Monday, 29 April 2013

TETAMU BULANAN -NIAT BERSYARAT




Lama rasanya tak mengetuk papan kekunci, bukan tak sudi tetapi waktu seakan mencemburuiku. Buku-buku panduan memang tidak lekang dari tanganku. Bila ada kekosongan waktu aku mencuri masa untuk mentelaah ilmu . Teruja betul apatah lagi lagi beberapa minggu untuk berangkat ke Baitullah.Terima kasih kepada seorang sahabat yang sudi memberi buku panduan umrah dan ziarah Madinah dan Makkah dan Buku doa & zikir. Semoga pemberiannya dapat dimanfaat oleh ku.

Beberapa persoalan tentang tetamu bulanan yan kerap aku dengari lebih-lebih lagi bagi jemaah perempuan yang akan berangkat ke Baitullah tidak lama lagi. Mengikuti krusus-krusus yang diadakan oleh agensi yang dilantik oleh Syarikat sememangnya satu keperluan bagi jemaah perempuan yang tidak pernah ke Baitullah sebelum ini.Walaupun begitu persoalan tentang perkara ini tidak dilontarkan kepada penceramah jemputan kerana sifat malu yang menebal disanubari so kami pendamkan sahaja, namun mengikuti krusus yang dianjurkan oleh Surau yang berdekatan dengan rumahku satu advantage buat diriku dan jema'ah perempuan yang lain.

Niat bersyarat bagi wanita uzur

Bagi orang uang uzur atau wanita yang jangkaan haidnya tidak menentu sementara ia akan tinggal tidak lama di Makkah dan mungkin tidak sempat berumrah maka eloklah dia berniat inram 'Umrah bersyarat'.

Niat :-

"Aku berniat mengerjakan umrah dan berihram dengannya,jika aku terhalang oleh halangan syara' maka ketika itu aku bertahallul kerana Allah Ta'ala"

Jika seseorang jema'ah itu niat bersyarat dan memang tidak sempat melakukan tawaf ia dikehendaki meninggalkan Makkah , maka ia perlu bergunting rambut untuk bertahallul tanpa membayar dam. Niat bersyarat bagi orang yang terpaksa sahaja.



Jika jema'ah terbabit tidak berniat secara bersyarat, malah ia menggunakan niat biasa, maka ketika hendak pulang setelah sampai tempoh, ia hendaklah bertahallul ihsar dengan menyembelih seekor kambing dan bergunting rambut.Kemudian ia boleh bertahallul. Namun apabila ada kelapangan masa dan ada perbelanjaan,wajiblah dia mengadha' semula umrah yang tertangguh itu,seperti yang dilakukan oleh Rasulullah dan peristiwa Hudaibiah.

Alhamdulliah dapatlah dishare kan info ini dengan rakan-rakan yang lain.

Monday, 22 April 2013

UMRAH - JADUAL


 
Barangsiapa yang berpaling dari dzikir (Rabb) Yang Maha Pemurah (Al Qur’an), Kami adakan baginya syetan (yang menyesatkan), maka syetan itulah yang menjadi teman yang selalu menyertainya.
[Az Zukhruf:36].

Ya Allah kau tetapkan iman ku dan kuatkan semangatku, pagi ini sepatutnya aku bangun seperti biasa. Alarm jam memang dah set awal-awal tapi bila bunyi alarm, badan rasa malas nak bangun. Aku menunaikan sembahyang sunat seperti biasa tetapi dengan waktu yang agak suntuk sehingga sembayang witirku nak masuk waktu subuh. Masyallah.  Semakin dekat tarikh pemergian ku ke Baitullah semakin banyak dugaan,dugaan bangun seawal pagi memang aku sedar bahawa syaitan akan menghasut umat Nabi Muhamad S.A.W sehingga hari kiamat. Mengingatkan perkara itu aku bangun terus ke bilik air untuk mandi dan bersolat. Lepas bersolat aku rasa badan segar dan ok jer. Memang ini kerja syaitan laknatullah. Ya Allah ampuni kelalaianku. Setelah menyediakan sarapan pagi untuk anak-anak aku bersiap-siap untuk ke tempat kerja. Kiranya setiap pagi setakat ni aku tak miss untuk menyediakan sarapan anak-anakku, sebelumnya suamiku yang menyediakan..trimas atas budimu ya suamiku.

