Detik tarikh yang ditunggu kini tiba. Penantian selama 16 hari kini berakhir pada semalam. Pemergian ayah dan Maya tempohari meninggalkan rasa rindu kami kepada mereka. lebih-lebih lagi mak yang sentiasa menanti panggilan Maya bagi bertanya khabar ayah. Maklumlah suami yang memang tak pernah berenggang dengannya sepanjang hidupnya sehinggalah waktu keberangkatan ayah yang nyaris-nyaris ayah tidak dapat pergi menunaikan haji kerana tidak merelakannya.
Jam 7:30 malam, ayah dan rombongan pakej telah pun selamat sampai di KLIA. Namun kami 7:30 malam itu masih belum muncul di balai ketibaan. Agak jam 8:15 malam barulah kelihatan ayah,maya,Ustaz Firdaus dan beberapa ahli rombongan menunju ke arah kami. Alhamdullilah kami panjatkan kesyukuran kepada Nya kerana sekembalinya ayah dan Maya dengan keadaan kesihatan yang baik.Detik itu juga buat pertama kalinya aku melihat ayah dan mak memeluk erat untuk menyatakan kerinduan mereka yang hanya mereka saja yang dapat mentafsirkan.
Ku amati wajah ayah, bersih dan segar .Jika dibandingkan dengan wajahnya sebelum pergi. Itulah kelebihan yang Allah berikan, dan aku dapat merasainya . Syukur kepada Allah subhawataa'la.
Sesungguhnya setiap perbuatan yang baik dan berlandaskan keikhlasan akan diberikan rahmat dari Allah. Aku berharap aku juga dapat menjejakkan kakiku bagi menunaikan haji bersama ibu dan suamiku sebelum ibu menutup mata. Dan dapat membawa anak-anak mengerjakan umrah.
Ya Allah perkenankan doaku ini Ya Allah.






No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana sudi membaca catatan saya. Sila kembali lagi.