Monday, 11 March 2013

BAKING CLASS - KEK SPAN VANILLA 2B6 VS IBU-IBU 2B6

Apakhabar semua, diharap kawan-kawan Uda sihat-sihat belaka, sesiapa yang tidak sihat tu cepat-cepat pergi jumpa doktor ambil ubat. Sekarang cuaca tak menentu , suhu badan pun berubah-ubah tu yang kena aware sikit, umur pun bukan muda lagi. Baru-baru ini pun anak manja Uda pun baru baik demamnya, hari ni  pulak dia nak sambung cuti iskk..isk ada ke dia koyak surat cuti yang doktor bagi..saja je kan nak menguji kesabaran kita ibunya. Jadual harian Uda dan hubby buat beberapa bulan ni memang padat sampaikan hari minggu tak lekat kat rumah, pergi pagi baliknya petang lepas tu badan letih program masak memasak dirumah pun jarang. Nasib baik hubby Uda ni kira ok gak lah, kalau tak memasak maka di belilah lauk di kedai dan Uda hanya masak nasi jer, dah settle. Semalam petang di kawasan perumahan Uda  diadakan 'baking class' oleh salah seorang penduduk tetap disitu . Belajar buat kek, mulanya Uda rasa memang tak boleh nak join sebab kepadatan jadual tu tapi nekad jer lah akhirnya dapat juga join walaupun disaat akhir pelajaran kena lari nak ambil anak balik dari kelas tuisyen, tapi sempat bergambar sakan..kih kih..ambil berkat kata orang. Disini Uda kongsikan bersama resepi dan gambar yang wajib ditonton semua tidak mengira umur. Apa-apa pun terima kasih pada Ida kerana sudi memberi tunjuk ajar yang sangat berguna.
Khusyuknya Ustazah Normah 

First time menyapu cream pada kek
 
Inilah hasilnya

Gambar kenangan
KEK SPAN VANILLA

Bahan:-
120g gula kastor
10g Ovalette
4 biji telur gred A
40g susu (fresh milk)

130g tepung kek  - diayak
1 sudu teh serbuk penaik - diayak
60g minyak masak (myk jagung)/mentega cair
1 sudu teh esen vanilla

Cara-cara:-
1. Satukan gula kastor,ovalette,telur &bahan yang diayak kedalam mangkuk pengadun. Masukkan dalam mixer dengan kelajuan perlahan untuk sebatikan dan tukar kelajuan tahap maksimum sehingga kembang selama 5 minit.
2. Perlahankan kelajuan dan tuangkan susu  esen vanilla,mixer yang tadi jangan dihentikan malah dengan kelajuan maksimum selama 5 minit sehingga adunan tadi ringan dan gebu.
3.Masukkan minyak atau mentega kacau sehingga sebati.
4. Tuang adunan dalam acuan  dan bakar dengan kepanasan suhu 135c-140c selama 45 minit.
5. Setelah masak , terlangkupkan agar tidak mendap, selepas 5 minit terbalikka semula dan lorek tepinya dengan pisau dan keluarkan kek. Biarkan kek sejuk dan kemudian boleh lah dihias.

       Tip daripada Ida.
1. Masak guna api bawah dulu selama 10 minit, kemudian selepas 10 minit ditukar pada api atas bawah.
2. Kalau tiada stok fresh milk boleh diganti yogurt atau mayonis atau susu tepung dengan sukatan 1 sudu teh.
3.Tepung di ayak tujuannya supaya kek ringan.

2 comments:

Terima kasih kerana sudi membaca catatan saya. Sila kembali lagi.