Showing posts with label SANTAI. Show all posts
Showing posts with label SANTAI. Show all posts

Monday, 28 October 2013

Bestnya Santai di Pangkalan Balak

Aduhaii..bila tengok kain baju yang bertimbun tak berbasuh terus rasa penat. Mata pulak rasa mengantuk jer ..walaupun perut rasa lapar aku tetap tutup mata.. eee mengantuk tul apatah lagi kat luar cuaca sejuk .

Semalam kat PD sempat juga aku dan keluarga menyelit kat banglo yang disewa oleh adik ipar. Jika dilihat dari mata kasar memeng woowww best nya .Mulanya beragan seanadainya banglo ini "ana yang punya". Kekemasan banglo memang tip top.Yang paling best adalah yang menjadi tarikan anak-anak kami ..ialah "pool"nya...seronok sakan diaorang tambahan pulak kehadiran sepupu-sepupu yang comeyy belaka. Keriangan mereka di 'pool' memang tidak boleh dipertikaikan..memang meninggalkan kenangan . Aku tak dapat 'join' game di pool atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Sebelum kami tiba di banglo ni kami menantu memang dah plan seorang sedikit bawa makanan , ye lah bawa yang simple2 jer macam kuih-muih sekadar untuk minum petang. Alhamdullilah semua yang hadir membawa bekal yang boleh dimakan sampai esok pagi. Meja makan kepunyaan 'owner' banglo sarat dengan makanan yang kami bawa.  Lepas makan dan berbual malam berpindah lah ke bilik masing-masing..Ok not bad , kemas dan yang penting bilik airnya  cantik dan stylo gitu, ye lah kan banglo orang kaya.  Amat selesa. Malam tu nak pekena western food di restoran bersebelahan dengan banglo ni. Ikan salmon panggang..fuiii memang sedap atau pun memang perut ku kelaparan. ha ha ha. Bedal jer lah.

Bukan nak memuji sangat lah banglo ni tapi bagi yang mahukan privasi memang sesuai. Banglo ni pulak memang betul-betul berhadapan pantai dan bila mentari terbenam keasyikan aku merakam kenangan itu.  Di waktu pagi pula aku berjalan ditepi gigi pantai sementara menunggu sarapan pagi yang disediakan oleh pihak banglo itu sendiri. Tetapi bagi aku walaupun pun banglo ini cantik namun aku rasa inilah kali pertama dan terakhir aku akan menginap disini. kerana apa, kerana 'owner' banglo ni memang cerewet. Pada tua punya Banglo 'Owner' berkira sangat jangan lah sewa,sila lah tulis siap-siap dalam web 'Food not allowed'. Kita yang menginap ni orang kampung mesti nak bawa makanan sementara menunggu makan malam, itupun si "owner " jeling-jeling. Yang tak boleh tahan tu..bila anak-anak msuk bilik daripada pool, si "owner" dan stanby mop untuk mengelap dengan muka yang berapa manis. Eii  ...malas nak citer bagi mereka yang ingin menginap pastikan dapat information dulu. Yang kelakar pulak boleh pulak "owner' menyatakan rasa tidak puas hati kepada kami padahal kami tidak mintak kurang pun sesen.Satu lagi sesuai ke nasa banglo ni casa Rasa Sayang..mana rasa sayang tu..tiada langsung di hati dan sekadar pada nama saja. Ahhh..


Peace Ani...Makan sampai kenyang

Sedondon,sehati ,sejiwang..

Melakar kenangan di Casa Rasa Sayang

Anak-anak semua happy ya..

Tido ye Ayah..

Hasil dari tepian pantai -Remis

Indahnya di pagi hari

ee..tulis apa tu..Korea band



Aqis nape..monyok jer


Bilik peraduan kami se family 

Bila mentari mulai terbenam

Keindahan banglo Casa Rasa Sayang..?

Sunday, 17 March 2013

SANTAI PETANG TENGOK KARTUN



Huh, boringnya petang-petang ni ye. Nak buat apa ye. Jenguk keluar  tak de sapa yang boleh buat kawan menyembang, tak da yang  keluar pulak, nak mengetuk pintu nak berborak memang tak da lah.Hubby pulak tido pulak, penat kot. Anak-anak pulak tengok kartun. Last-last Uda join diaorag tengok kartun. Nama karton tu BOBOBOY di TV3 sambil mengunyah cokkie pemberian dari jiran. Terima kasih Ida.Layanlah.

Kartun zaman sekarang ni beza betul dengan zaman 80'an. Gerakan animasi tu betul-betul hidup. Sekarang ni pencipta kartun menggunakan telah menggunakan software yang canggih dan  moden seiring dengan zaman in. Entahlah uda pun tak berapa tahu dalam bidang ni, tapi Uda ada kawan yang kerjanya melukis kartun.Dengan adanya FB alhmadullilah dapatlah jumpa kawan-kawan lama dan pada tahun lepas setelah berbelas tahun tak jumpa dan kebetulan Uda nak kenduri Kahwin di Sungai Buloh, Uda terjah  opis dia di Sungai Buloh maklumlah kawan lama . Cita-cita dia nak menjadi pelukis kartun tercapai jugak. Alhamdullilah.Uda kenal dia pun masa Uda kerja di JVC di Seksyen 20 Shah Alam. Masa tu Uda masih single dan umur pun muda lagi. Masa kerja di JVC kawan Uda ni suka sangat melukis, tak kira lah pantang ada kertas dan ruang kosong ringan jer tangan dia melakar kartun. Kadang-kadang tu kitaorang dok berkumpul sambil gelak-gelak tengok kartun dia.Dia pulak suka melakar kartun watak kawan-kawan dan kerja harian , itu yang kami terkekek-kekek ketawa.Nak dijadikan cerita pada satu hari kawan Uda tu kena dipanggil oleh pihak pengurusan ditempat kerja Uda tu, nak tahu pasal apa? Sebab kartun yang dia lakar di kotak tu sampai di Syarikat Jepun dan dia dipanggil atas sebab tu ha . He he he, Kelakar kan. Last-last dia pun minta berhenti dan join buka syarkat aminasi bersama-sama kawan-kawan dia nama syarikat Bluepipestudio Sdn Bhd. Bangga sungguh Uda pd kawan Uda nih walaupun uda takde share dengan dia.Caya lah bro.

http://freewebcomic.com/site/wp-content/uploads/2010/05/LanNaruto3_suhairi.jpg
Inilah kartun dia

Tersenyum simpul tuan punya kartun




Uda ucapkan selamat berjaya kepada Uzumaki Suhairi, Semoga berjaya dan terus berjaya.