Berbalik kepada permergian ku ke Baitullah, aturcara pakej Umrah telah pun aku terima melalui seorang peserta dan sahabat yang akan menyertai pakej ini , memandangkan aku tidak dapat menyertai teman-teman yang lain berkrusus di sediakan oleh Travel Agensi dan Syarikat . 

Setelah meneliti perjalanan aturcara pakej umrah , huh dadaku berdebar-debar kenapa ya..mungkin teruja. Alhamdullilah tidak sabar rasanya untuk menjejakkan kaki di Baitullah . 

Harapanku ini agar kami semua dilindungi Allah dan diberkati olehNYa dan mendapat umrah Mahbrorah. Insyallah.

Untuk anak-anakku bersabarlah dan berdoalah agar mama dan ayah pergi dan kembali dengan selamat dan dirimu dilindungi ALLAH, dan jangan nakal-nakal. Terima kasih kepada adik iparku yang sudi membantu dan menemani anak-anakku. 


Sunday, 21 April 2013

7 TIP SAMARKAN BINTIK JERAWAT






Petang ini cuaca di Puncak Alam ni agak mendung, rasanya macam nak hujan malam. Setelah beberapa hari mengalami cuaca yang agak perit . Jika hujan malam ni elok jugak rasa sejuk dan selesa nak tidur. 

Terasa beberapa bintik jerawat  telah menghiasi kulit muka, tangan mula lah nak memicit terasa jugak perit bila memicit..aduhhhh. Nasihatku jangan cuba-cuba nak memicit biarkan jerawat tu diam-diam kat situ  lama kelamaan ia akan hilang dengan sendirinya. Bersabar lah..ya.

Jerawat  amat sinonim dengan perempuan, bila tengok muka dicermin ada ketulan merah mula lah tangan ni nak memicit, adakalanya sampai keluar gak sedikit darah dari jerawat tu, kenapa ya bila jerawat timbul di muka kita perempuan cukup risau,jawapannya memang lumrah peremuan sukakan kecantikkan rasanya kalau jerawat timbul ianya menjadi hodoh. Oh tidak.Kalau lah tiba-tiba kita dapat jemputan  dinner atau yang sewaktu dengannya , pada masa yang sama ada pula jerawat tu...oh apa nak buat.So layan denga info ini.

1. Take good care of your skin
Bak kata pepatah "mencegah lebih baik dari merawat" so  sebelum bintik jerawat timbul, rajinkan diri membersihkan secara berkala terutama sekali selepas melakukan aktiviti outdoor. Sebelum tidur wajib membersihkan muka dari kotoran, sisa make up,debu yang menempel  dimuka.

2. Pelembab-Moisturizer
Sebelum sesi make up dimulakan,jangan lupa memakai moisturizer. Selain daripada melindungi kulit, ternyata moisturizer juga mampu membuatkan make up lebih tahan lama. Perlu diingat jika ingin menggunakan moistorizer hendaklah mendapatkan khidmat nasihat daripada penjual produk yang kita gunakan kerana ditakuti tidak serasi dengan kehendak kulit kita.Untuk menutupi jerawat tu, elakkan guna warna concealer yang agak terang dari warna kulit anda, jika memilih warna yang  agak gelap dari tona warna kulit muka takut ditakuti menampakkan jelas jerawat tu.

3. Warna tepat untuk concealer
Jika memilih menggunakan concealer, jangan gunakan warna asal kulit sendiri, maka perlulah memilih warna yang agak terang daripada kulit asal. Seandainya memilih warna kulit asal akan membuat bekas jerawat akan kelihatan dengan jelas.

