Bulan puasa ni apa nak masak eh..?Pernah makan soto muar? mesti tiba-tiba Tanjung emas kan .Kalau pergi Tanjung Emas selain daripada juadah terkenal di Muar ..tahu tak apa juadahnya ? sudah tentu mi bandung muar kan..tetapi jangan lupa soto pun salah satu makanan kesukaan ramai dan bukan golongan tua sahaja , golongan muda dan kanak-kanak pun suka kan. Aku kalau balik kampung emak di Muar mesti singgah Tnjung emas untuk menikmati juadah kesukaan anak-anak , bukan diaorang jer tapi aku gak ..Soto pun aku cukup suka makan. Tetapi mengenangkan nak balik Muar selalu pun terpaksa memohon cuti..
Sekarang aku tidak lagi terkejar-kejar kalau nak makan soto ataupun mi bandung dari bumi kelahiran, Jika stok kat rumah ada maka aku tak perlu ke kedai mengoder juadah tu..hanya rebus nasi impit dan buat kuah nya dengan menggunakan rempah yang sedia ada..hanya minit nak buat semua tu senang kan.. Nasi impit tu aku dah rebus siap-siap...kalau rasa nak tambah suon..just goreng jer lah.
Pernah jugak aku memasak di pantry di pejabat ku, kebetulah setiap hari jumaat, waktu rehat agak panjang berbanding dengan hari-hari kerja yang lain. Dengan kerjasama dari kawan-kawan sekerja, muza,kak ros,kak ajibah aku memasak hanya menggunakan rice cooker untuk memasak nasi impit dan kuahnya. Mak oii baunya semerbak sehingga orang bawah dok talipon, aroma cukup menyusuk kalbu..ha ha ha. Bila time dah makan apalagi masing-masing terus mengorder soto aku tu..
"Sedapnya kak " ayat pertama yang mereka luahkan..kembang kempis hidungku..tapi betul dengan menggunakan rice cooker boleh menyiapkan dua juadah yang boleh dinikmati sepuluh orang..
Semalam, stok soto aku hanya tinggal sahaja..tapi itu pundah ada orang booking...Alhamdullilah . Sekarang ini aku sedang menunggu stok baru pada minggu depan.eee..terasa lama pulak.. Sabar lah..
Bagi sesiapa yang berminat untuk membeli ready made soto Muar , bolehlah hubungi saya di talian
012-3441078 . Harga bagi satu kotak Soto Muar ini ialah RM 12.00.
Mudah,senang dan enak . Sudi-sudikan lah ye...preparation juadah untuk raya nanti dah ready ke ?


No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana sudi membaca catatan saya. Sila kembali lagi.