Petang ini cuaca di Puncak Alam ni agak mendung, rasanya macam nak hujan malam. Setelah beberapa hari mengalami cuaca yang agak perit . Jika hujan malam ni elok jugak rasa sejuk dan selesa nak tidur.
Terasa beberapa bintik jerawat telah menghiasi kulit muka, tangan mula lah nak memicit terasa jugak perit bila memicit..aduhhhh. Nasihatku jangan cuba-cuba nak memicit biarkan jerawat tu diam-diam kat situ lama kelamaan ia akan hilang dengan sendirinya. Bersabar lah..ya.
Jerawat amat sinonim dengan perempuan, bila tengok muka dicermin ada ketulan merah mula lah tangan ni nak memicit, adakalanya sampai keluar gak sedikit darah dari jerawat tu, kenapa ya bila jerawat timbul di muka kita perempuan cukup risau,jawapannya memang lumrah peremuan sukakan kecantikkan rasanya kalau jerawat timbul ianya menjadi hodoh. Oh tidak.Kalau lah tiba-tiba kita dapat jemputan dinner atau yang sewaktu dengannya , pada masa yang sama ada pula jerawat tu...oh apa nak buat.So layan denga info ini.
1. Take good care of your skin
Bak kata pepatah "mencegah lebih baik dari merawat" so sebelum bintik jerawat timbul, rajinkan diri membersihkan secara berkala terutama sekali selepas melakukan aktiviti outdoor. Sebelum tidur wajib membersihkan muka dari kotoran, sisa make up,debu yang menempel dimuka.
2. Pelembab-Moisturizer
Sebelum sesi make up dimulakan,jangan lupa memakai moisturizer. Selain daripada melindungi kulit, ternyata moisturizer juga mampu membuatkan make up lebih tahan lama. Perlu diingat jika ingin menggunakan moistorizer hendaklah mendapatkan khidmat nasihat daripada penjual produk yang kita gunakan kerana ditakuti tidak serasi dengan kehendak kulit kita.Untuk menutupi jerawat tu, elakkan guna warna concealer yang agak terang dari warna kulit anda, jika memilih warna yang agak gelap dari tona warna kulit muka takut ditakuti menampakkan jelas jerawat tu.
3. Warna tepat untuk concealer
Jika memilih menggunakan concealer, jangan gunakan warna asal kulit sendiri, maka perlulah memilih warna yang agak terang daripada kulit asal. Seandainya memilih warna kulit asal akan membuat bekas jerawat akan kelihatan dengan jelas.
4.Tidak perlu terlalu banyak
Concealer yang digunakan jangan dioles terlalu banyak cukuplah dengan kadar yang sederhana. Jika mengolesnya dengan berlebihan pastilah noda jerawat akan kelihatan lebih jelas.
5.Guna jari lagi bagus
Cara yang paling berkesan mengoleskan concealer adalah menggunakan hujung jari. Bukan sahaja memudahkan kerja kerana perlu diletakkan hanya bahagian yang memerlukan sahaja.
6.Gantikan dengan foundation
Selain concealer, boleh juga memilih foundation untuk menutup noda jerawat ni. Caranya gunakan foundation terlebih dahulu kemudian oleskan concealer. Memang agak merumitkan tapi nak cantik kan.
7.Jangan lupa sapu compact powder
Setelah siap berdandan jadikan compact powder sebagai pilihan terakhir untuk menutupi bekas jerawat. Kerana bedak ini akan menyempurnakan langkah terakhir perapian anda.
Selamat berdandan.
-Just share-

No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana sudi membaca catatan saya. Sila kembali lagi.