Tuesday, 23 July 2013

Jualanku - sudah sampai

Diam tak diam,hari ini adalah hari ke 14 umat islam menjalani ibadah puasa dan mematuhi rukun islam. Alhamdullilah syukur kerana Allah memberi kesihatan yang baik kepada ku dan keluarga. Terima kasih Allah. 

Berdering-dering talipon pagi ini, huh ..glamour pulak he he he. My ex-boss pulak kerap datang kat office aku, tapi tak pe lah. Dia baru berpindah office kelengkapan pejabat pun tak sampai lagi. Dengan kerani pejabat pun tak de. Hah baru dia tau at last cari aku gak kan..Nasib baik aku ni berhati mulia tak kisah meh sini aku tolong..perasan la aku ni ha ha ha.

Berbalik dengan cerita jualan ku, pesanan jualan ku telah selamat sampai pada tarikh yang dijanjikan,seronok betul aku. Alhamdullilah mencurah-curah order dari sahabat handai untuk berubah selera di bulan mulia ini. Mudah-mudahan dengan kentungan yang sedikit ini dapat dimanfaat untuk membeli keperluan yang basic bagi menyambut Aidilfitri yang bakal menjelang.


Stok jualnku sudah sampai..

Alamak ada model la pulak

Selesai packing pesanan  untuk  diagihkan esok
Setelah selesai  packing order yang akan di hantar esok, mata pun dah layu,maka sayonara lah.Kalau boleh menaip lama-lama nanti hapa-haa aku taip.haru biru nanti.

So Selamat malam dan insyallah jika diizinkan Allah kita ketemu lagi .


Sayornara...


Saturday, 20 July 2013

WANITA-Keluar angin melalui faraj

 http://www.masalahwanita.com/wp-content/uploads/2011/12/kentut-vagina.jpg



Sering kali aku tertanya-tanya batalkah wuduq aku, sah kah solat aku.  Beberapa kali aku ingin bertanya kepada rakan taulan atau ustazah tetai perasaan malu selalu melanda di hati. Sehinggalah aku menemui satu video /youtube tentang permasalahan aku ini. Terima Ya Allah kerana menyelesaikan masalah aku ni , ku kira bukan aku sahaja malah ramai wanita diluar juga mengakui mengalami masalah yang sama. Kini aku perlu meneliti yang keluar angin ini akan membatalkan wuduq atau pun tidak.

Banyak penulis blog ang memuatkan permasalahan ini diantaranya mereka menulis atau menceduk daripada beberapa rakan blog, namun ianya bagus untuk aku bagi mendapatkan info sebenar terjadi permasalahan ini. Disini aku share kan juga lebih tepat aku ceduk daripada beberapa blog bagi kalian mengetahui lebih teliti bagi menjawab persoalan ini.

Cetakan dari blog


 Adakah angin yang keluar daripada faraj membatalkan wuduk?
Di dalam sepotong Hadis, Nabi s.a.w. bersabda maksudnya: “Apabila seseorang kamu mendapati sesuatu di dalam perutnya, maka dia berasa ragu adakah telah keluar sesuatu daripadanya atau tidak? Janganlah dia keluar (iaitu keluar untuk mengambil wuduk) sehingga dia mendengar suara atau terhidu bau.” Riwayat Muslim.
Berdasarkan Hadis ini, fuqahak Mazhab Syafi’ei dan Hanbali berpendapat angin yang keluar daripada salah satu daripada dua jalan, iaitu qubul dan dubur membatalkan wuduk. Manakala fuqahak Mazhab Hanafi dan Maliki berpendapat tidak batal kerana keluar angin daripada qubul bukanlah perkara yang biasa dan tidak ada dalil yang jelas menunjukkan ia membatalkan wuduk. Oleh kerana tiada dalil yang jelas maka mereka berpegang kepada kaedah fiqhiyyah “asal sesuatu perkara itu kekal kecuali ada yang merubahnya”.

