Sunday, 22 September 2013

Nyummy sedapnya....


Kebelakangan ini aku agak sibuk menguruskan hal anak-anak. Sehinggakan blog yang sedia ada lama tak bertuan.Sibuk sesangat ..he he. Penjualan aku masih lagi hangat sehangat Hot FM. Setelah lama menunggu stok jualan akhirnya selamat tiba ke pangkuanku. Selama 3 minggu penantian berakhir , permintaan semakin hangat dan customer mulai bertanya. Alhamdullilah pada hari keesokannya pengagihan jualan yang diminta dapat dipenuhi..customer senyum aku pun senyum..masyukkkk...

Ingat tak beberapa bulan yang lepas aku post seorang sahabat yang menetap di London tu. Alhamdullilah berjaya jugak dia menyiapkan masakan untuk family tersayang..Kalau kita dinegeri orang daripada tak pandai orang putih kata zero sekarang dah excellent.lagipulak masakan yang ready made.Mudah,cepat dan sedap.

Terima kasih mike kerana berkongsi foto masakan, aku memang tau ko memang sporting dan sedikit gila2..tapi yang aku kagumi hati nurani yang baik.

Eh eh...tadi ada seorang pelanggan setia bertanyakan lagi stok mi bandung. Jawapan ku mestilah ada...untuk dikirim ke Sarawak bumi kenyalang..dah sampai ke bumi kenyalang..

Allhamdullilah ..tunggu sik

Sunday, 1 September 2013

Produk Pak Ngah sampai di London


Alhamdullilah , sehingga ini produk jualanku  masih panas. Namun pesananku masih belum sampai atas sebab pengeluar produk tidak menang tangan untuk mengagihkan jualan ke semua agennya. Pengurusan untuk penyediaan makanan (catering) memenuhi jadual nya dan mendapat tempat pertama pada bulan syawal ini.  Harap-harap aku tidak menunggu lama untuk memenuhi permintaan daripada pelanggan dan rakan-rakan.

Bulan lepas waktu bulan ramadhan seorang sahabat dari London menghubungiku melalui FB untuk memesan produk jualanku . Pada sahabat ini aku memang tabik spring .Dari pada tak tahu memasak sekarang rajin mencuba resepi masakan lantaran memenuhi tanggungjawab sebagai ketua keluarga. Tinggal di negara orang kena pandai berdikari. Teringat semasa ketika kami masih berkerja di satu bumbung perwatakan yang bersahaja dan perangai gila-gilanya sering membuatkan aku dan kawan-kawan terhibur dengan telatahnya..rindu pada waktu itu mike..Demi kau mike, aku tak nak menghampakan kau. Dengan itu aku mengepos pesanannya melalui En. Zamri. Kebetulan hendak ke London, dialah menjadi posmenku. En. Zamri juga pernah membawa produk jualan ku ke Yaman sedikit masa dulu. Terima kasih En. Zamri.

Tk En. Zamri menjadi posmen..
Mike..nanti masak post gambo taww

Terima kasih Mike, semoga persahabatan terjalin selamanya. Selamat memasak .





keikhlasan dalam persaudaraan membawa bahagia

As salam Semua,

Kedinginan pagi masih terasa lantaran hujan membasahi bumi malam tadi. Kabus masih tebal sewaktu melalui jalan menghala Penjara Sungai Buluh yang menjadi laluan utama untukku menunju ke Subang. Semalam plan baraan bagi saudara kandungku, bermula dari rumahku dan seterusnya ke Bangi. Perut pun rasa sendat sangat. Pernah tak dengar orang kata ''bergaduh dengan adik-beradik, last-last bila susah tetap cari adik beradik". Bak kata pepatah melayu 'Air yang dicincang tidak akan putus ' , 'carik-carik bulu ayam lama-lama bercantum juga. Yang paling seronok adalah anak-anak, bila bertemu sepupu mereka masing-masing jadi kupu-kupu. Hilang kemana, hanya kedengaran jeritan dan ketawa lepas tu dengar pulak tangisan. Memang anak-anak lah akan menceriakan suasana. Oh ya..Untuk pertama kalinya aku mencadangkan agar diadakan "Luck Draw Hari Raya" . Setiap keluarga perlu menyediakan hadiah dengan jumlah yang telah ditetapkan. Alhamdullilah cadanganku diterima dan cabutan dilakukan dirumah adik bongsu dengan suasana yang amat gamat. Apa tidaknya anak-anak sibuk nak mencabut nombor. Ibu tersayang menjadi pemberi hadiah..Ei suka sangat suasana tu..sampai lupa nak ambil gambar. Ada juga hadiah untuk ibu, walaupun tak mahal dan tak besar ianya adalah ikhlas dari hati sanubari ku. 

