Wednesday, 26 June 2013

TIDUR YANG SELESA AKAN MENCANTIKKAN KULIT - CUBALAH .

Di Subang Jerebu masih dalam tahap tidak berapa sihat, namun aku yang berkerja tetap ke pejabat. Anak-anak pula telah bersekolah  seperti biasa  cuma sekolah Agama (KAFA) sahaja yang masih bercuti buat sementara waktu.

Sebagai langkah berjaga-jaga semalam hubby membeli topeng  mulut (mask) di klinik berhampiran rumah untuk dipakai oleh anak-anak ke Sekolah. Punyalah seronok mereka bila mencubanya tapi bila tiba kat sekolah dia malu pula nak pakai. Suka hati lah wahai anak.  

Bila waktu malam rasa bahang pula kan, nak tidur pun tak berapa selesa. namun aku telah cuba tip yang aku ceduk daripada akhbar bagi mendapatkan tidur yang  selesa;

- Sebelum anda tidur, minum segelas susu segar yang telah dicampurkan dengan beberapa titis madu.
- Pastikan sebelum tidur perut anda tidak terlalu lapar atau tidak terlalu kenyang.
- Gunakan cadar dan sarung bantal yang bersih agar anda berasa lebih selesa.
- Jangan tidur dalam keadaan terang kerana ia sedikit sebanyak menganggu tidur anda. Jadi biasakan diri anda tidur dalam keadaan malap atau gelap.
- Mandi sebelum tidur kerana ia boleh membantu anda untuk tidur dengan lebih lena.
-  Tidur lah dengan secukupnya contohnya jam 10 malam dan bangun pula jam 6 pagi.



Diharap dengan beberapa tips ini dapat membantu anda mendapat tidur yang cukup sekaligus dapat mencantikkan kulit anda. 


Selamat mencuba!

Tuesday, 18 June 2013

BUAH ZURIAT - JABAL UHUD





Pernah tak mendengar buah zuriat atau buah zuriat Adam & Hawa. Ketika kami dibawa ke Jabal Uhud ada seorang teman bagitau buah zuriat ni untuk sesiapa yang tidak mempunyai zuriat boleh diminum airnya. Wallahualam , aku pun beli gak sebab mengingatkan seorang kawan yang meminta aku mendoakan dia agar mendapat cahaya mata. Harganya 3 biji ialah 5 Riyal. Kebanyakkan ada dijual di Jabal Uhud,Jabal Rahmah dan Gua Hira'.

Aku ceduk cara dari seorang blogger , harap beliau tak marah ya...

Cara makan pun ade beberapa cara antaranya:

Cara Pertama

Beberapa rakan arab memberitahu caranya dengan menggunakan sudu di ketuk-ketuk sekitar buah zuriat ( tak perlu di belah ) dan kita ibaratkan seperti kita sagat/kikis buah ini menjadi serbuk dan di makan begitu sahaja ataupun di campur bersama susu.

Cara Kedua

Oleh kerana buah ini juga di gelar buah adam dan hawa, maka ada yang merebus dua biji buah ini sekali gus. Buah di belah kepada dua, dan di ingatkan buah ini keras dan memerlukan keupayaan yang kuat untuk membelahnya. Rebus biji dan isirungnya sekali,sehingga air bertukar warna seakan-akan teh. Dan di sarankan di minum selama 44hari atau sehingga mengandung. Diminum suami isteri dan boleh direbus berulangkali sehinggalah air rebusan itu bertukar warna menjadi putih kembali baru di ganti dengan buah yang baru.
(Boleh diminum pada bila-bila masa sahaja,malah buah ini juga kalau dia gosok-gosok ke sendi-sendi kita yang sakit,Insya Allah akan terasa kelegaannya)
Antara Surah yang boleh di amalkan semasa meminumnya ialah Surah Al-Imran ayat 38 & Selawat ke atas Nabi S.A.W (3 x)
Surah Ali Imran ayat 38
Yang bermaksud:
"Di sanalah Zakaria mendoa kepada Tuhan.
Ia berkata: Berilah aku keturunan yang baik daripadaMu. Sesungguhnya Engkaulah
yang memperkenankan segala doa."