Kalau kita teliti huraian yang diberikan oleh doktor perubatan mengenai angin daripada faraj dan angin daripada dubur, jelas kedua-duanya ada perbezaan. Angin daripada faraj adalah udara yang berligar di sekitarnya, sedangkan angin daripada dubur adalah yang keluar daripada dalam usus. Dan Hadis di atas adalah merujuk kepada angin yang keluar daripada dalam usus di mana Nabi s.a.w. menyebut “Apabila seseorang kamu mendapati sesuatu di dalam perutnya,...”
Justeru, penulis secara peribadi lebih cenderung kepada pendapat fuqahak Mazhab Hanafi dan Maliki. AllahuA’lam.

Cetakan daripada Halaqah.net

Saya menghadapi masalah sering mengeluarkan angin bahagian depan. Adakah ia membatalkan wudhuk saya? Bagaimana kiranya ia berlaku waktu solat? Kerana apabila rukuk atau sujud yg mana memberi tekanan pada bahagian ari-ari, angin itu akan keluar keluar. Adakah saya perlu perbaharui wudu' dan sembahyang saya? Buat masa ni saya teruskan juga sembahyang saya. Kerana saya kira ia satu penyakit. Kalau tidak, mcmana? Saya mulai was-was dlm solat saya. Kiranya tidak sah solat saya, kenalah saya qada ya?


Jawapan;

Telah disepakati oleh ulamak bahawa batal wudhuk jika yang keluar dari kemaluan itu (sama ada depan atau belakang) adalah benda-benda yang biasa keluar iaitu tahi, air kencing, air madi, air mazi dan kentut. Adapun jika yang keluar ialah yang luar biasa (yakni jarang berlaku) seperti batu, darah atau sebagainya, para ulamak berbeza pandangan;

Pertama; menurut jumhur ulamak (iaitu mazhab Syafi'ie, Abu Hanifah dan Ahmad); batal wudhuk.
Kedua; menurut mazhab Maliki; tidak batal wudhuk.

Dinisbah kepada kemaluan hadapan, keluar angin darinya merupakan suatu yang luar biasa (jarang berlaku). Maka mengikut pandangan jumhur, ia tetap membatalkan wudhuk. Bagi Imam Malik pula; tidaklah membatalkan wudhuk kerana bagi beliau; perkara-perkara yang jarang keluar melalui kemaluan tidak membatalkan wudhuk.

Merujuk masalah puan, jika pandangan jumhur ulamak yang dijadikan panduan, maka wajiblah puan berhenti dari solat dan mengambil wudhuk semula dan kemudian mengulangi semula solat. Itu sekiranya masalah tersebut berlaku sekali-sekala kepada puan. Adapun jika ia menjadi masalah berterusan kepada puan -yakni keluar angin itu tanpa menentu termasuk adakalanya waktu solat-, maka puan menghadapi keuzuran yang sama seperti wanita istihadhah (yakni wanita yang keluar darah penyakit dari kemaluannya tanpa henti) dan orang yang menghadapi masalah sulasul-baul (kencing tak putus). Apa yang perlu puan lakukan ialah;
1) Hendaklah puan menunggu waktu solat masuk terlebih dahulu
2) Apabila masuk waktu solat, ambil wudhuk sebagaimana biasa. Jika tengah mengambil wudhuk angin keluar dari kemaluan, jangan hiraukan dan teruskan wudhuk hingga selesai.
3) Setelah selesai wudhuk hendaklah puan segera menunaikan solat, tanpa menangguh lagi.
4) Jika semasa solat itu puan merasakan angin keluar dari kemaluan, tidak perlulah puan berhenti dari solat, sebaliknya teruskan solat kerana puan dimaafkan disebabkan keuzuran yang puan alami.
5) Setiap kali hendak solat fardhu, hendaklah puan memperbaharui wudhuk puan. Tidak harus memakai wudhuk yang sama kecuali untuk mengerjakan ibadah-ibadah sunat sahaja (iaitu solat-solat sunat, bacaan al-Quran dan sebagainya). Untuk ibadah wajib, hendaklah diulangi semula wudhuk.

Firman Allah (bermaksud); "Bertakwalah kepada Allah sehabis yang kamu mampu" (al-Quran). Maka, apabila puan telah melakukan ibadah mengikut yang termampu oleh puan, tidak perlulah puan merasa syak atau was-was lagi. Begitu juga, tidak perlu puan mengqadha semula solat yang dilakukan kerana puan telah berusaha melakukan apa yang terdaya dilakukan. Dalam kaedah fiqh ada disebutkan; "Orang dalam kepayahan harus baginya mengambil kemudahan". Untuk tambahan, baca juga; (http://ilmudanulamak.blogspot.com/2008/07/kencing-tak-lawas.html)
 Upload dari youtube


So kepada kalian yang menghadapi permasalahan ini boleh lah kita fikirkan samada solat ke sah atau tidak.

