SELAMAT SELAMAT PETANG SEMUA
Petua Rawatan Islam
Merawat Sakit Mata/Rabun Mata Dengan 'Baby Carrot'
(Petua Daripada Ustaz Sarhan Shafie - Tanya Ustaz TV9)
Baca surah/ayat
berikut ;
1.Al-Fatihah (1) : 1-7 - 1x
2. Ayatul Kursyi (Al-Baqarah (2) : 255) - 1x
3. Selawat Syifa’ - 7x
4. Al-Qaf (50) : 22 - 7x (di dalam jus lobak merah tanpa
gula/susu/ais dll.)
Maksudnya Al-Qaf
(50) : 22 :
“ …. maka kami hapuskan kelalaian yang
menyelubungimu itu, lalu pandanganmu pada hari ini menjadi tajam (dapat
menyaksikan dengan jelasnya perkara-perkara hari akhirat).”
Maklumat Ringkas Tentang Khasiat Lobak
Artikel ini diambil berdasarkan Imam al-Sya'rani dalam buku Mukhtasar Tazkirah.
Lobak merah kaya dengan protein, karbohidrat, kalium, natrium, dan
kalsium. Kadar alkalinya lebih tinggi dan mengandungi iodin dalam kadar
yang sedikit. Semua vitaminnya dalam nisbah yang sesuai untuk kesihatan
kita. Jus lobak merah kaya dengan sumber vitamin A yang mudah diserap
oleh badan. Vitamin lain yang terkandung dalam lobak merah B, C, D, F, G
dan K.
Di antara khasiat lobak merah adalah :
1. Amat baik untuk kesihatan gigi
2. Mengatasi keletihan
3. Mencegah jangkitan kuman dan bakteria
4. Menjaga sistem saraf
5. Awet muda
6. Mencerahkan mata
7. Mencerdaskan akal
8. Mencegah serangan barah
9. Membaikkan hati dan membasmi kelupaan
Cara memakan lobak merah :
1. Boleh makan mentah-mentah
2. Minum segelas air lobak setiap hari
3. Bagi kanak-kanak sekiranya dimakan berlebihan, boleh menyebabkan terlebih aktif (over active) dan
sukar mengawal pergerakannya.
Doaku: Semoga apa yang kita usahakan mendapat kejayaan.
-JUST SHARING-
No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana sudi membaca catatan saya. Sila kembali lagi.