Tuesday, 5 March 2013

SECANGKIR SAJAK BUAT ISTERI PAHLAWAN

Selamat petang semua, semoga kawan-kawan berada didalam keadaan sihat walafiat .Dengan kepadatan masa Uda tiada kesempatan nak post di blog sendiri.  Rindu pula nak menaip di blog tapi apakan daya . Namun Uda gagahi juga untuk menaip sesuatu yang boleh dimanfaatkan oleh kita semua. Berita dikala kini sedang menyiarkan peristiwa  di Lahad Datu yang amat tragis dan memeritkan untuk didengar . Media massa pula menyiarkan berita-berita tersebut tanpa henti.Kepedihan isteri kehilangan suami tercinta dan anak-anak kehilangan bapa tersayang, betapa ianya amat pilu untuk dikenangkan.  Secebis sajak yang lahir dari hatiku untuk  Isteri yang kematian suami di Lahad Datu, semoga tabah menghadapi dugaan.
 


Saatmu  dikhabarkan berita itu
aku tahu kau pasti tidak percaya
dan tidak mahu percaya
berbondong-bondong rasa pilu
menjerat hati dan perasaan
Terlalu deras air matamu
yang keluar tanpa dipaksa
Dan kau terpaksa rela
menadah telingamu untuk mendengarnya
mendengar sendiri laguan tangismu
tangisan cahayamatamu
tangisan ibubapa mertuamu
yang pasti kau mendengar semuanya

Saat ini pasti kau merindu
merindu cinta hatimu
yang pergi meninggal amanah
yang perlu ditunai
Demi Negara
Suami  pergi bukan sia-sia
Perginya sebagai pahlawan negara

Doaku agar kau tabah menghadapi
lumrah kehidupan bersama cahaya matamu.







Sunday, 24 February 2013

BERITA WANITA-SILIKON/IMPLAN

Selamat pagi Isnin.

Cuaca di Subang hari ini agak mendung, beberapa hari lepas hujan mencurah-curah bila time balik kerja. Tapi itukan rezeki Allah. Tapi hari ini uda nak citer bukan pasal cuaca sebab uda pun bukan pengkaji cuaca tapi citer pasal pompuan mat salleh ni.  kawan-kawan ada baca tak berita harian pada 18 Feb 2013 (Isnin), nak kata uda terlewat baca pun iya jugak, dikesempatan hari minggu uda selak-selak  surat khabar yang hubby beli tapi uda yang tak sempat membaca. Okey ini kisah seorang pelayan Ekesekutif Kelab Malam mengakui menyesal melakukan pembedahan komestik di bahagian tubuhnya. Aduhh..dah beribu duit dia habiskan namun tidak berbaloi. Okey  sesiapa yang tidak sempat menyelak surat khabar pada hari tersebut jom kita layan berita nih. Hissss....JOM LAYAN.



RM1 juta kos perubatan Talley. - Foto AGENSI
Renee Talley-Bekas penari bogel
RM1 juta kos perubatan Talley. - Foto AGENSI
Las Vegas: Seorang bekas penari bogel mengakui kesal melakukan pembedahan kosmetik di punggung kerana ia hampir membawa kematiannya.

Renee Talley, 44, yang kini seorang pelayan eksklusif kelab malam di sini berkata, semuanya gara-gara mahu kelihatan lebih seksi untuk memastikan dia terus mendapat pelanggan.

Dia memberi amaran kepada orang lain supaya mengelak daripada pembedahan itu yang memberi risiko kepada kesihatan.


Talley yang ada empat anak memuat naik keadaan punggungnya di YouTube sebagai ingatan kepada orang lain dan sejuta orang sudah menonton klip itu.

Mimpi ngeri untuknya bermula tiga setengah tahun lalu selepas menjalani suntikan silikon yang dibeli di pasaran gelap sebelum implan dimasukkan supaya punggungnya lebih bulat.

Tetapi, silikon itu menyerap ke bahagian belakang dan betisnya selain menyebabkan punggungnya kendur.

“Pada mulanya, doktor berkenaan kata dia tidak mahu masukkan implan selepas membedah bagi mengeluarkan silikon itu sebelum mengubah fikiran.
“Saya jatuh sakit beberapa hari kemudian pada Julai lalu. Saya sukar bernafas. Saya hanya boleh berjalan dua langkah sebelum duduk semula.

“Kemudian parut selepas pembedahan itu terbuka dan ini mengancam jangkitan dalaman. Saya akhirnya buat keputusan untuk mengeluarkan implan itu selepas ia terbalik ketika menunjukkannya kepada seorang kawan,” katanya.