Fikir fikirlah ya. Wasallam.




Friday, 19 July 2013

Soto Muar

Bulan puasa ni apa nak masak eh..?Pernah makan soto muar? mesti tiba-tiba Tanjung emas kan .Kalau pergi Tanjung Emas selain daripada juadah terkenal di Muar ..tahu tak apa juadahnya ? sudah tentu mi bandung  muar kan..tetapi jangan lupa soto pun salah satu makanan kesukaan ramai dan bukan golongan tua sahaja , golongan muda dan kanak-kanak pun suka kan.  Aku kalau balik kampung emak di Muar mesti singgah Tnjung emas untuk menikmati juadah kesukaan anak-anak , bukan diaorang jer tapi aku gak ..Soto pun aku cukup suka makan. Tetapi mengenangkan nak balik Muar selalu pun terpaksa memohon cuti..

Sekarang aku tidak lagi terkejar-kejar kalau nak makan soto ataupun mi bandung dari bumi kelahiran, Jika stok kat rumah ada maka aku tak perlu ke kedai mengoder juadah tu..hanya rebus nasi impit dan buat kuah nya dengan menggunakan rempah yang sedia ada..hanya  minit nak buat semua tu senang kan.. Nasi impit tu aku dah rebus siap-siap...kalau rasa nak tambah suon..just goreng jer lah.

Pernah jugak aku memasak di pantry di pejabat ku, kebetulah setiap hari jumaat, waktu rehat agak panjang berbanding dengan hari-hari kerja yang lain. Dengan kerjasama dari kawan-kawan sekerja, muza,kak ros,kak ajibah  aku memasak hanya menggunakan rice cooker untuk memasak nasi impit dan kuahnya. Mak oii baunya semerbak sehingga orang bawah dok talipon, aroma cukup menyusuk kalbu..ha ha ha. Bila time dah makan apalagi masing-masing terus mengorder soto aku tu..
"Sedapnya kak " ayat pertama yang mereka luahkan..kembang kempis hidungku..tapi betul dengan menggunakan rice cooker boleh menyiapkan dua juadah yang boleh dinikmati sepuluh orang..

Semalam, stok soto aku hanya tinggal  sahaja..tapi itu pundah ada orang booking...Alhamdullilah . Sekarang ini aku sedang menunggu stok baru pada minggu depan.eee..terasa lama pulak.. Sabar  lah..




Bagi sesiapa yang berminat untuk membeli ready made soto Muar , bolehlah hubungi saya di talian 
012-3441078 . Harga bagi satu kotak Soto Muar ini ialah RM 12.00.

Mudah,senang dan enak . Sudi-sudikan lah ye...preparation juadah untuk raya nanti dah ready ke ?

 









Thursday, 18 July 2013

Jualan ku dibulan Ramadhan - Nasi. beriani darat,mee bandung dan soto segera

Salam semua,

Beberapa bulan aku tidak aktif untuk membuat jualan produk Pak Ngah yang resepi produknya  memang dari Muar Johor, tempat kelahiran ku sendiri. Memandangkan aku telah pun bertukar di lokasi pejabat agak sukar aku bertemu rakan-rakan sekerja ku di Airod Sdn Bhd melainkan aku ke sana pada hari Jumaat. Itu pun hanya dua setengah jam waktu rehat diberi hanya aku berkesempatan berbual dengan teman rapat sahaja. Nak buat macammana kan..tak mengapa. Rata-rata jualan ku hanya di tempat kerja sahaja. Maklumlah dengan kepadatan waktu berkerja aku tidak berkesempatan menwar-warkan pada rakan yang luar daripada tempat kerjaku.  

Kini,aku mula bergerak aktif untuk menwar-warkan kepada rakan blog, sekiranya mahu mencuba masakan terkenal dari Muar ini secara ready made. Sungguhpun ready made rasanya masih asli . Yang penting kita wanita berkerjaya masih boleh menyediakan  menu dengan cepat dan sedap.

