Lama rasanya tak mengetuk papan kekunci, bukan tak sudi tetapi waktu seakan mencemburuiku. Buku-buku panduan memang tidak lekang dari tanganku. Bila ada kekosongan waktu aku mencuri masa untuk mentelaah ilmu . Teruja betul apatah lagi lagi beberapa minggu untuk berangkat ke Baitullah.Terima kasih kepada seorang sahabat yang sudi memberi buku panduan umrah dan ziarah Madinah dan Makkah dan Buku doa & zikir. Semoga pemberiannya dapat dimanfaat oleh ku.
Beberapa persoalan tentang tetamu bulanan yan kerap aku dengari lebih-lebih lagi bagi jemaah perempuan yang akan berangkat ke Baitullah tidak lama lagi. Mengikuti krusus-krusus yang diadakan oleh agensi yang dilantik oleh Syarikat sememangnya satu keperluan bagi jemaah perempuan yang tidak pernah ke Baitullah sebelum ini.Walaupun begitu persoalan tentang perkara ini tidak dilontarkan kepada penceramah jemputan kerana sifat malu yang menebal disanubari so kami pendamkan sahaja, namun mengikuti krusus yang dianjurkan oleh Surau yang berdekatan dengan rumahku satu advantage buat diriku dan jema'ah perempuan yang lain.
Niat bersyarat bagi wanita uzur
Bagi orang uang uzur atau wanita yang jangkaan haidnya tidak menentu sementara ia akan tinggal tidak lama di Makkah dan mungkin tidak sempat berumrah maka eloklah dia berniat inram 'Umrah bersyarat'.
Niat :-
"Aku berniat mengerjakan umrah dan berihram dengannya,jika aku terhalang oleh halangan syara' maka ketika itu aku bertahallul kerana Allah Ta'ala"
Jika seseorang jema'ah itu niat
bersyarat dan memang tidak sempat melakukan tawaf ia dikehendaki
meninggalkan Makkah , maka ia perlu bergunting rambut untuk bertahallul
tanpa membayar dam. Niat bersyarat bagi orang yang terpaksa sahaja.
Jika jema'ah terbabit tidak berniat secara bersyarat, malah ia menggunakan niat biasa, maka ketika hendak pulang setelah sampai tempoh, ia hendaklah bertahallul ihsar dengan menyembelih seekor kambing dan bergunting rambut.Kemudian ia boleh bertahallul. Namun apabila ada kelapangan masa dan ada perbelanjaan,wajiblah dia mengadha' semula umrah yang tertangguh itu,seperti yang dilakukan oleh Rasulullah dan peristiwa Hudaibiah.
Alhamdulliah dapatlah dishare kan info ini dengan rakan-rakan yang lain.

