Friday, 15 March 2013

DISEBALIK MADU


Salam sejahtera.

Pernah tak kawan-kawan membeli madu berbagai jenis madu dijual. Dahulu madu selalu ditemui di kawasan perkampungan asli tapi kina tidak lagi.Sekarang madu mudah dicari apatah lagi setelah dikomersialkan dan dijual dipasar-pasar raya dan tidak pasti kandungan madu tersebut masih asli atau telah dicampur dengan bahan lain. Bagi pengguna yang mementingkan keaslian, sudah pasti mereka akan mendapatkan madu tersebut daripada tempat pembiakan lebah dan tempat penghasilan madu . Tidak dinafikan juga madu adalah makanan yang kaya dengan khasiat. Namun tidak ramai yang tahu bahawa madu sebenarnya tidak selamat diberikan kepada bayi berusia bawah satu tahun. Jom uda nak share info ini .

Madu mengandungi spora sejenis bakteria, clostridium botulinum yang menyebabkan penyakit berbahaya iaitu botulism. Spora ini sukar dibunuh, tanan panas jika dididihkan beberapa jam atau melalui  proses penapisan.

Apa itu botulism?
Botulism biasanya menyerang saraf dan menyebabkan mata kabur,kelopak mata tertutup sedikit,kesukaran bernafas dan menelan air liur. Malah bayi juga akan muntah-muntah,cirit-birit serta sakit badan.

Kenapa tidak digalakkan?

Usus bayi adalah persekitaran yang sesuai untuk spora ini, apabila bayi memakan madu, spora tersebut akan membiak dan menghasilkan sejenis toksin. Toksin ini akan diserap masuk ke dalam usus bayi yang masih tidak matang dan seterusnya menyebabkan botulism.

Gejala Batulism.

Terdapat sesetengah kes batulism bersifat sederhana, namun ada juga yang berbahaya sehingga menyebabkan kematian. Kemuncak umur penyakit ini berlaku ialah dua hingga empat bulan. Sungguhpun begitu begitu risiko tetap ada pada usia satu minggu hinggga 11 bulan. Kebiasannya gejala muncul dalam jangka masa 18 hingga 36 jam. Kesimpulan anda tidak digalakkan memberi bayi makan sekiranya umur mereka di bawah setahun. Sekiranya muncul simpton ini segeralah berjumpa pakar kanak-kanak. Jika gejala ini berlanjutan sehingga menyebabkan bayi mengalami lumpuh tangan, kaki, badan dan masalah otot pernafasan.
  • Simptom perut berbeza daripada kebiasaan(unusual gastrointestinal symptom), berkemungkinan berlaku kerana keracunan makanan dan makanan tercemar.
  • Kepenatan dan tubuh lemah
  • Susah mengawal kepala
  • Pertukaran nada nangis (altered cry)

Bagaimana pula dengan orang dewasa?
Jawapannya YA, bagi kalangan orang dewasa adalah selamat untuk dimakan. Usus orang dewasa mengandungi asid secukuonya untuk menyahkan toksin yang dihasilkan spora ini. YA untuk dewasa tapi TIDAK untuk bayi.

 -Just Share-


No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi membaca catatan saya. Sila kembali lagi.