Antara cara lain

1) Ada dengan cara menggunakan tukul besi untuk memecah lapisan luar, kemudian bijinya dihiris.   
2) Ada yang mengisar keseluruhan buah didalam mesin pengisar
3) Ada yang kata kalau nak pecahkan memang kena guna kudrat orang lelaki dengan sebilah parang.
4) Ada yang terus merebus keseluruhan buah itu begitu sahaja.
5) Ada yang merebus dua biji (sepasang) buah ini sekali gus.
6) Ada yang buah itu hancurkan isi nya dan dicampur dengan susu segar kemudian direbus, air rebusan tadi diminum














Semoga Allah merestui kepada yang dihajati.

BAITULLAH AKU MERINDUIMU



Hari yang ditunggu sudah tiba,  bagai tidak percaya yang aku sudah pun berada di Tanah Haram. Disepanjang perjalanan ku dari Madinah hati mula meronta-ronta bahkan tidak sabar untuk tiba di tanah haram Mekah. Mutawiff yang mengiringi kami  mengatakan bahawa kami akan sampai dalam masa 2 jam lagi , Ya Allah aku datang menyahut panggilan mu..entah kenapa didalam perjalanan perutku mula memulas-mulas, ingat masih boleh bertahan namun tidak dapat dibendung masalah perut ini. Agaknya ini adalah dugaanmu..aku redha. Setiba ke Masjid,untuk kami mengerjakan solat Taqyir Isyak dan solat magrib dan tempat inilah kami bermiqat untuk mengerjakan umrah wajib.Setelah berniat kami semua bertalbiah dan berzikir..hati mula sebak hanya Allah yang mengetahui

Subhanallah...Maha suci ALLAH , kalimah pertama aku menjejaki di hamparan Masjid Masjidil Haram, kakiku mula mengigil , dadaku bergelora..ahh kenapa ya. Aku tak pasti mungkin teruja untuk bertemu kaabah...Sedang aku menuruni tangga Masjid Masjidil Haram bisikan pertama ialah  MASYALLAH betapa agungnya ALLAH, betapa inilah kaabah tempat paksinya kiblat seluruh umat islam. Tiada kata hendak digambarkan hinggakan ketika ini pun air mata ku mula menitis...Betapa aku amat merindui Baitullah. Benarlah kata seorang sahabat " kalau dah pergi sekali mesti nak pergi lagi" BENAR katanya aku mengaku yang aku memang ank pergi lagi. Moga aku dianugerahkan kemampuan untuk menjejaki kesana lagi.

Ketika ziarah di Bukit Uhud

Bersolat di Masjid Quba

Masjidil Haram di waktu malam

Ziarah - Ladang Unta

Ziarah - Penjual Susu Unta -5 Riyal sebotol

Selesai solat di Masjidil Haram

Masjidil Haram sedang dalam pembinaan

Jinak merpati di rapati lari

Monday, 29 April 2013

TETAMU BULANAN -NIAT BERSYARAT




Lama rasanya tak mengetuk papan kekunci, bukan tak sudi tetapi waktu seakan mencemburuiku. Buku-buku panduan memang tidak lekang dari tanganku. Bila ada kekosongan waktu aku mencuri masa untuk mentelaah ilmu . Teruja betul apatah lagi lagi beberapa minggu untuk berangkat ke Baitullah.Terima kasih kepada seorang sahabat yang sudi memberi buku panduan umrah dan ziarah Madinah dan Makkah dan Buku doa & zikir. Semoga pemberiannya dapat dimanfaat oleh ku.

