Setiap perkara yang kita lakukan dengan niat yang baik dan ikhlas,insyallah akan dipermudahkan untuk diselesaikan. Alhamdullilah process persediaan tahap pertama yang diperlukan untuk di hantar kepada Jabatan Sumber Manusia telah pun dapat diselesaikan dengan mudah. Syukur Alhamdullilah. Kepada rakan-rakan yang first time ingin mengerjakan umrah ini adalah serba-sedikit info untuk dikongsikan bersama .
1. Suntikan "meningitis" ACYW 135
Kelmarin selepas balik kerja,aku dan suami pergi ke klinik Roziana yang letaknya berdekatan dengan rumah. Harga suntikan sebanyak RM 120.00. Memandangkan sudah lama tak kena jarum , dalam hati tu ngeri jugak sebab itu aku tak melihat jarum tu menusuk ke lengan aku, doktor perempuan tu pulak bukan main pandai berkata-kata tu yang aku kurang rasa ngeri sikit. Selepas aku menerima injection turn suami pulak, mak oii camtu rupanya doktor tu cucuk aku.
2. Gambar
Gambar kena disediakan untuk membuat passport dan visa. Gambar untuk pasport yang berlatar belakangkan warna biru dan gambar untuk visa pula yang berlatar belakang putih pastu di besarkan . fuh aku tengok pun muka aku udah macam talam(dulang). he he he, tak pe lah. Harga gambar semua RM 14 untuk Pasport dan RM 10 untuk Visa, aku minta burn dalam CD kena tambah RM 2.
3.Passport
Inilah first time in my life aku buat passport, kelakar kan tapi inilah kenyataannya dalam hidup aku. Memang betul lah orang kata kena sabar kalau pergi imigresen dan aku telah menempuh dan berjaya melaluinya . Aku ke Jabatan Imigresen di PKNS Shah Alam. Melangkah di pintu Jabatan tu Aduhaii ramainya umat.Kalau pergi Jabatan Imigresen di PKNS tak perlu isi borang dalam website tu cuma beratur untuk ambil nombor dan pekerja situ akan hulur satu keping kertas kecil untuk diisi sungguh simple. Tapi yang syok nya menunggu giliran punyalah memerlukan kesabaran yang tinggi.Namun kesabaran menunggu bagi menyiapkan passport aku
memang membuat aku sedar bahawa jabatan imigresen ini kaya, kenapa aku
kata jabatan ni kaya sebab korang imagine lah seorang pengguna
buat passport paling murah untuk 2 tahun 100 orang, masa itu nombor
giliran aku 4197 kalau diconggakkan lagi pula aku buat musim
sekolah tu yang lama nak menunggu tu sempat shopping tudung lagi ha
ha ha.Jam 2:15 petang aku dapat passport. Yahoo.. ehhh...silap Alhamdullilah.
Segalanya selesai so tinggal nak bagi ke Jabatan Sumber Manusia untuk prosess selanjutnya, cadang nak hantar pagi ini tapi manalah lah pulak dokumen aku letak lupa tak jumpa pagi tadi, ingatkan suami dah ambil rupanya dia pun ambil. Balik dari kerja nanti aku selongkar manalah pulak dokumen ni. Ya Allah permudahkan lah.
Semoga Allah merestui perjalananku dan jemaah yang lain untuk mengerjakan umrah di bumimu Ya Allah.
-Just Sharing-







