Selamat pagi Isnin.
Cuaca di Subang hari ini agak mendung, beberapa hari lepas hujan mencurah-curah bila time balik kerja. Tapi itukan rezeki Allah. Tapi hari ini uda nak citer bukan pasal cuaca sebab uda pun bukan pengkaji cuaca tapi citer pasal pompuan mat salleh ni. kawan-kawan ada baca tak berita harian pada 18 Feb 2013 (Isnin), nak kata uda terlewat baca pun iya jugak, dikesempatan hari minggu uda selak-selak surat khabar yang hubby beli tapi uda yang tak sempat membaca. Okey ini kisah seorang pelayan Ekesekutif Kelab Malam mengakui menyesal melakukan pembedahan komestik di bahagian tubuhnya. Aduhh..dah beribu duit dia habiskan namun tidak berbaloi. Okey sesiapa yang tidak sempat menyelak surat khabar pada hari tersebut jom kita layan berita nih. Hissss....JOM LAYAN.
| Renee Talley-Bekas penari bogel |
RM1 juta kos perubatan Talley. - Foto AGENSI
Las Vegas: Seorang bekas penari bogel mengakui kesal melakukan
pembedahan kosmetik di punggung kerana ia hampir membawa kematiannya.Renee Talley, 44, yang kini seorang pelayan eksklusif kelab malam di sini berkata, semuanya gara-gara mahu kelihatan lebih seksi untuk memastikan dia terus mendapat pelanggan.
Dia memberi amaran kepada orang lain supaya mengelak daripada pembedahan itu yang memberi risiko kepada kesihatan.
Talley yang ada empat anak memuat naik keadaan punggungnya di YouTube sebagai ingatan kepada orang lain dan sejuta orang sudah menonton klip itu.
Mimpi ngeri untuknya bermula tiga setengah tahun lalu selepas menjalani suntikan silikon yang dibeli di pasaran gelap sebelum implan dimasukkan supaya punggungnya lebih bulat.
Tetapi, silikon itu menyerap ke bahagian belakang dan betisnya selain menyebabkan punggungnya kendur.
“Pada mulanya, doktor berkenaan kata dia tidak mahu masukkan implan selepas membedah bagi mengeluarkan silikon itu sebelum mengubah fikiran.
“Saya jatuh sakit beberapa hari kemudian pada Julai lalu. Saya sukar bernafas. Saya hanya boleh berjalan dua langkah sebelum duduk semula.
“Kemudian parut selepas pembedahan itu terbuka dan ini mengancam jangkitan dalaman. Saya akhirnya buat keputusan untuk mengeluarkan implan itu selepas ia terbalik ketika menunjukkannya kepada seorang kawan,” katanya.
Kos perubatannya kemudian mencapai £200,000 (RM1 juta). Talley ketika ini sudah muflis dan menimbang untuk menyaman pakar bedah itu.
Sumber : AGENSI