4.Tidak perlu terlalu banyak
Concealer yang digunakan jangan dioles terlalu banyak cukuplah dengan kadar yang sederhana. Jika mengolesnya dengan berlebihan pastilah noda jerawat akan kelihatan lebih jelas.

5.Guna jari lagi bagus
Cara yang paling berkesan mengoleskan concealer adalah menggunakan hujung jari. Bukan sahaja memudahkan kerja kerana perlu diletakkan hanya bahagian yang memerlukan sahaja.

6.Gantikan dengan foundation
Selain concealer, boleh juga memilih foundation untuk menutup noda jerawat ni. Caranya gunakan foundation terlebih dahulu kemudian oleskan concealer. Memang agak merumitkan tapi nak cantik kan.

7.Jangan lupa sapu compact powder
Setelah siap berdandan jadikan compact powder sebagai pilihan terakhir untuk menutupi bekas jerawat. Kerana bedak ini akan menyempurnakan langkah terakhir perapian anda.

Selamat berdandan.

-Just share-

Sunday, 14 April 2013

LAMBAIAN BAITULLAH-PENGESAHAN TERAKHIR




Pada minggu lepas selepas mendapat panggilan talipon daripada urusetia umrah syarikat, dia memberitahu beberapa dokumen perlu di sah kan sebelum urusan visa dan pengesahan tersebut adalah atas arahan Arab Saudi yang berkuat kuasa serta merta. Aku pun berapa pasti sebab apa disuruh buat macam tu. Dan pengesahan itu kena buat sendiri bukan agensi yang dilantik oleh syarikat yang kena buat. So aku buat keputusan untuk mendapat pengesahan semua dokumen tu pada hari Jumaat. Setelah semua dokumen tu dibuat kena pula pergi ke Wisma Putra untuk pengesahan jugak. Aku blur jugak sebab tak pernah pergi ke tempat-tempat tu. Dokumen yang perlu disahkan ialah surat beranak,sijil nikah. Pada Jumaat yang cerah itu setelah meninggalkan barang-barang keperluan anak-anak sekolah di pusat jagaan anak-anakku. Selepas itu aku dan suami terus ke Shah Alam untuk ke Jabatan Agama Islam. 

Jabatan Agama Islam, Shah Alam.
Hari Jumaat tu aku dan suami pertama kali melangkah ke Jabatan Agama Islam, Shah Alam. Kelakar juga aku sekeluarga pernah tinggal di Kawasan Shah Alam tapi masih teragak-agak lagi mana pejabat Jabatan Agama Islam bagi zon Shah Alam. Dengan rasa berbaur aku ikut je langkah suami aku, lepas bertanya staff yang menjaga kaunter tu untuk dapat pengesahan akhirnya jumpa jugak tempat yang dituju setelah beberapa jabatan yang tak relevant untuk tujuan aku tu. Oh Tuhan

Jam 8:15 pagi aku orang kedua sampai selepas seorang pakcik yang nak buat pengesahan macam aku,tidak sampai 20 minit dah siap. Alhamdullilah Allah permudahkan. Selepas tu kami akan ke JPN untuk pengesahan surat beranak pulak.


Image
Tempat letak kereta - Pelawat


Add caption

Alamat :Bangunan Sultan Idris Shah 2 Persiaran Masjid, 40000 Shah Alam
Phone:03-5514 3400

