Showing posts with label TIPS. Show all posts
Showing posts with label TIPS. Show all posts

Sunday, 21 April 2013

7 TIP SAMARKAN BINTIK JERAWAT






Petang ini cuaca di Puncak Alam ni agak mendung, rasanya macam nak hujan malam. Setelah beberapa hari mengalami cuaca yang agak perit . Jika hujan malam ni elok jugak rasa sejuk dan selesa nak tidur. 

Terasa beberapa bintik jerawat  telah menghiasi kulit muka, tangan mula lah nak memicit terasa jugak perit bila memicit..aduhhhh. Nasihatku jangan cuba-cuba nak memicit biarkan jerawat tu diam-diam kat situ  lama kelamaan ia akan hilang dengan sendirinya. Bersabar lah..ya.

Jerawat  amat sinonim dengan perempuan, bila tengok muka dicermin ada ketulan merah mula lah tangan ni nak memicit, adakalanya sampai keluar gak sedikit darah dari jerawat tu, kenapa ya bila jerawat timbul di muka kita perempuan cukup risau,jawapannya memang lumrah peremuan sukakan kecantikkan rasanya kalau jerawat timbul ianya menjadi hodoh. Oh tidak.Kalau lah tiba-tiba kita dapat jemputan  dinner atau yang sewaktu dengannya , pada masa yang sama ada pula jerawat tu...oh apa nak buat.So layan denga info ini.

1. Take good care of your skin
Bak kata pepatah "mencegah lebih baik dari merawat" so  sebelum bintik jerawat timbul, rajinkan diri membersihkan secara berkala terutama sekali selepas melakukan aktiviti outdoor. Sebelum tidur wajib membersihkan muka dari kotoran, sisa make up,debu yang menempel  dimuka.

2. Pelembab-Moisturizer
Sebelum sesi make up dimulakan,jangan lupa memakai moisturizer. Selain daripada melindungi kulit, ternyata moisturizer juga mampu membuatkan make up lebih tahan lama. Perlu diingat jika ingin menggunakan moistorizer hendaklah mendapatkan khidmat nasihat daripada penjual produk yang kita gunakan kerana ditakuti tidak serasi dengan kehendak kulit kita.Untuk menutupi jerawat tu, elakkan guna warna concealer yang agak terang dari warna kulit anda, jika memilih warna yang  agak gelap dari tona warna kulit muka takut ditakuti menampakkan jelas jerawat tu.

3. Warna tepat untuk concealer
Jika memilih menggunakan concealer, jangan gunakan warna asal kulit sendiri, maka perlulah memilih warna yang agak terang daripada kulit asal. Seandainya memilih warna kulit asal akan membuat bekas jerawat akan kelihatan dengan jelas.

4.Tidak perlu terlalu banyak
Concealer yang digunakan jangan dioles terlalu banyak cukuplah dengan kadar yang sederhana. Jika mengolesnya dengan berlebihan pastilah noda jerawat akan kelihatan lebih jelas.

5.Guna jari lagi bagus
Cara yang paling berkesan mengoleskan concealer adalah menggunakan hujung jari. Bukan sahaja memudahkan kerja kerana perlu diletakkan hanya bahagian yang memerlukan sahaja.

6.Gantikan dengan foundation
Selain concealer, boleh juga memilih foundation untuk menutup noda jerawat ni. Caranya gunakan foundation terlebih dahulu kemudian oleskan concealer. Memang agak merumitkan tapi nak cantik kan.

7.Jangan lupa sapu compact powder
Setelah siap berdandan jadikan compact powder sebagai pilihan terakhir untuk menutupi bekas jerawat. Kerana bedak ini akan menyempurnakan langkah terakhir perapian anda.

Selamat berdandan.

-Just share-

Wednesday, 10 April 2013

SHAWL KAY-SEHANGAT ASMARA

Pening jugak nak memikirkan gaya tudung pagi ni, hiss..satu benda yang paling aku tak suka bila dah keluarkan baju dari almari  tapi tiba-tiba nak tak jadi pakai. Ini lah perkara yang terjadi pada pagi tadi. Elok-elok dah kuarkan baju kurung tiba-tiba tak jadi ..apalah aku ni. Dah tu bila tak jadi tu semua yang aku set kena cancel serta merta..ishh.... Okey baju dah cun . Tudung nak warna apa nak match dengan baju nih..fikir punya fikir nak pakai shawl lah, fesyen apa lak ye..boring gak fesyen yang sama jer..so kali ni aku terfikir nak pakai fesyen Kay dalam sehangat asmara. Hangat gak bila kali pertama tu lilitan shawl tu  jatuh, anak aku dah berteriak suruh cepat sikit . Akhirnya dapat jugak pakai . 
Shawl ni lah
   Ni di tutorial shawl style Rita...jom layan

Senang jer kan
Lepas ni boleh lah try...


- Just Sharing-