Perjalanan kami ke Bangi semalam berjalan dengan lancar walaupun kesesakan lalu lintas tetapi masih boleh diatasi. Sampai ke rumah adikku yang ke empat . kami dijamu dengan lontong..sedap sambal dia tapi kuah cair sikit lah.Tapi kenyang jer. kemudian tu berkunjung ke rumah kakak sulung, dengan makanan gorengan yang simple cukup meyendatkan perut ke. ketika itu hujan masih belum reda namun waktu dengan cemburu mengejari kami. Bila dah berkumpul jadi seronok bila nak balik alahai,,berat jer. Apatah lagi anak-anak semua muncung sedepa..tak pe anak lain kali boleh jumpa lagi. Sepanjang perjalanan ke rumah rintik hujan belum reda. Tiba dirumah jam 7:15 malam, jemputan daripada jiran tetangga tidak dapat dipenuhi pada waktu ditetapkan.Namun atas sebab kejiranan kami menjengah jugak walaupun hujan makin mencurah-curah. kemaafan di hulurkan atas kelewatan namun senyuman tuan rumah amat melegakan kami, ada beberapa rakan sekerja beliau pun baru sampai. Juadah yang disediakan dicuit sedikit untuk tidak mengecilkan hati tuan rumah. Bila waktu berancur ke senja kami berpamitan untuk beredar. Anak-anak kepenatan nampaknya, namun kewajiban menunaikan solat tetap ditunaikan.

Bila waktu malam ingat nak rehat jer tapi bila dapat deringan untuk mengajak ke rumah jiran di lorong belakang. tapi bagi tidak menghampakan tuan rumah, aku pergi juga dengan suami. Tuan rumah meneydiakan juadah yang banyak malangnya hingga ke jam 10:00 malam makanan masih banyak lagi..kenapa ya, Agaknya jiran tetangga tidak ramai yang datang dan tidak dapat info sepenuhnya . Mungkin juga merekan menghadiri  jemputan diluar kawasan . Apa-apapun terima kasih pada tuan rumah kerana hidangan yang amat sedap.

Begitulah ceritaku pada pagi ini...ok lah jumpa lagi


Saturday, 31 August 2013

Teman baru di hari merdeka

As salam semua,

Kini syawal mula menemui penghujung hari. Atas keberkatan syawal umat islam mulai mengambil kesempatan untuk bersedekah dengan menjamu jiran tetangga dan sahabat handai. Konsep rumah terbuka sering di gunakan bukan sahaja menjelang syawal malah hari-hari perayaan bagi setiap kaum dan agama di Malaysia. Itu lah istimewanya  kita sebagai rakyat Malaysia. Dikawasan tempat tinggal kami sering mengadakan baraan . Baraan ini macam menziarahi jiran tetangga dari satu rumah ke satu rumah secara bergilir. Suka sangat. Masa ini lah kita berpeluang berbual dan bercerita denga jiran-jiran memandangkan masing-masing sibuk berkerja.Hari ini aku mendapat dua jemputan dari rakan sekerja tetapi maaflah tidak dapat memenuhi jemputan kerana perlu mengambil anak  apabila  selesai mengikuti seminar teknik menjawab soalan bagi PSRA . Tak da rezeki kan..Tapi malam ni ada juga mendapat jemputan makan raya dari persatuan  Shah Alam 2. Insha Allah akan memenuhi jemputan . Makan free katakan ..tapi yang tak syoknya ..bila nak mengambil makanan kena beratur dan berebut2..itu lah yang malas sangat tapi takpe lah saja pergi menunjukkan muka.

Pagi-pagi tadi aku dah bekemas dirumah, manalah tau rakan atau jiran-jiran datang menjengah. Anak sulong mulai bersiap untuk beraya di rumah guru dan akan membawa kawan-kawan datang kerumah. Memandangkan aku akan bertemu teman baru di Tesco Setia Alam, maka bahan2 yang akan menjamu kawan-kawan anak-anak akan ku beli di sana saja. Beli  yang simple-simple saja. Pertemuan untuk kali pertama berjalan dengan lancar dan kami mulai berbual dengan masa yang agak terhad. Tak pe lain kali boleh jumpa lagi kan Aly. Aly dari klang sanggup bersusah payah untuk bertemu dengan ku bagi mengambil SOTO Muar bagi dirinya dan permintaan rakannya. Terima kasih Aly, kalau nak order lagi just call jer. Sebentar tadi pun dapat panggilan daripada kakak ipar nakkan SOTO Muar lagi, Ok kak hari isnin saya kirim kat Apis (anak saudara)  ye.Esok adik-beradik aku akan beraya di rumah..apa nak masak ya..rumah aku pulak rumah pertama mereka serbu..pagi pulak tu...tak pe lah tapi aku suka..


