As salam semua rakan-rakan,
Rasanya lama betul tak post topik, bukannya tak ada masa tapi kekeringan idea. Lagi pula cuaca di Subang ni kejap hujan kejap panas terik, kalau tiba cuaca panas terik mata pun naik layu otak pun blur. Sementara mata belum terpejam eloklah membelek-belek buku nota at least dapat juga ilmu untuk bekalan ke Baitullah nanti. Sedang membelek helaian buku nota, tetiba jer mata aku terpandang kalendar yang diatas meja dan tarikh yang tertera di kalendar tu aku tandakan berwarna merah. Nak tahu kenapa aku warnakan tarikh tersebut kerana tarikh tetamu bulanan aku datang tanpa dipaksa dan diterima dengan senang hati. Lepas tu terdetik hati andainya kalau tarikh keramat tu hadir sewaktu aku mengerjakan ibadah umrah nanti bagaimana ya? Terasa juga ruginya tidak dapat memaksimumkan beribadah di tempat suci itu.Ya Allah aku memohon agar ditetapkan hati aku untuk menyembahmu dengan penuh ketakwaan . Eh kenapa aku perlu risau ye, semua terjadi atas kehendak Allah maka aku perlu muhasabah diri agar tidak dibawa oleh syaitan yang sememangnya bersumpah untuk menghasut kaum muslim agar mendengar hasutannya. Asfagafirullahalazim.
Haid
Kedatangan haid selalu menjadi perbincangan hangat bagi para wanita yang ingin mengerjakan ibadah umrah, lebih-lebih mereka yang pertama kali pergi untuk menjadi tetamu Allah. Untuk menunaikan ibadah umrah tanpa ganguan "tetamu bulanan" amat diimpikan oleh para wanita. Ibadah umrah akan menjadi lebih sempurna dan teratur. Jika difikirkan kedatangan"tetamu undangan" ini boleh pening dan binggung sekejap sehingga terfikir untuk mengambil suntikan atau memakan pil bagi menahan kedatangan tetamu ini. Kedatangan tetamu bulanan ini terjadi kepada para wanita yang usianya subur kecuali mereka yang sudah putus haid(menopouse). Usia menopouse ialah 62 tahun namun kebanyakan wanita sekarang seawal usia 45-46 tahun sudah putus haid.
Tetapi tidak kah para wanita terfikir bahawa dengan mengambil bil penahan haid ataupun suntikan ini macam menolak atau menidakkan pemberian daripada Allah. Sedangkan pemberian ini hanyalah khas untuk kaum wanita sahaja tiada pada kaum lelaki.

Hukum pengambilan ubat
Hukum pengambilan ubat penahan haid(pil) atau suntikan tersebut tidaklah jatuh terus berdosa atau haram malah hukumnya HARUS seandainya tidak memudaratkan pada pengguna tersebut. Sila link pada e-FATWA, Portal Rasmi Fatwa Malaysia.
Seandainya jika benar-benar hendak menggunakan ubatan ini atau suntikan, dinasihatkan berjumpalah dengan doktor untuk mendapat khidmat nasihat supaya para wanita tidak menyesal dikemudian hari.
Pil penahan haid -Sumber http://drzubaidi.com/blog
"Allah berfirman: Allah tidak membebani seseorang diluar kemampuannya.
(surah Al-Baqarah ayat 286)
Pil penahan haid -Sumber http://drzubaidi.com/blog
Pil penahan haid ialah dikenali pil perancang kehamilan. Memang sainitis mencipta pil ini untuk membantu wanita yang mengalami kitaran haid yang tidak teratur. Dan pil ini juga mempunyai kesan sampingan iaitu menghalang kehamilan . Maka pil ini juga diberikan pada wanita yang ingin merancang kehamilan.
Terdapat 2 jenis pil perancang iaitu pertama dinamakan hormon progestogen. Pil ini harus diambil sebanyak 3 kali dalam sehari , diambil secara berterusan sehingga tamat tempoh yang dikehendaki. darah haid akan keluar selepas 2-3 hari selepas berhenti pengambilan. Namun tidak dijamin 100 peratus keberkesanannya.Kadangkala terdapat sedikit darah yang keluar (darah istihadah), Ia juga mempunyai kesan sampingan seperti kebengkakan payudara,berat badan bertambah akibat air berkumpul dalam badan dan emosi yang tidak stabil
Pil kedua diambil mengandungi dua pil hormon yang dinamakan estrogen dan progestrone. Pil ini dinamakan combined oral contraceptive pill. Pil hormon ini digabungkan menjadi satu biji pil. Cara pemakanan hendaklah dimakan 2-3 hari sebelum kedatangan haid . Pil ni perlu dimakan secara berterusan sehingga tamat tempoh sekiranya berhenti mengambil pil maka darah haid akan keluar serta merta.

Iktihar melambatkan haid
Amalan ini boleh diamalkan semasa dalam ihram atau selepas haid. Jika
mereka yang mahu mengerjakan umrah, sebaiknya selepas haid terakhir
sebelum tarikh yang dijadualkan untuk bertolak.

Caranya:
1. Diamalkan selepas haid yang terakhir.
2. Baca lepas setiap kali solat 5 waktu (elok ditiupkan doa ini ke dalam air kemudian diminum.)
3. Apabila membaca ayat no 2, 3 dan 4 hendaklah menekan lidah ke langit-langit dan menahan nafas 5 saat kemudian hembus di air.
InsyaAllah semoga mujarab. Harus sentiasa ingat bahawa segalanya berlaku dengan izin Allah lalu memohonlah dengan hati yang ikhlas dan bersungguh-sungguh.
Selepas habis ibadah, untuk membukanya, bacalah doa dalam ayat 80 Surah Isyrak.

Kita merancang hanya Allah yang menentukan.
REDHA KETENTUANNYA.
Setiap perkara yang diturunkan dari Allah kepada para wanita tentu mempunyai hikmat dan rahsia tersendiri.Sekiranya para muslimah tidak dapat mengerjakan ibadah solat di tanah suci mekah maka para muslimah boleh berzikir dan bertasmid. Redha lah ketentuanNya pasti ada rahmat disebaliknya. Terlalu banyak sumber untuk dijadikan panduan untuk kita beribadah. Yang penting niatkan dihati bahawa ibadah ini semuanya kerana Allah dengan penuh keikhlasan dan keinsafan. Semoga segala ibadah yang kita lakukan di restuiNya dan mendapat Umrah Mabrur. Insyallah.

-Just Sharing-