Kos perubatannya kemudian mencapai £200,000 (RM1 juta). Talley ketika ini sudah muflis dan menimbang untuk menyaman pakar bedah itu.
 

Sumber : AGENSI

Tuesday, 19 February 2013

KENANGAN ABADI-ALFATIHAH

AL-FATIHAH -

Buat kawanku yang telah kembali kerahmatullah
Meninggalkan kenangan diantara kita 
Gelak tawamu , tangismu, dukamu masih terbayang-bayang dimataku
Kali terakhir kita teresak menangis mengenangkan bila akan ketemu
Akhirnya deritamu terhenti disitu
Tinggal lah anak-anakmu yatim dan suamimu mengharungi kehidupan tanpa belaianmu

Wahai anak-anakmu,
Semoga kalian tabah menghadapi rintangan yang mendatang
Ketahuilah walaupun jasad ibumu tiada bersama tetapi iringan doa kami sentiasa bersamamu

Wahai suamimu,
Permegiannya amat menyesakkan dadamu 
Apakan daya itu janji Allah yang hidup  pasti akan mati
Semoga kau bisa memimpin anak-anakmu  menunju ke puncak jaya
Menemani mereka merentasi onak duri seiring dengan usia mereka

Lembaran kehidupan baru perlu kau lalui, tabahkan hatimu
Jangan kau pasrah pada takdir dan itulah lumrah kehidupan
Semoga Allah melindungi mu wahai suami kawanku dan anak-anak kawanku.


Doaku agar rohmu dirahmati Allah dan berada dikalangan orang-orang yang beriman. 

nota : Arwah Shikin - meninggal pada 18/2/13 hsptl Ampang - Barah pangkal rahim

TOMATO - MEMBANTU MENGURANGKAN TEKANAN DAN KEMURUNGAN

Salam dan selamat pagi,

Pagi ini uda teruja benar nak memasukkan info kecantikan dan khasiat buah tomato ni,kalau ada atikel kecantikan ini memang uda suka maklumlah perempuan memang suka pada kecantikan. Malam tadi salah satu menu dinner  uda ialah tomyam ayam , bila tomyam pastinya tomato adalah salah satu  bahan rencah  untuk  masakan tomyam. huh apalagi baki daripada potongan tomota uda masuk dalam mulut uda ..hi hi daripada membazirkan. Selepas dinner tu sambil menonton tv uda baca surat khabar berita harian hari isnin yang tak sempat uda baca, wah..bahagian part famili tu  gambar tomato yang sangat ranum masaknya. Baca punya baca , suka pula uda nak share dengan you all tentang kebaikan tomato ni yang uda sendiri suka makan dengan cara mentah. Tomato nama saintifiknya iycopersicon esculetum adalah mempunyai  kandungan zat besi, serat ,vitamin Adan buah kaya dengan antioksida ini memang boleh dimakan mentah begitu sahaja. Selain kenaikan  antioksidan, tomato jua mengandungi lycopene(sebatian semulajadi) yang boleh mengurangkan risiko beberapa jenis barah dan penyakit jantung. hasil daripada kajian pakar penyelidik luar negara mengatakan tabiat memakan buah tomato secara berterusan boleh mengurangkan risiko penyakit angin ahmar. Faktor utama mengurangkan angin ahmar ialah kehadiran unsur antioksida kuat iaitu lycopene dan kajian menunjukkan , lelaki yang memiliki kadar lycopene tinggi dalam darah mereka mempunyai peluang 55% lebih rendah untuk diserang angin ahmar.

Kelebihan tomato :-
1). Boleh memberikan kesan yang hebat untuk mengatasi kemurungan dan kesedihan  dengan memakan sekurang-kurangnya sebiji sehari.
2). Ia kaya dengan zat besi, serat ,vitamin A,C dan E(jika dimakan mentah) untuk mengekalkan kecergasan badan.
3). Ia juga berkesan untuk mengecilkan liang roma dan mengurangkan masalah jerawat dan merawat penyakit kulit.
4).Membantu mencerahkan kulit kusam dan mengembalikan keremajaan kulit.
5). Digunakan sebagai topeng penyegar muka. Caranya :hancurkan tomato dan dicampurkan avokado kemudian sapukan pada muka dibiarkan selama 20-30 minit baru dibilas.Sebelum memakai eloklah dibersihkan muka dengan menggunakan air suam supaya liang roma terbuka dan mampu meresap nutrisi daripada ramuan tadi.
6)Digunakan untuk merawat jerawat .Caranya hancurkan tomato dan letakkan di tempat jerawat dan dibiarkan selama sejam atau lebih . Amalkan rawatan setiap hari sehingga jerawat hilang.
7).Ianya boleh membersihkan kulit wajah.

