Sunday, 24 March 2013

LAMBAIAN BAITULLAH- TAKLIMAT UMRAH

As salam semua ,

Minggu lepas setelah diberitahu melalui email bahawa pada 21hb Mac akan diadakan taklimat Umrah di Bilik mesyuarat . Dan pagi keramat tu dengan rasa keterujaan  jam 9 pagi  aku dah terconggok depan receptionist  walaupun aku tau taklimat start pukul 10 pagi. Tapi aku ada alasan musabah sebab office aku jauh daripada bilik taklimat tu..eehh jauh ke ? alasan jer ..kalau jalan kaki memang jauh tapi aku naik kereta  hi hi hi. So dengan penuh kesabaran aku menunggu jer maklumlah masa nak datang taklimat aku dapat green light daripada boss nak pergi taklimat, bila boss kata ok maknanya takpe lah kan. hi hi hi.

Taklimat bermula
Jam 10 lebih maka bermula lah taklimat dan disampaikan oleh En. Raja Mohd Yusof selaku pengerusi untuk 'Package Umrah' nih. Kami diberi penerangan tentang tawaran umrah dan sedikit info tentang tanah kelahiran  junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W. dan beberapa sejarah islam dengan menggunakan slide di bilik tersebut. Di ikuti beberapa pertanyaan daripada peserta dan aku juga tidak terkecuali untuk mendapatkan penerangan yang jelas dan dijawab dengan sempurna oleh tuan pengerusi.  Dan pada pengakhiran taklimat peserta perlu menyediakan beberapa dokumen  untuk pengesahan persetujuan bagi  mengikuti tawaran ini dan dihantar pada 5hb April 2013 ke  Jabatan sumber manusia. Insyallah

Tarikh jangkaan ke Baitullah
Seperti yang aku dengar daripada kawan-kawan yang telah pergi taklimat sebelum group aku, Insyallah aku,suami dan rakan-rakan akan pergi pada bulan Jun 2013 selama 11hari 9 malam. Insyallah. Apa-apapun tarikh sebenar akan dimaklumkan selepas tarikh 5hb April nanti.

Krusus Umrah
Setakat ini aku dan suami sedang mengikuti krusus dan krusus umrah tersebut dibiayai oleh diri sendiri .Dan mengikut taklimat hari itu , Tabung Haji juga ada menyediakan krusus pada setiap minggu pertama dan kedua dengan percuma di Bangunan Tabung Haji di KL dan Juga di Kelana Jaya.

Peringatan buatku daripada taklimat tersebut ialah :-
1. Pemergian kita ke Baitullah dengan keikhlasan beribadah
2. Mendapat jemputan daripada Allah untuk menunaikan Umrah
3. Muhasabah diri dengan sembahyang taubat dan menghindarkan diri daripada melakukan perkara yang dilarang.
4. Menyediakan  beberapa  perkara untuk dihantar ke Jabatan Sumber Manusia
5. Mempersiapkan mental dan fizikal
6. Mencari ilmu ,berkrusus supaya dapat menjalani ibadah dengan sempurna

Semoga dengan catatan ini dapat mengingatkan aku dan memberi informasi kepada semua yang sudi membaca blogku. Catatan ini diberi secara percuma.

Nanti ada kelapangan aku akan titipkan cerita aku menjalani krusus Umrah & HaJi di Surau Haji Ismail , Puncak Alam. Disitu aku mendapat kawan baru yang sebelum ini aku memang tidak pernah berjumpa dengan nya.

 Semoga Allah permudahkan segala urusanku 
 Amin Ya  Ya Rabilalamin,

-Just Sharing -

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi membaca catatan saya. Sila kembali lagi.