Sunday, 17 March 2013

SANTAI PETANG TENGOK KARTUN



Huh, boringnya petang-petang ni ye. Nak buat apa ye. Jenguk keluar  tak de sapa yang boleh buat kawan menyembang, tak da yang  keluar pulak, nak mengetuk pintu nak berborak memang tak da lah.Hubby pulak tido pulak, penat kot. Anak-anak pulak tengok kartun. Last-last Uda join diaorag tengok kartun. Nama karton tu BOBOBOY di TV3 sambil mengunyah cokkie pemberian dari jiran. Terima kasih Ida.Layanlah.

Kartun zaman sekarang ni beza betul dengan zaman 80'an. Gerakan animasi tu betul-betul hidup. Sekarang ni pencipta kartun menggunakan telah menggunakan software yang canggih dan  moden seiring dengan zaman in. Entahlah uda pun tak berapa tahu dalam bidang ni, tapi Uda ada kawan yang kerjanya melukis kartun.Dengan adanya FB alhmadullilah dapatlah jumpa kawan-kawan lama dan pada tahun lepas setelah berbelas tahun tak jumpa dan kebetulan Uda nak kenduri Kahwin di Sungai Buloh, Uda terjah  opis dia di Sungai Buloh maklumlah kawan lama . Cita-cita dia nak menjadi pelukis kartun tercapai jugak. Alhamdullilah.Uda kenal dia pun masa Uda kerja di JVC di Seksyen 20 Shah Alam. Masa tu Uda masih single dan umur pun muda lagi. Masa kerja di JVC kawan Uda ni suka sangat melukis, tak kira lah pantang ada kertas dan ruang kosong ringan jer tangan dia melakar kartun. Kadang-kadang tu kitaorang dok berkumpul sambil gelak-gelak tengok kartun dia.Dia pulak suka melakar kartun watak kawan-kawan dan kerja harian , itu yang kami terkekek-kekek ketawa.Nak dijadikan cerita pada satu hari kawan Uda tu kena dipanggil oleh pihak pengurusan ditempat kerja Uda tu, nak tahu pasal apa? Sebab kartun yang dia lakar di kotak tu sampai di Syarikat Jepun dan dia dipanggil atas sebab tu ha . He he he, Kelakar kan. Last-last dia pun minta berhenti dan join buka syarkat aminasi bersama-sama kawan-kawan dia nama syarikat Bluepipestudio Sdn Bhd. Bangga sungguh Uda pd kawan Uda nih walaupun uda takde share dengan dia.Caya lah bro.

http://freewebcomic.com/site/wp-content/uploads/2010/05/LanNaruto3_suhairi.jpg
Inilah kartun dia

Tersenyum simpul tuan punya kartun




Uda ucapkan selamat berjaya kepada Uzumaki Suhairi, Semoga berjaya dan terus berjaya.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi membaca catatan saya. Sila kembali lagi.