Terima kasih Aly dan jumpa lagi
Sebahagian jiran yang datang beraya

Ni pulak sesuami pulak

 Saat ini hujan masih belum berhenti so macammana nak pergi malam nanti...?? walaubagaimanapun raya tetap raya. Esok nak banyak program menanti. Ada yang akan dipenuhi dan juga terpaksa menolak.. Untuk tahun depan akan aku cover balik jika diizinkan Allah. 

Selamat bertemu kembali




Wednesday, 14 August 2013

Menjelang Aidilfitri menjanjikan rezeki - Mee Bandung Muar dan Nasi Beriani Darat

Diam tak diam, hari ini masuk dah 8 syawal ..kehangatan syawal masih dirasai , lebih-lebih lagi kedengaran bunyi mercun disekitar rumah pada malam hari. Walaupun terpaksa balik ke kediaman lebih awal namun ini lah satu pengorbanan dari kami sekeluarga. Mana tidaknya tahun ini menjelang bulan september anak yang kedua bakal menduduki peperiksaan UPSR dan PSRA manakala anak yang sulong akan menduduki peperiksaan PMR pada bulan oktober. Dengan kepulangan yang lebih awal daripada adik beradik ku yang lain maka mereka bolehlah mentelaah buku pelajaran mereka dan prepare untuk peperiksaan percubaan yang akan diadakan setelah berakhirnya syawal ini. 

Sungguhpun begitu aku tetap menjalankan biz aku yang seberapa ni dan mula mengedarkan beberapa order dari rakan-rakan. Stok yang disimpan telah pun habis dijual. Seronok betul menjual jika jualan .Tadi aku memohon agar menghantar stok dan order baru Alhamdullilah  pengusaha produk berjanji   akan menghantar pada esok hari. Harap-harap dia dapat melaksanakan janji dak aku pula boleh mengagihkan pada rakan yang memerlukan.

Terima kasih kepada rakan taulan yang menyokong biz ini dan tidak putus-putus mengorder produk ini.Semoga jalinan persahabatan tetap berkekalan dan aku terus maju dalam biz ini.

Terima kasih juga kepada rakan baru dari putrajaya Pn Hazlina Musa yang membeli produk Nasi Beriani Darat. Dan saya akan usahakan penghantaran produk tidak lama lagi. Harap memahami dan sabar..Al maklumlah baru nak start engine lepas raya. Tidak juga lupa pada rakan yang membantu menjualkan dan adik beradik khasnya. Nak ditulis nama panjang sangat cukuplah sekadar aku mengucapkan ribuan terima kasih dan agar tidak serik..

Saya ingin mengucapkan selamat hari raya aidilfitri.

-Jumpa lagi-


Friday, 26 July 2013

Ajaibnya kuasa doa oleh Ustaz Izhar (TV Al Hijrah)


 


 

Assalamualaikum wbk,

Pagi ini agak  dingin , hembusan angin sepoi sepoi bahasa di luar rumah seolah-olah berada  di tepi pantai. Begitu nyaman dan syahdu. Cuaca pula tenang saja dan cahaya di langit tidak berapa panas. memang rasa tenang sangat. Pagi tadi selepas solat dhuha dan bertilawah  hati rasa tersentuh bila mana di setiap ayat yang tertulis nama Allah dan Rasullah tetiba sayu sangat sehingga menitik air mata ku, apakah rahmat dari Allah betapa sayu sangat terbayang-bayang Kaabah,dosa-dosa silam. Tersedu-sedu aku menahan airmata jatuh..aah..inikah rahmatmu Ya Allah. Aku terima rahmat pun , aku rindu mu.
Selepas mengemas rumah seadanya, wah siaran Assalamualaikum yang di siarkan di TV Al-Hijrah pada pagi dah start lah.   Tajuk tazkirah pagi ini oleh Ustaz Izhar amat tersemat di hati dan aku mula coretkan untuk panduan ku dan pembaca kalian.
Ketika Rasullah SAW ingin berhajat maka beliau Rasullah SAW akan berdoa secara consisten , maka kita sebagai manusia biasa perlu juga perlu berdoa secara consisten. Perlu hayati dan ikhlas ketika berdoa. Jika ita memohon sesuatu hajat maka jangan kita lupa bahawa Allah itu akan memakbulkan doa kita tetapi dengan syarat kita perlu bersungguh-sungguh.
Firman Allah Ta'ala ;
وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌ أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَا دَعَانِ فَلْيَسْتَجِيبُوا لِي وَلْيُؤْمِنُوا بِي لَعَلَّهُمْ يَرْشُدُونَ {186}
“Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepadaKu, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintahKu) dan hendaklah mereka beriman kepadaKu, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.” (Al-Baqarah: 186).
Tafsir Ayat : 186
Ayat ini adalah jawaban dari suatu pertanyaan, beberapa sahabat Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bertanya kepada beliau seraya berkata, “Wahai Rasulullah, apakah Rabb kami itu dekat hingga kami membisiki-Nya ataukah Dia jauh hingga kami menyeruNya?” , kemudian turunlah ayat, { وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌ } “Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat” karena sesungguhnya Allah Ta’ala Maha Mengawasi, Maha Melihat dan Mengetahui apa yang tersembunyi dan dirahasiakan, Dia mengetahui pandangan mata yang khianat dan apa yang disembunyikan oleh hati dan Dia sangat dekat dari orang yang berdoa kepadaNya dengan mengabulkannya, oleh karena itu Dia berfirman, {أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَا دَعَانِ } “Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia memohon kepadaKu” berdoa itu ada dua macam, doa ibadah dan doa meminta.
Menurut Ustaz Izhar, Sesiapa yang berdoa , maka Allah akan memakbulkan doanya secara serta merta contohny Dato' Fadzillah Kamsan pakar motivasi , menceritakan bahawa beliau berdoa di depan kaabah untuk penglihatannya, setelah beliau sampai ke hotel tiba-tiba dirasanya matanya mulai terang dan tidak perlu memakai kacamata. Dan sekarang beliau tidak memakai kacamata. Ajaibnya doa. Seandainya  doa kita tidak dimakbulkan serta merta maka doa itu akan dimakbulkan  pada waktu tertentu atau diberikan pada generasi kita atau pun doa itu dimakbulkan dan diberikan ketika dipadang Masyar di akhirat kelak. Wallahualam.
 
