Dolu-dolu Pernah Uda teringin sangaat nak memakai kanta lekap atau contact lens, lebih-lebih lagi bila kekawan pejabat ada memakainya fuyoo amatlah menarik, tertarik ko memang gembo.., mak oii mata diaornag bersinar-sinar, nampak class gitu . Pernah tak dengar atau lihat kanta lekap dijual dengan harga RM 25 aha, tu lah yang kekawan pejabat beli, diaorang beli pun suka-suka jer lagipun murah beli 2 baru RM 50. Uda pernah juga terperasan kanta lekap yang murah ni bukan sahaja di jual dikedai-kedai kecantikan malahan dipasar malam pun ada. Almaklumlah pasar malam pun guna ayat yang dalam ASTRO tu "macam-macam ada" Tetapi harus diingat bahawa kanta lekap sebegitu adalah amatlah besar risiko pada mata. Jangan hanya Ingin kelihatan lebih cantik tetapi tidak diperiksa samada pemakainya selamat atau sebaliknya.
Jika you all ingin sangat memakainya tidak salah dan dapatkan khidmat nasihat daripada pakar mata atau pakar yang sewaktu dengannya .Seandainya you all berjaya mendapat kanta lekap yang diingini maka carilah panduan atau penjagaan kanta lekap. Perlu diingat penjagaan kanta lekap amat penting dan jika tidak melakukan penjagaan dengan betul ke atas kanta lekap ini boleh menyebabkan infeksi kepada mata kesayangan mata. Jadi Uda akan paparkan sedikit informasi bagi penjagaan kanta lekap.
Tip 1
Gosok dan bilas kanta lekap selepas setiap kali memakainya.

Tip 2
Jangan simpan lebih daripada seminggu. Kalau you all nak menyimpan kanta lekap lebih daripada 7 hari, rendam dahulu dengan disinfektan sebelum memakainya semula.
Tip 3
Jangan guna air paip untuk menyimpan kanta lekap. Ia boleh merosakkan kanta lekap dan menggundang infeksi keadaan mata.
Tip 4
Jangan letak berdekatan dengan tandas dan bilik air kerana udara disekitar tenpat tersebut boleh menyebabkan kontaminasi kepada kanta lekap.
Tip 5
Jangan pakai ketika berenang. Air kolam juga berisiko memberi kontaminasi kepada kanta lekap.
Jika ingin kepastian rujuklah pada pakar mata atau pakar kanta lekap yang bedekatan.
Teringat bait-bait lagu 'MATA" nyanyian Noorkumalasari.Mata memandang
Mata memikat
Matalah puncanya (Mata oh mata)
Mata menjeling
Mata menggoda
Matalah asalnya (Mata oh mata)
(Ulang *)Matalah puncanya (Mata oh mata)
Mata menjeling
Mata menggoda
Matalah asalnya (Mata oh mata)
Dari mata ia datang
Barulah ke hati
Dari matalah ooh sayang
Mengasyikkan hati
(**)
Oh mata memandangku
Membuatku tersipu
Mata menggoncangkan hatiku..

No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana sudi membaca catatan saya. Sila kembali lagi.