Beberapa persoalan tentang tetamu bulanan yan kerap aku dengari lebih-lebih lagi bagi jemaah perempuan yang akan berangkat ke Baitullah tidak lama lagi. Mengikuti krusus-krusus yang diadakan oleh agensi yang dilantik oleh Syarikat sememangnya satu keperluan bagi jemaah perempuan yang tidak pernah ke Baitullah sebelum ini.Walaupun begitu persoalan tentang perkara ini tidak dilontarkan kepada penceramah jemputan kerana sifat malu yang menebal disanubari so kami pendamkan sahaja, namun mengikuti krusus yang dianjurkan oleh Surau yang berdekatan dengan rumahku satu advantage buat diriku dan jema'ah perempuan yang lain.

Niat bersyarat bagi wanita uzur

Bagi orang uang uzur atau wanita yang jangkaan haidnya tidak menentu sementara ia akan tinggal tidak lama di Makkah dan mungkin tidak sempat berumrah maka eloklah dia berniat inram 'Umrah bersyarat'.

Niat :-

"Aku berniat mengerjakan umrah dan berihram dengannya,jika aku terhalang oleh halangan syara' maka ketika itu aku bertahallul kerana Allah Ta'ala"

Jika seseorang jema'ah itu niat bersyarat dan memang tidak sempat melakukan tawaf ia dikehendaki meninggalkan Makkah , maka ia perlu bergunting rambut untuk bertahallul tanpa membayar dam. Niat bersyarat bagi orang yang terpaksa sahaja.



Jika jema'ah terbabit tidak berniat secara bersyarat, malah ia menggunakan niat biasa, maka ketika hendak pulang setelah sampai tempoh, ia hendaklah bertahallul ihsar dengan menyembelih seekor kambing dan bergunting rambut.Kemudian ia boleh bertahallul. Namun apabila ada kelapangan masa dan ada perbelanjaan,wajiblah dia mengadha' semula umrah yang tertangguh itu,seperti yang dilakukan oleh Rasulullah dan peristiwa Hudaibiah.

Alhamdulliah dapatlah dishare kan info ini dengan rakan-rakan yang lain.

Monday, 22 April 2013

UMRAH - JADUAL


 
Barangsiapa yang berpaling dari dzikir (Rabb) Yang Maha Pemurah (Al Qur’an), Kami adakan baginya syetan (yang menyesatkan), maka syetan itulah yang menjadi teman yang selalu menyertainya.
[Az Zukhruf:36].

Ya Allah kau tetapkan iman ku dan kuatkan semangatku, pagi ini sepatutnya aku bangun seperti biasa. Alarm jam memang dah set awal-awal tapi bila bunyi alarm, badan rasa malas nak bangun. Aku menunaikan sembahyang sunat seperti biasa tetapi dengan waktu yang agak suntuk sehingga sembayang witirku nak masuk waktu subuh. Masyallah.  Semakin dekat tarikh pemergian ku ke Baitullah semakin banyak dugaan,dugaan bangun seawal pagi memang aku sedar bahawa syaitan akan menghasut umat Nabi Muhamad S.A.W sehingga hari kiamat. Mengingatkan perkara itu aku bangun terus ke bilik air untuk mandi dan bersolat. Lepas bersolat aku rasa badan segar dan ok jer. Memang ini kerja syaitan laknatullah. Ya Allah ampuni kelalaianku. Setelah menyediakan sarapan pagi untuk anak-anak aku bersiap-siap untuk ke tempat kerja. Kiranya setiap pagi setakat ni aku tak miss untuk menyediakan sarapan anak-anakku, sebelumnya suamiku yang menyediakan..trimas atas budimu ya suamiku.

Berbalik kepada permergian ku ke Baitullah, aturcara pakej Umrah telah pun aku terima melalui seorang peserta dan sahabat yang akan menyertai pakej ini , memandangkan aku tidak dapat menyertai teman-teman yang lain berkrusus di sediakan oleh Travel Agensi dan Syarikat . 

Setelah meneliti perjalanan aturcara pakej umrah , huh dadaku berdebar-debar kenapa ya..mungkin teruja. Alhamdullilah tidak sabar rasanya untuk menjejakkan kaki di Baitullah . 