So jangan dipandang sepi pada buah tomato dan rajin-rajin lah mencuba untuk kebaikan diri kita sendiri.

- JUST SHARING-











MERAWAT RABUN MATA

SELAMAT SELAMAT PETANG SEMUA
 
Baru-baru ni, mata uda rasa denyut-denyut , telinga kiri pun rasa sakit, nape ekk . Kat mata tu nak kata ketumbit tak pula nampak bengkaknya, tang telinga pula entahlah sakit pula takde lah buat apa-apa yang menyakitkan sebelum ini. Lepas balik kerja  uda ambil keputusan untuk pergi berjumpa dengan doktor. Bila doktor check di telingan uda dia kata nampak warna merah macam jerawat.Alahai jerawat ke? takpe lah kalau betul jerawat . Banyak-banyak tempat kat situ lak di singgah, dan doktor check pula mata uda, dia kata tak de apa-apa mungkin mata penat. Allahamdullilah hilang jugak kerisauan yang bermain dihati. Hari tu doktor hanya bagi ubat titik jer. Lepas pergi klinik tu uda pergilah pasaraya , ye lah nak beli bahan-bahan mentah stok yang kat rumah dah tak de balance. Sebelum masuk pasaraya ada satu kedai cermin mata kat situ,hubby uda memang nak menyinggah kedai cermin mata tu , glass cermin mata dia terkeluar dari frame sebab jatuh  apalagi sementara menunggu pembaikan cermin mata tu uda minta salah seorang pekerja cermin mata tu check mata uda. dan hasilnya power mata sebelah kanan uda 100, dan kiri 75 ada silau pulak tu ,dalam usia 41 tahun dah kena rabun. Mungkin effect tengok komputer tiap-tiap hari, agaknya lah uda pun tak berapa pasti kenapa kena rabun,Janganlah tanya  ya.  Walau  bagaimanapun uda tak nak pasrah dan pakai cermin mata , uda adalah try petua-petua dan panduan atau cara-cara merawat  rabun mata yang uda cari kat blogger lain. Tak salah kalau mencuba kan, beberapa panduan uda sertakan disini :-


Petua Rawatan Islam 


Merawat Sakit Mata/Rabun Mata Dengan 'Baby Carrot' 
(Petua Daripada Ustaz Sarhan Shafie - Tanya Ustaz TV9)


Baca surah/ayat berikut ;
1.Al-Fatihah (1) : 1-7       - 1x
2. Ayatul Kursyi (Al-Baqarah (2) : 255)    - 1x
3. Selawat Syifa’          - 7x
4. Al-Qaf (50) : 22       - 7x   (di dalam jus lobak merah tanpa gula/susu/ais dll.)
Maksudnya Al-Qaf (50) : 22 :
“ …. maka kami hapuskan kelalaian yang menyelubungimu itu, lalu pandanganmu pada hari ini menjadi tajam (dapat menyaksikan dengan jelasnya perkara-perkara hari akhirat).”

Maklumat Ringkas Tentang Khasiat Lobak

Artikel ini diambil berdasarkan Imam al-Sya'rani dalam buku Mukhtasar Tazkirah.


Lobak merah kaya dengan protein, karbohidrat, kalium, natrium, dan kalsium. Kadar alkalinya lebih tinggi dan mengandungi iodin dalam kadar yang sedikit.  Semua vitaminnya dalam nisbah yang sesuai untuk kesihatan kita. Jus lobak merah kaya dengan sumber vitamin A yang mudah diserap oleh badan. Vitamin lain yang terkandung dalam lobak merah B, C, D, F, G dan K.

Di antara khasiat lobak merah adalah :

1. Amat baik untuk kesihatan gigi
2. Mengatasi keletihan
3. Mencegah jangkitan kuman dan bakteria
4. Menjaga sistem saraf
5. Awet muda
6. Mencerahkan mata
7. Mencerdaskan akal
8. Mencegah serangan barah
9. Membaikkan hati dan membasmi kelupaan

Cara memakan lobak merah :

1. Boleh makan mentah-mentah
2. Minum segelas air lobak setiap hari
3. Bagi  kanak-kanak sekiranya dimakan berlebihan, boleh menyebabkan terlebih aktif (over active) dan
    sukar mengawal pergerakannya.