Afdal berdoa
Jika berdoa sebaiknya berdoa selesai solat fardhu.

Adab berdoa
1). Mencari waktu mustajab berdoa
    - Hari jumaat ketika khatib naik mimbar (waktu mustajab) dari jumaat sampai magrib
    - Sepanjang dibulan ramadhan 
    - Ketika  menunaikan hajihari-hari di Arafah, bermalam di Mina dan  di muzalifah
Tanda doa kita dimakbulkan  ialah sentiasa dipermudahkan  contohnya Jika kita berdoa untuk mengerjakan umrah tetiba dapat kita rezeki dan segala pemprosesan untukk mendapatkan visa tidak ada masalah.cepat  tak de masalah.

Oh ya, ada tiga golongan doa yang tidak diterima :-
1. Orang yang makan barang haram
2. Orang yang suka mengumpat
3. Orang yang ada dalam hatinya hasad dengki

(Pesanan dari Abu Al-Laits As - Samarqandi)

Jadi tak sabar nak tunggu mingu depan untuk menonton Siaran Assalamualaikum yang disiarkan di TV Alhijrah untuk menyambungan penjelasanadab berdoa. Mudahan aku diizinkan untuk mendengar sambungan dari tazkirah ini.

Semoga doa kita semua diperkenankan oleh Allah SWT. InsyAllah
Wassalam.-dream dalila

Tuesday, 23 July 2013

Jualanku - sudah sampai

Diam tak diam,hari ini adalah hari ke 14 umat islam menjalani ibadah puasa dan mematuhi rukun islam. Alhamdullilah syukur kerana Allah memberi kesihatan yang baik kepada ku dan keluarga. Terima kasih Allah. 

Berdering-dering talipon pagi ini, huh ..glamour pulak he he he. My ex-boss pulak kerap datang kat office aku, tapi tak pe lah. Dia baru berpindah office kelengkapan pejabat pun tak sampai lagi. Dengan kerani pejabat pun tak de. Hah baru dia tau at last cari aku gak kan..Nasib baik aku ni berhati mulia tak kisah meh sini aku tolong..perasan la aku ni ha ha ha.

Berbalik dengan cerita jualan ku, pesanan jualan ku telah selamat sampai pada tarikh yang dijanjikan,seronok betul aku. Alhamdullilah mencurah-curah order dari sahabat handai untuk berubah selera di bulan mulia ini. Mudah-mudahan dengan kentungan yang sedikit ini dapat dimanfaat untuk membeli keperluan yang basic bagi menyambut Aidilfitri yang bakal menjelang.


Stok jualnku sudah sampai..

Alamak ada model la pulak

Selesai packing pesanan  untuk  diagihkan esok
Setelah selesai  packing order yang akan di hantar esok, mata pun dah layu,maka sayonara lah.Kalau boleh menaip lama-lama nanti hapa-haa aku taip.haru biru nanti.

So Selamat malam dan insyallah jika diizinkan Allah kita ketemu lagi .


Sayornara...