Jabatan Pendaftran Shah Alam, Selangor
Oleh sebab pagi lagi, Jabatan Pendaftaran di Shah Alam agak lenggang daripada time tengahari, Kelihatan pekerja-pekerja di bagunanan membawa bekalan ke pejabat mungkin diaorang beli untuk time  breakfast pagi tu. Sebenarnya perut aku pun berkeroncong gak  Al-maklumlah aku hanya minum segelas air sebelum keluar rumah dan kebiasaannya kalau hari kerja aku akan breakfast di pejabat jer. Oleh kerana ada tuntutan yang perlu dilunaskan jadi aku tahan dulu. Seperti di Jabatan Agama Islam tadi pelanggan tak begitu ramai aku pun terus mencari kaunter dan bertanya untuk mendapatkan pengesahan. Petugas perempuan yang ada disitu menyambut dokumen daripada aku dengan senyuman manis. Hari ini aku dilayan dengan baik bukan di JPN malah di Jabatan Agama Islam . Setelah menunggu nama aku dipanggil untuk mengambil dokumen yang telah disahkan dengan tiada bayaran. Alhamdullilah selesai 50%. Setelah selesai suami mengajak breakfast di kedai mamak yang berdekatan .
Aras 6, Bangunan Massalam


Peta ke JPN, Shah Alam.

 Alamat : Jabatan Pendaftran Shah Alam, Selangor
               Plaza Masalam 2
               Jln Tengku Ampuan Zabedah E 9/E
              Shah Alam , Selangor
Tel : 03-55197155

Wisma Putra, Putrajaya
Ingatkan nak guna GPS untuk cari lokasi Wisma Putra tapi tiba-tiba bateri handpone aku habis,aku pun lupa nak find out location Wisma Putra, Teringat yang adik aku pernah kerja di Putrajaya , aku pun terus tanya dimana Wisma Putra. Dia kata Wisma Putra tu kat Presint 2. Ok kami pun terus ke Putrajaya cari signboard Presint 2. Bila dah masuk presint 2 aku dan suami penyakit blur kami datang balik, sebab ada satu roundboard mana satu nak ikut. ahhh sudah. At last aku call kawan aku , dia yang tolong tunjuk arah jalan . Kebetulan GV aku pakir betul-betul berrsebelahan dengan bangunan tempat dia berkerja iaitu PJ Holdings . Dari office dia nampak grand Livina aku bergerak, aku pun  tak lepas handphone sampai dia kata traffic light simpang empat masuk kiri, masa tu aku dah nampak signboard Wisma Putra. Terima kasih Aini. Lebih kurang 1230 aku dah sampai. Tiba kat sana , mak aiii ramainya orang..aku beratur ambil nombor giliran. Aku tanya pertugas kaunter tu sempat ke sebelum sembahyang Jumaat , dia kata biasanya dia akan habiskan jugak kira tak rehat lah.aku pun rasa lega gak, sebab aku tengok jadual pelawat tu hari jumaat  8pagi -12:30 tengahari , dan kembali 2:45 ptg - 4.00 ptg.

Sesiapa yang ada urusan di Kaunter Isma Putra, aku nasihatkan pergi pada hari Isnin hingga hari Khamis. Jangan pergi hari Jumaat. Aku dah tersilap hari tapi tak mengapa satu pengetahuan untuk diri aku.



Kalau nak diingatkan kejadian kat Wisma Putra menyampah gak, tapi oleh kerana info ini akan membantu rakan-rakan aku taip gak. Kejadian tu tak lah teruk sangat tapi geram gak ...bacalah sampai abis dulu. Sedang aku menunggu nombor giliran dipanggil aku saje lah baca info yang ditampal di dinding disekitar bangunan tu pastu nak sedang aku adjust hanphone aku nak snap suasana di Wisma tu nak masuk dalam blog aku . Tiba-tiba pak guard tu sergah aku dia kata "kenapa awak ambil gambar saya, dengan muka tak puas hati", aku pun terkejut gak, aku kata mana ada. Suami aku kata aku ambil gambar suasana sini. Pak guard tu diam .Ek eleh perasan betul macam lah hensem sangat tak kuasa kau nak ambik gambo ko. Setakat pak guard apa lah sangat kan. tak heran aku. dari kejadian tu beberapa orang dok pandang aku, aku wat dek jer..hinggalah nombor giliran aku dipanggil lepas serahkan dokumen tu petugas tu kata datang balik lepas sembahyang Jumaat. Aduh inilah satu-satunya dugaan yang aku tempoh sepanjang penyediaan dokumen. Oleh kerana time sembahyang belum tiba aku dan suami ke Masjid Putrajaya dan parking area situ. Sementara menunggu waktu sembahyang kami pergi makan di kedai yang berdekatan.
Makanan lunch aku
Lepas makan tu aku dan suami pergi ke Masjid Putrajaya untuk suami menunaikan sembahyang Jumaat, aku pulak menunaikan sembahyang zuhur. Masa nak masuk masjid tu ramai juga orang-orang kenamaan bersembahyang di situ. Akhirnya penantian untuk pengesahan selesai dengan bayaran RM 80.00. Alhamdullilah.