Meh la aku citer kan sedikit , Paste Mi bandung Muar ini, bukan sahaja senang untuk disediakan malah pihak pengeluar menyediakan cara-cara untuk menyediakan. Bayangkan hanya 5 minit sahaja Mi bandung Muar siap dihidangkan. Ianya boleh dinikmati seramai 8-10 orang. Berbaloi sangat dengan harganya hanya RM 8.50 sahaja.

Nasi beriani darat(NBD) , ianya adalah hidangan yang berat bagi mengantikan nasi putih yang selalu kita masak bersama lauk pauk yang berbagai jenis. Set NBD di  bukan sahaja mudah disediakan malah didalam set  ini selain disediakan beras basmati,dalca dan lauk beriani pun disediakan. Pembeli  yang tidak biasa memasak juadah ni dengan adanya cara-cara memasak yang disediakan dibelakang kotak NBD , aku percaya ianya sangat membantu.Harga NBD ini hanya RM 30 sahaja.


Harga yang diberikan ini tidak termasuk kos penghantaran. Segala kos penghantaran akan diberitahu mengikut kuantiti yang diminta dan lokasi pembeli. Jika ingin mengetahui secara jelas sila hubungi saya di talian 012-3441078.

Cubalah...pasti tidak menyesal







Wednesday, 26 June 2013

TIDUR YANG SELESA AKAN MENCANTIKKAN KULIT - CUBALAH .

Di Subang Jerebu masih dalam tahap tidak berapa sihat, namun aku yang berkerja tetap ke pejabat. Anak-anak pula telah bersekolah  seperti biasa  cuma sekolah Agama (KAFA) sahaja yang masih bercuti buat sementara waktu.

Sebagai langkah berjaga-jaga semalam hubby membeli topeng  mulut (mask) di klinik berhampiran rumah untuk dipakai oleh anak-anak ke Sekolah. Punyalah seronok mereka bila mencubanya tapi bila tiba kat sekolah dia malu pula nak pakai. Suka hati lah wahai anak.  

Bila waktu malam rasa bahang pula kan, nak tidur pun tak berapa selesa. namun aku telah cuba tip yang aku ceduk daripada akhbar bagi mendapatkan tidur yang  selesa;

- Sebelum anda tidur, minum segelas susu segar yang telah dicampurkan dengan beberapa titis madu.
- Pastikan sebelum tidur perut anda tidak terlalu lapar atau tidak terlalu kenyang.
- Gunakan cadar dan sarung bantal yang bersih agar anda berasa lebih selesa.
- Jangan tidur dalam keadaan terang kerana ia sedikit sebanyak menganggu tidur anda. Jadi biasakan diri anda tidur dalam keadaan malap atau gelap.
- Mandi sebelum tidur kerana ia boleh membantu anda untuk tidur dengan lebih lena.
-  Tidur lah dengan secukupnya contohnya jam 10 malam dan bangun pula jam 6 pagi.



Diharap dengan beberapa tips ini dapat membantu anda mendapat tidur yang cukup sekaligus dapat mencantikkan kulit anda. 


Selamat mencuba!

Tuesday, 18 June 2013

BUAH ZURIAT - JABAL UHUD





Pernah tak mendengar buah zuriat atau buah zuriat Adam & Hawa. Ketika kami dibawa ke Jabal Uhud ada seorang teman bagitau buah zuriat ni untuk sesiapa yang tidak mempunyai zuriat boleh diminum airnya. Wallahualam , aku pun beli gak sebab mengingatkan seorang kawan yang meminta aku mendoakan dia agar mendapat cahaya mata. Harganya 3 biji ialah 5 Riyal. Kebanyakkan ada dijual di Jabal Uhud,Jabal Rahmah dan Gua Hira'.

Aku ceduk cara dari seorang blogger , harap beliau tak marah ya...

Cara makan pun ade beberapa cara antaranya:

Cara Pertama

Beberapa rakan arab memberitahu caranya dengan menggunakan sudu di ketuk-ketuk sekitar buah zuriat ( tak perlu di belah ) dan kita ibaratkan seperti kita sagat/kikis buah ini menjadi serbuk dan di makan begitu sahaja ataupun di campur bersama susu.

