Pernah tak alami bibir kering,mengelupas dan seterusnya berdarah. Nak senyum pun rasa sakit. Ini akan merosakkan penampilan kekawan dan memang teramat penting dalam menjaga bibir kita. bibir adalah anggota yang sangat penting dan dianugerahkan oleh Allah. Kalau kekawan nak tahu, kekurangan air dan vitamin akibat pengambilan gizi yang tidak seimbang akan membuatkan bibir menjadi kering, mengelupas dan tidak sihat dan ini akan mengakibatkan bibir kelihatan tidak cantik dan mencacatkan penampilan anda.
Mari kita amalkan tip-tip yang berguna untuk panduan untuk bibir kelihatan cantik dan nampak seksi.
1. Pilihlah lip balm yang mempunyai anti-oksida seperti vitamin E untuk memelihara bibir daripada persekitaran memudaratkan.
2. Jangan jilat atau gigit bibir bibir! Air iur akan membuatkan bibir cepat kering,mengelupas dan mungkin berdarah.
3. Sentiasa bawa lip balm yang dirasakan sesuai jika keluar kemana-mana.
4. Sapu lip balm sekerap yang mungkin, lebih-lebih lagi sebelum masuk.dan ketika bangun pagi. Nak lagi efektif gosok bibir dengan berus gigi yang lembut sebeum tidur.
5. Banyakkan minum air.
6. Banyakkan pengambilan sayur dan buah-buahan segar terutamanya yang tinggi kandungan vitamin C.
7. Kalau tidak suka calitkan bibir degan lip balm boleh ditukar dengan madu, jangan dijilat bibir tu . Cairan manis ini berfungsi sebagai pelembab dan bekerja secara maksimum ketika tidur.
8.Untuk mengelakkan bibir menjadi hitam, elakkan pemakaian gincu dalam tempoh yang lama melebihi 8 jam.
9.Sentiasa menyapu lip balm sebelum mengenakan gincu.
10. Bersihkan bibir setiap kali mandi. Pastikan tiada sisa komestik melekat pada bibir.
Semoga kekawan Uda semuanya berbibir sihat dan kelihatan seksi .

No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana sudi membaca catatan saya. Sila kembali lagi.