Penyerahan dokumen ke HR
Pagi tadi suami pergi pejabat HR dan menghantar segala dokumen yang siap disahkan kepada urusetia Umrah, nampaknya tiada masalah setakat ini dan tinggal urusan mendapatkan visa saje. Visa akan diuruskan urusetia umrah syarikat. 

Semoga perjalanan aku ke Baitullah dipermudahkan. Insyallah.

-Just Sharing-


Wednesday, 10 April 2013

SHAWL KAY-SEHANGAT ASMARA

Pening jugak nak memikirkan gaya tudung pagi ni, hiss..satu benda yang paling aku tak suka bila dah keluarkan baju dari almari  tapi tiba-tiba nak tak jadi pakai. Ini lah perkara yang terjadi pada pagi tadi. Elok-elok dah kuarkan baju kurung tiba-tiba tak jadi ..apalah aku ni. Dah tu bila tak jadi tu semua yang aku set kena cancel serta merta..ishh.... Okey baju dah cun . Tudung nak warna apa nak match dengan baju nih..fikir punya fikir nak pakai shawl lah, fesyen apa lak ye..boring gak fesyen yang sama jer..so kali ni aku terfikir nak pakai fesyen Kay dalam sehangat asmara. Hangat gak bila kali pertama tu lilitan shawl tu  jatuh, anak aku dah berteriak suruh cepat sikit . Akhirnya dapat jugak pakai . 
Shawl ni lah
   Ni di tutorial shawl style Rita...jom layan

Senang jer kan
Lepas ni boleh lah try...


- Just Sharing-




Sunday, 7 April 2013

LAMBAIAN BAITULLAH -TETAMU BULANAN-part 2

As salam semua pelayar blog dan rakan-rakan.


Alhamdullilah, syukur kehadrat illahi kerana dapat menulis lagi di blog ini tanpa di paksa dan rela, bukan saja untuk rakan-rakan malah untuk diri sendiri agar tidak lupa.

Oh ya, semalam adalah pelajaran terakhir untuk pelajaran Umrah dan Ustaz Zainal memberi kesimpulan dan membuka seisi soal jawab. Kakak yang duduk sebelah aku , namanya aku tak tau tapi lawa orangnya..he he. Dia bertanyakan soalan tentang kedatangan haid bagi wanita ketika tawaf. Oh aku pun tak terfikir mungkin disebabkan pengalaman dia pernah pergi umrah pada tahun lepas , soalan itu yang bermain di kepalanya. Aku tumpang mendengar. Kakak tu tanya "Ustaz, sekiranya seorang perempuan sedang mengelilingi tawaf kemudian tu dia terasa macam dia datang haid, macam mana ustaz, ada niat apa-apa tak?" dan aku mulanya tak faham gak soalan tu sebab tak pernah terfikir kan. Kemudian Ustaz bagitau pada peserta krusus Ustaz kata " okey sekiranya tiba-tiba perempuan itu datang haid maka dia kena niat takliq iaitu niat keluar" dan perempuan itu terbatal tawaf dan tidak boleh mengerjakan ibadah Umrah dan kena bertahlol(bergunting) dan kena tunggu haid bersih kemudian kena buat Umrah sebelum balik ke tanah air" Jika didaam haid boleh lah bertasbih atau bertasmid.Oh ye ke begitu detik hati aku. terima kakak kerana bertanya soalan macam tu. Kakak tu  bagitau kalau nak pergi Umrah pergilah time free haid, dia ada bagitau sedikit pengalaman dia di tanah suci, Mekah dan sedikit info, aku apa lagi ambil kesempatan mencatit kat buku nota dan ucapkan terima kasih kerana bagi info yang sedikit tapi berharga buat aku. Terima kak tapi aku tak tau nama dia. Minggu depan kalau diizinkan olehNya aku harap dapat duduk sebelah dia. Mana tau dapat info lagi. Insyallah. Namun sapa pun duduk sebelah aku , aku tak kisah sebab diaorang baik-baik belaka dan menolong memahami apa yang aku tak faham..blur betul ish ish ish.