Harapanku ini agar kami semua dilindungi Allah dan diberkati olehNYa dan mendapat umrah Mahbrorah. Insyallah.

Untuk anak-anakku bersabarlah dan berdoalah agar mama dan ayah pergi dan kembali dengan selamat dan dirimu dilindungi ALLAH, dan jangan nakal-nakal. Terima kasih kepada adik iparku yang sudi membantu dan menemani anak-anakku. 


Sunday, 21 April 2013

7 TIP SAMARKAN BINTIK JERAWAT






Petang ini cuaca di Puncak Alam ni agak mendung, rasanya macam nak hujan malam. Setelah beberapa hari mengalami cuaca yang agak perit . Jika hujan malam ni elok jugak rasa sejuk dan selesa nak tidur. 

Terasa beberapa bintik jerawat  telah menghiasi kulit muka, tangan mula lah nak memicit terasa jugak perit bila memicit..aduhhhh. Nasihatku jangan cuba-cuba nak memicit biarkan jerawat tu diam-diam kat situ  lama kelamaan ia akan hilang dengan sendirinya. Bersabar lah..ya.

Jerawat  amat sinonim dengan perempuan, bila tengok muka dicermin ada ketulan merah mula lah tangan ni nak memicit, adakalanya sampai keluar gak sedikit darah dari jerawat tu, kenapa ya bila jerawat timbul di muka kita perempuan cukup risau,jawapannya memang lumrah peremuan sukakan kecantikkan rasanya kalau jerawat timbul ianya menjadi hodoh. Oh tidak.Kalau lah tiba-tiba kita dapat jemputan  dinner atau yang sewaktu dengannya , pada masa yang sama ada pula jerawat tu...oh apa nak buat.So layan denga info ini.

1. Take good care of your skin
Bak kata pepatah "mencegah lebih baik dari merawat" so  sebelum bintik jerawat timbul, rajinkan diri membersihkan secara berkala terutama sekali selepas melakukan aktiviti outdoor. Sebelum tidur wajib membersihkan muka dari kotoran, sisa make up,debu yang menempel  dimuka.

2. Pelembab-Moisturizer
Sebelum sesi make up dimulakan,jangan lupa memakai moisturizer. Selain daripada melindungi kulit, ternyata moisturizer juga mampu membuatkan make up lebih tahan lama. Perlu diingat jika ingin menggunakan moistorizer hendaklah mendapatkan khidmat nasihat daripada penjual produk yang kita gunakan kerana ditakuti tidak serasi dengan kehendak kulit kita.Untuk menutupi jerawat tu, elakkan guna warna concealer yang agak terang dari warna kulit anda, jika memilih warna yang  agak gelap dari tona warna kulit muka takut ditakuti menampakkan jelas jerawat tu.

3. Warna tepat untuk concealer
Jika memilih menggunakan concealer, jangan gunakan warna asal kulit sendiri, maka perlulah memilih warna yang agak terang daripada kulit asal. Seandainya memilih warna kulit asal akan membuat bekas jerawat akan kelihatan dengan jelas.

4.Tidak perlu terlalu banyak
Concealer yang digunakan jangan dioles terlalu banyak cukuplah dengan kadar yang sederhana. Jika mengolesnya dengan berlebihan pastilah noda jerawat akan kelihatan lebih jelas.

5.Guna jari lagi bagus
Cara yang paling berkesan mengoleskan concealer adalah menggunakan hujung jari. Bukan sahaja memudahkan kerja kerana perlu diletakkan hanya bahagian yang memerlukan sahaja.

6.Gantikan dengan foundation
Selain concealer, boleh juga memilih foundation untuk menutup noda jerawat ni. Caranya gunakan foundation terlebih dahulu kemudian oleskan concealer. Memang agak merumitkan tapi nak cantik kan.

7.Jangan lupa sapu compact powder
Setelah siap berdandan jadikan compact powder sebagai pilihan terakhir untuk menutupi bekas jerawat. Kerana bedak ini akan menyempurnakan langkah terakhir perapian anda.

