Sunday, 1 September 2013

keikhlasan dalam persaudaraan membawa bahagia

As salam Semua,

Kedinginan pagi masih terasa lantaran hujan membasahi bumi malam tadi. Kabus masih tebal sewaktu melalui jalan menghala Penjara Sungai Buluh yang menjadi laluan utama untukku menunju ke Subang. Semalam plan baraan bagi saudara kandungku, bermula dari rumahku dan seterusnya ke Bangi. Perut pun rasa sendat sangat. Pernah tak dengar orang kata ''bergaduh dengan adik-beradik, last-last bila susah tetap cari adik beradik". Bak kata pepatah melayu 'Air yang dicincang tidak akan putus ' , 'carik-carik bulu ayam lama-lama bercantum juga. Yang paling seronok adalah anak-anak, bila bertemu sepupu mereka masing-masing jadi kupu-kupu. Hilang kemana, hanya kedengaran jeritan dan ketawa lepas tu dengar pulak tangisan. Memang anak-anak lah akan menceriakan suasana. Oh ya..Untuk pertama kalinya aku mencadangkan agar diadakan "Luck Draw Hari Raya" . Setiap keluarga perlu menyediakan hadiah dengan jumlah yang telah ditetapkan. Alhamdullilah cadanganku diterima dan cabutan dilakukan dirumah adik bongsu dengan suasana yang amat gamat. Apa tidaknya anak-anak sibuk nak mencabut nombor. Ibu tersayang menjadi pemberi hadiah..Ei suka sangat suasana tu..sampai lupa nak ambil gambar. Ada juga hadiah untuk ibu, walaupun tak mahal dan tak besar ianya adalah ikhlas dari hati sanubari ku. 

Perjalanan kami ke Bangi semalam berjalan dengan lancar walaupun kesesakan lalu lintas tetapi masih boleh diatasi. Sampai ke rumah adikku yang ke empat . kami dijamu dengan lontong..sedap sambal dia tapi kuah cair sikit lah.Tapi kenyang jer. kemudian tu berkunjung ke rumah kakak sulung, dengan makanan gorengan yang simple cukup meyendatkan perut ke. ketika itu hujan masih belum reda namun waktu dengan cemburu mengejari kami. Bila dah berkumpul jadi seronok bila nak balik alahai,,berat jer. Apatah lagi anak-anak semua muncung sedepa..tak pe anak lain kali boleh jumpa lagi. Sepanjang perjalanan ke rumah rintik hujan belum reda. Tiba dirumah jam 7:15 malam, jemputan daripada jiran tetangga tidak dapat dipenuhi pada waktu ditetapkan.Namun atas sebab kejiranan kami menjengah jugak walaupun hujan makin mencurah-curah. kemaafan di hulurkan atas kelewatan namun senyuman tuan rumah amat melegakan kami, ada beberapa rakan sekerja beliau pun baru sampai. Juadah yang disediakan dicuit sedikit untuk tidak mengecilkan hati tuan rumah. Bila waktu berancur ke senja kami berpamitan untuk beredar. Anak-anak kepenatan nampaknya, namun kewajiban menunaikan solat tetap ditunaikan.

Bila waktu malam ingat nak rehat jer tapi bila dapat deringan untuk mengajak ke rumah jiran di lorong belakang. tapi bagi tidak menghampakan tuan rumah, aku pergi juga dengan suami. Tuan rumah meneydiakan juadah yang banyak malangnya hingga ke jam 10:00 malam makanan masih banyak lagi..kenapa ya, Agaknya jiran tetangga tidak ramai yang datang dan tidak dapat info sepenuhnya . Mungkin juga merekan menghadiri  jemputan diluar kawasan . Apa-apapun terima kasih pada tuan rumah kerana hidangan yang amat sedap.

Begitulah ceritaku pada pagi ini...ok lah jumpa lagi


No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi membaca catatan saya. Sila kembali lagi.