Aku harap dengan informasi ini dapat meleraikan sedikit kekusutan tentang kehadiran tetamu bulanan ini. Insyallah.

-Just Sharing-


Friday, 5 April 2013

LAMBAIAN BAITULLAH - TETAMU BULAN PEREMPUAN -part 1




 As salam semua rakan-rakan,

Rasanya lama betul tak post topik, bukannya tak ada masa tapi kekeringan idea. Lagi pula cuaca di Subang ni kejap hujan kejap panas terik, kalau tiba cuaca panas terik mata pun naik layu otak pun blur. Sementara mata belum terpejam eloklah membelek-belek buku nota at least dapat juga ilmu untuk bekalan ke Baitullah nanti.  Sedang membelek helaian buku nota, tetiba jer mata aku terpandang kalendar yang diatas meja dan tarikh yang tertera di kalendar tu aku tandakan berwarna merah. Nak tahu kenapa aku warnakan tarikh tersebut kerana tarikh tetamu bulanan aku datang tanpa dipaksa dan diterima dengan senang hati. Lepas tu terdetik hati andainya kalau tarikh keramat tu hadir sewaktu aku mengerjakan ibadah umrah nanti bagaimana ya? Terasa juga ruginya tidak dapat memaksimumkan beribadah di tempat suci itu.Ya Allah aku memohon agar ditetapkan hati aku untuk menyembahmu dengan penuh ketakwaan . Eh kenapa aku perlu risau ye, semua terjadi atas kehendak Allah maka aku perlu muhasabah diri agar tidak dibawa oleh syaitan yang sememangnya bersumpah untuk menghasut kaum muslim agar mendengar hasutannya. Asfagafirullahalazim.

Haid
Kedatangan haid selalu menjadi perbincangan hangat bagi para wanita yang ingin mengerjakan ibadah umrah, lebih-lebih mereka yang pertama kali pergi untuk menjadi tetamu Allah. Untuk  menunaikan ibadah umrah tanpa ganguan "tetamu bulanan" amat diimpikan oleh para wanita. Ibadah umrah akan menjadi lebih sempurna dan teratur. Jika difikirkan kedatangan"tetamu undangan" ini boleh pening dan binggung sekejap sehingga terfikir untuk mengambil suntikan atau memakan pil bagi menahan kedatangan tetamu ini. Kedatangan tetamu bulanan ini terjadi kepada para wanita yang usianya subur kecuali mereka yang sudah putus haid(menopouse). Usia menopouse ialah 62 tahun namun kebanyakan wanita sekarang seawal usia 45-46 tahun sudah putus haid.

Tetapi tidak kah para wanita terfikir bahawa dengan mengambil bil penahan haid ataupun suntikan ini macam menolak atau menidakkan pemberian daripada Allah. Sedangkan pemberian ini hanyalah khas untuk kaum wanita sahaja tiada pada kaum lelaki.

