannya segala kehendak dan maksud.
Dan sebaik-baik penamat atau kesudahan. Dan disirami dengan awan dengan rupa (wajah) yang mulia.keatas keluarganya dan sahabatnya pada setiap masa (detik) dan setiap denyutan nadi dan setiap hembusan nafas dan segala bilangan didalam pengetahuan Nya.
(Denyutan nadi dan jantung dan setiap hembusan nafas hanya Allah saja yang mengetahui berapa banyak bilangannya. Sewajarnyalah menyerah diri kepada Allah seratus peratus).
Ustazah kata lagi , jika kita didalam kerahmatanNya , kita akan mendapat perkara yang baik-baik segala apa yang kita lakukan Allah akan lindungi kita , Masyallah
Diantara kelebihan salawat Tafrijiyah :-
Semoga Allah merahmati kita semua . Insyallah


No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana sudi membaca catatan saya. Sila kembali lagi.