Cara Kedua

Oleh kerana buah ini juga di gelar buah adam dan hawa, maka ada yang merebus dua biji buah ini sekali gus. Buah di belah kepada dua, dan di ingatkan buah ini keras dan memerlukan keupayaan yang kuat untuk membelahnya. Rebus biji dan isirungnya sekali,sehingga air bertukar warna seakan-akan teh. Dan di sarankan di minum selama 44hari atau sehingga mengandung. Diminum suami isteri dan boleh direbus berulangkali sehinggalah air rebusan itu bertukar warna menjadi putih kembali baru di ganti dengan buah yang baru.
(Boleh diminum pada bila-bila masa sahaja,malah buah ini juga kalau dia gosok-gosok ke sendi-sendi kita yang sakit,Insya Allah akan terasa kelegaannya)
Antara Surah yang boleh di amalkan semasa meminumnya ialah Surah Al-Imran ayat 38 & Selawat ke atas Nabi S.A.W (3 x)
Surah Ali Imran ayat 38
Yang bermaksud:
"Di sanalah Zakaria mendoa kepada Tuhan.
Ia berkata: Berilah aku keturunan yang baik daripadaMu. Sesungguhnya Engkaulah
yang memperkenankan segala doa."

Antara cara lain

1) Ada dengan cara menggunakan tukul besi untuk memecah lapisan luar, kemudian bijinya dihiris.   
2) Ada yang mengisar keseluruhan buah didalam mesin pengisar
3) Ada yang kata kalau nak pecahkan memang kena guna kudrat orang lelaki dengan sebilah parang.
4) Ada yang terus merebus keseluruhan buah itu begitu sahaja.
5) Ada yang merebus dua biji (sepasang) buah ini sekali gus.
6) Ada yang buah itu hancurkan isi nya dan dicampur dengan susu segar kemudian direbus, air rebusan tadi diminum














Semoga Allah merestui kepada yang dihajati.

BAITULLAH AKU MERINDUIMU



Hari yang ditunggu sudah tiba,  bagai tidak percaya yang aku sudah pun berada di Tanah Haram. Disepanjang perjalanan ku dari Madinah hati mula meronta-ronta bahkan tidak sabar untuk tiba di tanah haram Mekah. Mutawiff yang mengiringi kami  mengatakan bahawa kami akan sampai dalam masa 2 jam lagi , Ya Allah aku datang menyahut panggilan mu..entah kenapa didalam perjalanan perutku mula memulas-mulas, ingat masih boleh bertahan namun tidak dapat dibendung masalah perut ini. Agaknya ini adalah dugaanmu..aku redha. Setiba ke Masjid,untuk kami mengerjakan solat Taqyir Isyak dan solat magrib dan tempat inilah kami bermiqat untuk mengerjakan umrah wajib.Setelah berniat kami semua bertalbiah dan berzikir..hati mula sebak hanya Allah yang mengetahui

Subhanallah...Maha suci ALLAH , kalimah pertama aku menjejaki di hamparan Masjid Masjidil Haram, kakiku mula mengigil , dadaku bergelora..ahh kenapa ya. Aku tak pasti mungkin teruja untuk bertemu kaabah...Sedang aku menuruni tangga Masjid Masjidil Haram bisikan pertama ialah  MASYALLAH betapa agungnya ALLAH, betapa inilah kaabah tempat paksinya kiblat seluruh umat islam. Tiada kata hendak digambarkan hinggakan ketika ini pun air mata ku mula menitis...Betapa aku amat merindui Baitullah. Benarlah kata seorang sahabat " kalau dah pergi sekali mesti nak pergi lagi" BENAR katanya aku mengaku yang aku memang ank pergi lagi. Moga aku dianugerahkan kemampuan untuk menjejaki kesana lagi.

Ketika ziarah di Bukit Uhud

Bersolat di Masjid Quba

Masjidil Haram di waktu malam

Ziarah - Ladang Unta

Ziarah - Penjual Susu Unta -5 Riyal sebotol

Selesai solat di Masjidil Haram

Masjidil Haram sedang dalam pembinaan

Jinak merpati di rapati lari