Hukum pengambilan ubat
Hukum pengambilan ubat penahan haid(pil) atau suntikan tersebut tidaklah jatuh terus berdosa atau haram malah hukumnya HARUS seandainya tidak memudaratkan pada pengguna tersebut. Sila link pada e-FATWA, Portal Rasmi Fatwa Malaysia.

Seandainya jika benar-benar hendak menggunakan ubatan ini atau suntikan, dinasihatkan berjumpalah dengan  doktor untuk mendapat khidmat nasihat supaya para wanita tidak menyesal dikemudian hari.
 "Allah berfirman: Allah tidak membebani seseorang diluar kemampuannya.
(surah Al-Baqarah  ayat 286)

Pil penahan haid -Sumber http://drzubaidi.com/blog
Pil penahan haid ialah dikenali pil perancang kehamilan. Memang sainitis mencipta pil ini untuk membantu wanita yang mengalami kitaran haid yang tidak teratur. Dan pil ini juga mempunyai kesan sampingan iaitu menghalang kehamilan . Maka pil ini juga diberikan pada wanita yang ingin merancang kehamilan.

Terdapat 2 jenis pil perancang iaitu pertama dinamakan hormon progestogen. Pil ini harus diambil sebanyak 3 kali dalam sehari , diambil secara berterusan sehingga tamat tempoh yang dikehendaki. darah haid akan keluar selepas 2-3 hari selepas berhenti pengambilan. Namun tidak dijamin 100 peratus keberkesanannya.Kadangkala terdapat sedikit darah yang keluar (darah istihadah), Ia juga mempunyai kesan sampingan seperti kebengkakan payudara,berat badan bertambah akibat air berkumpul dalam badan dan emosi yang tidak stabil

Pil kedua diambil mengandungi dua pil hormon yang dinamakan estrogen dan progestrone. Pil ini dinamakan combined oral contraceptive pill. Pil hormon ini digabungkan  menjadi satu biji pil.  Cara pemakanan hendaklah dimakan 2-3 hari sebelum kedatangan haid . Pil ni perlu dimakan secara berterusan sehingga tamat tempoh sekiranya  berhenti mengambil pil maka  darah haid akan keluar serta merta.

Iktihar melambatkan haid
Amalan ini boleh diamalkan semasa dalam ihram atau selepas haid. Jika mereka yang mahu mengerjakan umrah, sebaiknya selepas haid terakhir sebelum tarikh yang dijadualkan untuk bertolak.
 

Caranya:

1. Diamalkan selepas haid yang terakhir.

2. Baca lepas setiap kali solat 5 waktu (elok ditiupkan doa ini ke dalam air kemudian diminum.)

3. Apabila membaca ayat no 2, 3 dan 4 hendaklah menekan lidah ke langit-langit dan menahan nafas 5 saat kemudian hembus di air.

InsyaAllah semoga mujarab. Harus sentiasa ingat bahawa segalanya berlaku dengan izin Allah lalu memohonlah dengan hati yang ikhlas dan bersungguh-sungguh.

Selepas habis ibadah, untuk membukanya, bacalah doa dalam ayat 80 Surah Isyrak.



Kita merancang  hanya Allah yang menentukan.

REDHA KETENTUANNYA.
Setiap perkara yang diturunkan dari Allah kepada para wanita tentu mempunyai hikmat dan rahsia tersendiri.Sekiranya para muslimah tidak dapat mengerjakan ibadah solat di tanah suci mekah maka para muslimah boleh berzikir dan bertasmid. Redha lah ketentuanNya pasti ada rahmat disebaliknya. Terlalu banyak sumber untuk dijadikan panduan untuk kita beribadah. Yang penting niatkan dihati bahawa ibadah ini semuanya kerana Allah dengan penuh keikhlasan dan keinsafan. Semoga segala ibadah yang kita lakukan di restuiNya dan mendapat Umrah Mabrur. Insyallah.

-Just Sharing-