Selamat petang semua, semoga kawan-kawan berada didalam keadaan sihat walafiat .Dengan kepadatan masa Uda tiada kesempatan nak post di blog sendiri. Rindu pula nak menaip di blog tapi apakan daya . Namun Uda gagahi juga untuk menaip sesuatu yang boleh dimanfaatkan oleh kita semua. Berita dikala kini sedang menyiarkan peristiwa di Lahad Datu yang amat tragis dan memeritkan untuk didengar . Media massa pula menyiarkan berita-berita tersebut tanpa henti.Kepedihan isteri kehilangan suami tercinta dan anak-anak kehilangan bapa tersayang, betapa ianya amat pilu untuk dikenangkan. Secebis sajak yang lahir dari hatiku untuk Isteri yang kematian suami di Lahad Datu, semoga tabah menghadapi dugaan.
Saatmu dikhabarkan berita itu
aku tahu kau pasti tidak percaya
dan tidak mahu percaya
berbondong-bondong rasa pilu
menjerat hati dan perasaan
Terlalu deras air matamu
yang keluar tanpa dipaksa
Dan kau terpaksa rela
menadah telingamu untuk mendengarnya
mendengar sendiri laguan tangismu
tangisan cahayamatamu
tangisan ibubapa mertuamu
yang pasti kau mendengar semuanya
Saat ini pasti kau merindu
merindu cinta hatimu
yang pergi meninggal amanah
yang perlu ditunai
Demi Negara
Suami pergi bukan sia-sia
Perginya sebagai pahlawan negara
Doaku agar kau tabah menghadapi
lumrah kehidupan bersama cahaya matamu.