Doaku: Semoga apa yang kita usahakan mendapat kejayaan.


-JUST SHARING- 

Wednesday, 13 February 2013

SYAHDUNYA DI SYAMILLE AGROFARM & RESORT


view bilik Uda dan family
Pernah tak you all  bercuti atau bermalam  dikelilingi alam semulajadi dan dihiasi lampu neon dengan kebangkitan aroma tropika. Inilah pertama kali  Uda dan family sebelah suami bermalam ditempat yang nyaman bebas dari hiruk pikuk kesibukan kotaraya . Bak kata pepatah jauh perjalanan luas pandangan. Setelah selesai menghadiri majlis perkhawinan adik ipar , kami merancang untuk bermalam satu hari untuk aktiviti family day. Plan untuk bermalam di Taiping tidak kesampaian namun teringat tempat membeli madu kelulut yang kami beli tenghari tadi. Terperasan ada resort lah, Percubaan maut abg long menghubungi resort ini untuk menempah beberapa bilik teramatlah disyukuri, apatidaknya bila adik-adik ipar menghubungi hotel disitu pun diberitahu petugas hotel yang jotel sudah penuh, namun dengan keizinanNya kami diterima masuk untuk check in pada hari tersebut walaupun mulanya hanya mendapat 5 bilik kosong, Namun Allah mendengar bisikan hambanya maka dimaklumkan pula mendapat beberapa bilik yang membolehkan kami semua mendapat 1 bilik sekeluarga tidak perlu berkongsi. Itulah kan, seandainya kebaikan yang kita niatkan maka Allah akan permudahkan urusan kita. Masyallah.

Alunan azan magrib dari adik-adik tahfiz menyambut kedatangan kami, satu permulaan yang amat baik pada hemat Uda dan disusuli dengan bilik selesa dan permandangan yang cantik dan teratur. Dan bermulalah episod aktiviti family day kami..jeng-jeng. Kali ini family kami tiada sukaneka namun keriangan anak-anak dan gurauan senda ipar duai tetap membuatkan aktiviti family day sentiasa seronok...happy family.Nak tau diresort ni pun ada dewan syarahan  yang besar dan kami mengambil kesempatan untuk menggunakan bagi mendengar tazkirah dan pesanan dari ayah dan emak serta aktiviti cabutan bertuah yang semuanya berjalan dengan suasana yang hormoni.

Okey you all nak tau latar belakang atau info tentang Syamille Agro Farm & Resort Sdn Bhd boleh layari di  http://syamille.com.my dan Uda akan postkan beberapa keping foto yang Uda ambil  daripada handphone Uda yang seberapa canggih ni ..he he.

Permandangan dipagi hari-nak gi  breakfast nih

Sukanya rusa dapat makan

Kat sini kami berdinner, senangkan tak perlu keluar cari makan

Madu lemah kelulut yang kami beli hanya RM45

Oh ya, di Syamille Agro Farm & Resort jugak yang bestnya ada aliran anak sungai..fuhhh..sejuknya bilamana kaki mencecah kat air..tapi sori lah terlupa nak ambil gambar sebab menghayati kesejukan air tu tapi anak-anak Uda dan anak-anak buah tak kira berendam saja kat situ sampai ada yang menangis-nangis tak nak kuar dari situ..iskkk..iskkk..budak-budak kan takpe lah kan. So Uda nak rekomen lah pada kekawan sesiapa yang berminat nak try kat sini atau memang kebetulan ada majlis tertentu macam kes Uda ni  kat area-area lenggong ke atau kuala kangsar bolehlah menyinggahkan dan jangan lupa belilah madu lebah kelulut sebagai buah tangan dan terbukti khasiatnya .
"Dan Tuhanmu memberi ilham kepada lebah: Hendaklah engkau membuat sarangmu digunung-ganang dan dipokok-pokok kayu dan juga dibangunan-bangunan yang didirikan oleh manusia. Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai), serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dipermudahkan kepadamu".(Dengan itu) akan keluarlah dari dalam badannya minuman(madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit) Sesungguhnnya ada yang demikian itu, ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir." 
(Surah AN-Nahl: Ayat 68-69)

Alamat :
Lot 3749 & 3750, Jln Lata Perahu, Kg Chuar Hulu,
Mukim Chegar Galah, 33020 Kati, Kuala Kangsar
Perak Darul Ridzuan
Pej - 05-7520209
+6019.276.8296 (Zainuri)
+6019.441.4242 (Zulkifli).+6019.504.5886 ( Fazrina )
+605.7520.082

-Just sharing-


Friday, 1 February 2013

SALAWAT TAFRIJIYAH(MELAPANGKAN ATAU KELEPASAN)


 
 
Assalamualaikum wbkt.


