Monday, 11 March 2013

DOA STREES DAN MEMASAK


Kerja di office  ni adakalanya memenatkan dan rasa sakit hati pun iyer, nasib baik ada kawan rapat yang boleh share the story. Kerja punya kerja tak perasan jam dah pukul 5 lebih ,dah cukup time, apa lagi ditunggu apalagi angkat beg balik lah.Keluar daripada pintu bangunan office my hubby memang sedia menunggu, "sorry bang"  ayat pertama ditujukan pada hubby. Hubby kata "tak pe".ayat yang biasa dia jawab. Oleh kerana ada yang terbuku dihati di office tadi, uda ceritakan balik pada hubby, entahlah tak puas rasanya kalau tak cerita dengan hubby bila dah cerita tu baru lega. Suami isteri kan kena share kan. Itu lah lumrahnya bila berkerja kata orang " asam garam kehidupan" bagi wanita yang berkerjaya. adi kenalah banyak bersabar dan banyak berdoa.

Doa tenang hati

"Rasulullah bersabda kepada 'Aisyah radiallahuanha katakan kepadanya : Letakan tangan kananmu dekat bahagian hatimu dan sapukan ia sambil membaca doa"
 
بِسْمِ اللهِ، اَللهُمَّ دَاِونِي بِدَوَائِكَ وَاشْفِـنِيْ   بِشِفـَائِكَ
وَأَغْنِنِيْ  بِفَـضْلِكَ عَمَّنْ سِوَاك

Dengan nama Allah , Wahai Allah, rawatilah daku dengan Rawatan-Mu, sembuhkanlah daku dengan Penawarmu dan Cukupkan daku dengan kelebihan yang ada padamu dari mengharapkan selain dari-Mu.

  
Kerja Oleh kerana mood memasak dirumah akan ditunda pada hari esok dengan jasa baik hubby, lauk pauk akan dibeli dikedai yang berdekatan. Terima kasih hubby so anak yang akan  pergi tuisyen malam tadi sempat makan sedikit sebelum ke kelasnya. Lepas lipat kain tu agak-agak jam 930 malam tu tetiba jer nak masak, tapi nak masak simple jer lah. Apa ya yang senang nak masak ? Oh minggu lepas ada beli kulit pastry puff ada dalam peti ais so uda decide nak masak puff sardin dan puff tuna. Eh macam kat hotel rasanya , itu kata hubby lah , he he kembang hidung sekejap, anak-anak yang lain dok senyum jer.  Resepi ni uda ceduk daripada blog masam-masam manis by Ita. Trimas masam-manis . .


SARDINE PUFF

1 peket kulit pastri puff segera bersaiz 10 x 10cm jenama "KAWAN"

Inti
1 tin sardin sedang, ambil ikannyer sahaja, buang tulang tengah dan lenyek
atau 1 tin tuna
2 ulas bawang putih - cincang

1 biji cili merah - cicang
1 inc halia - cincang
1 labu bawang besar - potong dadu
sedikit minyak untuk menumis
2 sudu besar sos cili
secubit garam
3 biji limau kasturi perah airnyer
atau boleh gantikan dgn air asam jawa.

Sapuan :
1 biji kuning telur


Selamat mencuba dan memasak.

-JUST SHARE-

3 comments:

Terima kasih kerana sudi membaca catatan saya. Sila kembali lagi.