Selamat berdandan.

-Just share-

Sunday, 14 April 2013

LAMBAIAN BAITULLAH-PENGESAHAN TERAKHIR




Pada minggu lepas selepas mendapat panggilan talipon daripada urusetia umrah syarikat, dia memberitahu beberapa dokumen perlu di sah kan sebelum urusan visa dan pengesahan tersebut adalah atas arahan Arab Saudi yang berkuat kuasa serta merta. Aku pun berapa pasti sebab apa disuruh buat macam tu. Dan pengesahan itu kena buat sendiri bukan agensi yang dilantik oleh syarikat yang kena buat. So aku buat keputusan untuk mendapat pengesahan semua dokumen tu pada hari Jumaat. Setelah semua dokumen tu dibuat kena pula pergi ke Wisma Putra untuk pengesahan jugak. Aku blur jugak sebab tak pernah pergi ke tempat-tempat tu. Dokumen yang perlu disahkan ialah surat beranak,sijil nikah. Pada Jumaat yang cerah itu setelah meninggalkan barang-barang keperluan anak-anak sekolah di pusat jagaan anak-anakku. Selepas itu aku dan suami terus ke Shah Alam untuk ke Jabatan Agama Islam. 

Jabatan Agama Islam, Shah Alam.
Hari Jumaat tu aku dan suami pertama kali melangkah ke Jabatan Agama Islam, Shah Alam. Kelakar juga aku sekeluarga pernah tinggal di Kawasan Shah Alam tapi masih teragak-agak lagi mana pejabat Jabatan Agama Islam bagi zon Shah Alam. Dengan rasa berbaur aku ikut je langkah suami aku, lepas bertanya staff yang menjaga kaunter tu untuk dapat pengesahan akhirnya jumpa jugak tempat yang dituju setelah beberapa jabatan yang tak relevant untuk tujuan aku tu. Oh Tuhan

Jam 8:15 pagi aku orang kedua sampai selepas seorang pakcik yang nak buat pengesahan macam aku,tidak sampai 20 minit dah siap. Alhamdullilah Allah permudahkan. Selepas tu kami akan ke JPN untuk pengesahan surat beranak pulak.


Image
Tempat letak kereta - Pelawat


Add caption

Alamat :Bangunan Sultan Idris Shah 2 Persiaran Masjid, 40000 Shah Alam
Phone:03-5514 3400

Jabatan Pendaftran Shah Alam, Selangor
Oleh sebab pagi lagi, Jabatan Pendaftaran di Shah Alam agak lenggang daripada time tengahari, Kelihatan pekerja-pekerja di bagunanan membawa bekalan ke pejabat mungkin diaorang beli untuk time  breakfast pagi tu. Sebenarnya perut aku pun berkeroncong gak  Al-maklumlah aku hanya minum segelas air sebelum keluar rumah dan kebiasaannya kalau hari kerja aku akan breakfast di pejabat jer. Oleh kerana ada tuntutan yang perlu dilunaskan jadi aku tahan dulu. Seperti di Jabatan Agama Islam tadi pelanggan tak begitu ramai aku pun terus mencari kaunter dan bertanya untuk mendapatkan pengesahan. Petugas perempuan yang ada disitu menyambut dokumen daripada aku dengan senyuman manis. Hari ini aku dilayan dengan baik bukan di JPN malah di Jabatan Agama Islam . Setelah menunggu nama aku dipanggil untuk mengambil dokumen yang telah disahkan dengan tiada bayaran. Alhamdullilah selesai 50%. Setelah selesai suami mengajak breakfast di kedai mamak yang berdekatan .
Aras 6, Bangunan Massalam


Peta ke JPN, Shah Alam.

