Saturday, 31 August 2013

Teman baru di hari merdeka

As salam semua,

Kini syawal mula menemui penghujung hari. Atas keberkatan syawal umat islam mulai mengambil kesempatan untuk bersedekah dengan menjamu jiran tetangga dan sahabat handai. Konsep rumah terbuka sering di gunakan bukan sahaja menjelang syawal malah hari-hari perayaan bagi setiap kaum dan agama di Malaysia. Itu lah istimewanya  kita sebagai rakyat Malaysia. Dikawasan tempat tinggal kami sering mengadakan baraan . Baraan ini macam menziarahi jiran tetangga dari satu rumah ke satu rumah secara bergilir. Suka sangat. Masa ini lah kita berpeluang berbual dan bercerita denga jiran-jiran memandangkan masing-masing sibuk berkerja.Hari ini aku mendapat dua jemputan dari rakan sekerja tetapi maaflah tidak dapat memenuhi jemputan kerana perlu mengambil anak  apabila  selesai mengikuti seminar teknik menjawab soalan bagi PSRA . Tak da rezeki kan..Tapi malam ni ada juga mendapat jemputan makan raya dari persatuan  Shah Alam 2. Insha Allah akan memenuhi jemputan . Makan free katakan ..tapi yang tak syoknya ..bila nak mengambil makanan kena beratur dan berebut2..itu lah yang malas sangat tapi takpe lah saja pergi menunjukkan muka.

Pagi-pagi tadi aku dah bekemas dirumah, manalah tau rakan atau jiran-jiran datang menjengah. Anak sulong mulai bersiap untuk beraya di rumah guru dan akan membawa kawan-kawan datang kerumah. Memandangkan aku akan bertemu teman baru di Tesco Setia Alam, maka bahan2 yang akan menjamu kawan-kawan anak-anak akan ku beli di sana saja. Beli  yang simple-simple saja. Pertemuan untuk kali pertama berjalan dengan lancar dan kami mulai berbual dengan masa yang agak terhad. Tak pe lain kali boleh jumpa lagi kan Aly. Aly dari klang sanggup bersusah payah untuk bertemu dengan ku bagi mengambil SOTO Muar bagi dirinya dan permintaan rakannya. Terima kasih Aly, kalau nak order lagi just call jer. Sebentar tadi pun dapat panggilan daripada kakak ipar nakkan SOTO Muar lagi, Ok kak hari isnin saya kirim kat Apis (anak saudara)  ye.Esok adik-beradik aku akan beraya di rumah..apa nak masak ya..rumah aku pulak rumah pertama mereka serbu..pagi pulak tu...tak pe lah tapi aku suka..


Terima kasih Aly dan jumpa lagi
Sebahagian jiran yang datang beraya

Ni pulak sesuami pulak

 Saat ini hujan masih belum berhenti so macammana nak pergi malam nanti...?? walaubagaimanapun raya tetap raya. Esok nak banyak program menanti. Ada yang akan dipenuhi dan juga terpaksa menolak.. Untuk tahun depan akan aku cover balik jika diizinkan Allah. 

Selamat bertemu kembali




No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi membaca catatan saya. Sila kembali lagi.