Tahun ini adalah tahun yang agak nervous buat uda dan suami. Anak-anak akan menghadapi peperiksaan yang agak besar bagi mereka. Anak Uda yang sulung akan menghadapi Peperiksaan PMR manakala anak yang kedua pula UPSR. Tiap-tiap hari Uda akan pasti kan mereka ada buat latihan,tak kisah lah buat homework ke, buat latihan melalui buku teks ke atau sebagainya asalkan ada input masuk dalam kepala diaorang. Mana lah ibu bapa tidak mahu melihat anak-anak mereka pandai dan berjaya. Macam-macam cara yang Uda dengar untuk pandaikan anak, sesetengah ibubapa berkata "aku hantar tuition jer kat rumah cikgu" sesetengah kata "budak kalau dah pandai, letak mana pun pandai juga". Okeylah Uda nak share lah pada teman-teman Uda sekiranya kes you all sama dengan kes Uda, maka kita sebagai ibubapa memberi dorongan dan sokongan kepada anak-anak kita supaya mereka tidak leka. Harap-harap mereka berjaya hendaknya kan.
Tip-tip anak cemerlang dari Dr Fadzilah Kamsah
1. Sebelum seseorang itu menjadi ibu bapa yang cemerlang, mereka perlu menganalisa diri mereka terlebih dahulu.
2. Ibu bapa yang cemerlang akan sentiasa melihat dan menggunakan potensi yang ada dalam dirinya.
3. Penggunaan minda yang cemerlang akan menjadikan seseorang itu cemerlang.
4. Fahami diri sendiri terlebih dahulu sebelum memahami diri anak anda.
Oleh itu sama-sama lah berdoa agar anak-anak tidak tercicir dan berjaya didalam pelajaran.
Insyallah. Sesiapa nak tambah sila lah, kita share lah kan.

No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana sudi membaca catatan saya. Sila kembali lagi.