 Alamat : Jabatan Pendaftran Shah Alam, Selangor
               Plaza Masalam 2
               Jln Tengku Ampuan Zabedah E 9/E
              Shah Alam , Selangor
Tel : 03-55197155

Wisma Putra, Putrajaya
Ingatkan nak guna GPS untuk cari lokasi Wisma Putra tapi tiba-tiba bateri handpone aku habis,aku pun lupa nak find out location Wisma Putra, Teringat yang adik aku pernah kerja di Putrajaya , aku pun terus tanya dimana Wisma Putra. Dia kata Wisma Putra tu kat Presint 2. Ok kami pun terus ke Putrajaya cari signboard Presint 2. Bila dah masuk presint 2 aku dan suami penyakit blur kami datang balik, sebab ada satu roundboard mana satu nak ikut. ahhh sudah. At last aku call kawan aku , dia yang tolong tunjuk arah jalan . Kebetulan GV aku pakir betul-betul berrsebelahan dengan bangunan tempat dia berkerja iaitu PJ Holdings . Dari office dia nampak grand Livina aku bergerak, aku pun  tak lepas handphone sampai dia kata traffic light simpang empat masuk kiri, masa tu aku dah nampak signboard Wisma Putra. Terima kasih Aini. Lebih kurang 1230 aku dah sampai. Tiba kat sana , mak aiii ramainya orang..aku beratur ambil nombor giliran. Aku tanya pertugas kaunter tu sempat ke sebelum sembahyang Jumaat , dia kata biasanya dia akan habiskan jugak kira tak rehat lah.aku pun rasa lega gak, sebab aku tengok jadual pelawat tu hari jumaat  8pagi -12:30 tengahari , dan kembali 2:45 ptg - 4.00 ptg.

Sesiapa yang ada urusan di Kaunter Isma Putra, aku nasihatkan pergi pada hari Isnin hingga hari Khamis. Jangan pergi hari Jumaat. Aku dah tersilap hari tapi tak mengapa satu pengetahuan untuk diri aku.



Kalau nak diingatkan kejadian kat Wisma Putra menyampah gak, tapi oleh kerana info ini akan membantu rakan-rakan aku taip gak. Kejadian tu tak lah teruk sangat tapi geram gak ...bacalah sampai abis dulu. Sedang aku menunggu nombor giliran dipanggil aku saje lah baca info yang ditampal di dinding disekitar bangunan tu pastu nak sedang aku adjust hanphone aku nak snap suasana di Wisma tu nak masuk dalam blog aku . Tiba-tiba pak guard tu sergah aku dia kata "kenapa awak ambil gambar saya, dengan muka tak puas hati", aku pun terkejut gak, aku kata mana ada. Suami aku kata aku ambil gambar suasana sini. Pak guard tu diam .Ek eleh perasan betul macam lah hensem sangat tak kuasa kau nak ambik gambo ko. Setakat pak guard apa lah sangat kan. tak heran aku. dari kejadian tu beberapa orang dok pandang aku, aku wat dek jer..hinggalah nombor giliran aku dipanggil lepas serahkan dokumen tu petugas tu kata datang balik lepas sembahyang Jumaat. Aduh inilah satu-satunya dugaan yang aku tempoh sepanjang penyediaan dokumen. Oleh kerana time sembahyang belum tiba aku dan suami ke Masjid Putrajaya dan parking area situ. Sementara menunggu waktu sembahyang kami pergi makan di kedai yang berdekatan.
Makanan lunch aku
Lepas makan tu aku dan suami pergi ke Masjid Putrajaya untuk suami menunaikan sembahyang Jumaat, aku pulak menunaikan sembahyang zuhur. Masa nak masuk masjid tu ramai juga orang-orang kenamaan bersembahyang di situ. Akhirnya penantian untuk pengesahan selesai dengan bayaran RM 80.00. Alhamdullilah.

Penyerahan dokumen ke HR
Pagi tadi suami pergi pejabat HR dan menghantar segala dokumen yang siap disahkan kepada urusetia Umrah, nampaknya tiada masalah setakat ini dan tinggal urusan mendapatkan visa saje. Visa akan diuruskan urusetia umrah syarikat. 

Semoga perjalanan aku ke Baitullah dipermudahkan. Insyallah.

-Just Sharing-