Petang Jumaat ni Uda rasa tenang sangat dan bersyukur sangat-sangat dapat menghadiri kelas agama  dengan Ustazah . Sebenarnya ini adalah hari pertama Uda menghadiri kelas agama di bangunan baru ini, kawan-kawan tidak putus mengajak ikut sekali, oleh kerana malu masih menebal  almaklumlah kita orang baru  walaupun bekerja dah lama tapi bahagian lain dan bangunan office pun lain.  Dengan keizinanNya maka hari ni Uda melangkah masuk ke kelas . Wah kawan-kawan lain yang dalam kelas senyum jer pandang Uda  dan ada yang menyapa  lagipun bukan apa semua yang ada tu Uda kenal ..ha ha ha.   Bila Ustazah sampai mula-mua tu dia hulur buku Marhaban..oh dalam hati Uda kata hari ini belajar marhaban kot, best jugak. So Ustazah suruh buka muka surat yang ada Salawat Nabi lalu kitaorg pun bersalawat sama-sama weettt..terasa macam maulud nabi lah.  Hari ini Ustazah  bagi  Salawat Tafrijiyah . Salawat Tafrijiyah ini seandainya kita ada masalah atau bencana maka elokah diamalkan salawat ini untuk memberi jalan penyelesaian kepada permasalahan yang melanda diri kita.

SALAWAT TAFRIJIYAH
maksudnya :-

Ya Allah, salawat yang sempurna dan salam sepenuhnya keatas Nabi Muhammad S.A.W yang dengannya terurai segala ikatan dan terlepas dengannya segala kekusutan dan kesusahan.
Dan terlaksana dengan segala hajat dan tercapai dengannya segala kehendak dan maksud.
Dan sebaik-baik penamat atau kesudahan. Dan disirami dengan awan dengan rupa (wajah) yang mulia.keatas keluarganya dan sahabatnya pada setiap masa (detik) dan setiap denyutan nadi dan setiap hembusan nafas dan segala bilangan didalam pengetahuan Nya.

(Denyutan nadi dan jantung dan setiap hembusan nafas hanya Allah saja yang mengetahui berapa banyak bilangannya. Sewajarnyalah menyerah diri kepada Allah seratus peratus).

Ustazah kata lagi , jika kita didalam kerahmatanNya , kita akan mendapat perkara yang baik-baik segala apa yang kita lakukan Allah akan lindungi kita ,  Masyallah 

Diantara kelebihan salawat Tafrijiyah :-

  • Barangsiapa yang membaca salawat Tafrijiyah atau nariyah sebanyak 40 kali, maka dalam waktu yang relatif singkat Allah akan segera menghilangkan segala macam kesusahan, mempermudah semua pekerjaan, menerangi hati, meluhurkan pangkat dan darjat, memperelokkan budi pekerti atau tingkah laku, menjauhkan bencana dan perbuatan tidak baik disamping itu Allah telah membukakan pintu kebajikan.
  • Barangsiapa yang membaca salawat Tafrijiyah atau nariyah ini, maka siapapun yang memandangnya baik laki-laki maupun perempuan akan menaruh cinta dan kash sayang kepadanya
  • Syaikh Sanusi berkata : "Barangsiapa yang membiasakan membaca yang salawat Tafrijiyah atau nariyah pada tiap hari sebanyak sebelas kali, maka Allah melimpahkan rezekinya dari langit dan mengeluarkan dari dalam bumi".
  • Imam dainuri berkata : "Barangsiapa yang membaca salawat Tafrijiyah atau nariyah setelah selesai mengerjakan sholat fardhu sebanyak 11 kali untuk wiridan, maka baginya tidak akan terputus rezekinya, segala usahanya dapat dicapainya dengan mudah, disamping itu ia memperleh pangkat yang tinggi serta kekayaan yang melimpah".
  • Dikatakan, bahwa salawat Tafrijiyah tidak akan memiliki khasiat sebagaimana yang disebutkan diatas, melainkan harus dibaca dan diamalkan semua isi yang terkandung  dengan menetapi akan syarat-syaratnya.
  • Dikatakan pula, bahwa salawat tafrijiyah atau nariyah itu sebagian dari gedung Allah, yang dia akan membukakan pintu gedung itu kecuali kepada orang yang membacanya secara langgeng.


  • Semoga Allah merahmati kita semua . Insyallah