Sering kali aku tertanya-tanya batalkah wuduq aku, sah kah solat aku. Beberapa kali aku ingin bertanya kepada rakan taulan atau ustazah tetai perasaan malu selalu melanda di hati. Sehinggalah aku menemui satu video /youtube tentang permasalahan aku ini. Terima Ya Allah kerana menyelesaikan masalah aku ni , ku kira bukan aku sahaja malah ramai wanita diluar juga mengakui mengalami masalah yang sama. Kini aku perlu meneliti yang keluar angin ini akan membatalkan wuduq atau pun tidak.
Banyak penulis blog ang memuatkan permasalahan ini diantaranya mereka menulis atau menceduk daripada beberapa rakan blog, namun ianya bagus untuk aku bagi mendapatkan info sebenar terjadi permasalahan ini. Disini aku share kan juga lebih tepat aku ceduk daripada beberapa blog bagi kalian mengetahui lebih teliti bagi menjawab persoalan ini.
Cetakan dari blog
Adakah angin yang keluar daripada faraj membatalkan wuduk?
Di dalam sepotong Hadis, Nabi s.a.w. bersabda maksudnya: “Apabila seseorang kamu mendapati sesuatu di dalam perutnya, maka dia berasa ragu adakah telah keluar sesuatu daripadanya atau tidak? Janganlah dia keluar (iaitu keluar untuk mengambil wuduk) sehingga dia mendengar suara atau terhidu bau.” Riwayat Muslim.
Berdasarkan Hadis ini, fuqahak Mazhab Syafi’ei dan Hanbali berpendapat angin yang keluar daripada salah satu daripada dua jalan, iaitu qubul dan dubur membatalkan wuduk. Manakala fuqahak Mazhab Hanafi dan Maliki berpendapat tidak batal kerana keluar angin daripada qubul bukanlah perkara yang biasa dan tidak ada dalil yang jelas menunjukkan ia membatalkan wuduk. Oleh kerana tiada dalil yang jelas maka mereka berpegang kepada kaedah fiqhiyyah “asal sesuatu perkara itu kekal kecuali ada yang merubahnya”.
Kalau kita teliti huraian yang diberikan oleh doktor perubatan mengenai angin daripada faraj dan angin daripada dubur, jelas kedua-duanya ada perbezaan. Angin daripada faraj adalah udara yang berligar di sekitarnya, sedangkan angin daripada dubur adalah yang keluar daripada dalam usus. Dan Hadis di atas adalah merujuk kepada angin yang keluar daripada dalam usus di mana Nabi s.a.w. menyebut “Apabila seseorang kamu mendapati sesuatu di dalam perutnya,...”
Justeru, penulis secara peribadi lebih cenderung kepada pendapat fuqahak Mazhab Hanafi dan Maliki. AllahuA’lam.
Cetakan daripada Halaqah.net
Saya menghadapi masalah sering mengeluarkan angin bahagian depan. Adakah ia membatalkan wudhuk saya? Bagaimana kiranya ia berlaku waktu solat? Kerana apabila rukuk atau sujud yg mana memberi tekanan pada bahagian ari-ari, angin itu akan keluar keluar. Adakah saya perlu perbaharui wudu' dan sembahyang saya? Buat masa ni saya teruskan juga sembahyang saya. Kerana saya kira ia satu penyakit. Kalau tidak, mcmana? Saya mulai was-was dlm solat saya. Kiranya tidak sah solat saya, kenalah saya qada ya?
Jawapan;
Telah disepakati oleh ulamak bahawa batal wudhuk jika yang keluar dari kemaluan itu (sama ada depan atau belakang) adalah benda-benda yang biasa keluar iaitu tahi, air kencing, air madi, air mazi dan kentut. Adapun jika yang keluar ialah yang luar biasa (yakni jarang berlaku) seperti batu, darah atau sebagainya, para ulamak berbeza pandangan;
Pertama; menurut jumhur ulamak (iaitu mazhab Syafi'ie, Abu Hanifah dan Ahmad); batal wudhuk.
Kedua; menurut mazhab Maliki; tidak batal wudhuk.
Dinisbah kepada kemaluan hadapan, keluar angin darinya merupakan suatu yang luar biasa (jarang berlaku). Maka mengikut pandangan jumhur, ia tetap membatalkan wudhuk. Bagi Imam Malik pula; tidaklah membatalkan wudhuk kerana bagi beliau; perkara-perkara yang jarang keluar melalui kemaluan tidak membatalkan wudhuk.
Merujuk masalah puan, jika pandangan jumhur ulamak yang dijadikan panduan, maka wajiblah puan berhenti dari solat dan mengambil wudhuk semula dan kemudian mengulangi semula solat. Itu sekiranya masalah tersebut berlaku sekali-sekala kepada puan. Adapun jika ia menjadi masalah berterusan kepada puan -yakni keluar angin itu tanpa menentu termasuk adakalanya waktu solat-, maka puan menghadapi keuzuran yang sama seperti wanita istihadhah (yakni wanita yang keluar darah penyakit dari kemaluannya tanpa henti) dan orang yang menghadapi masalah sulasul-baul (kencing tak putus). Apa yang perlu puan lakukan ialah;
1) Hendaklah puan menunggu waktu solat masuk terlebih dahulu
2) Apabila masuk waktu solat, ambil wudhuk sebagaimana biasa. Jika tengah mengambil wudhuk angin keluar dari kemaluan, jangan hiraukan dan teruskan wudhuk hingga selesai.
3) Setelah selesai wudhuk hendaklah puan segera menunaikan solat, tanpa menangguh lagi.
4) Jika semasa solat itu puan merasakan angin keluar dari kemaluan, tidak perlulah puan berhenti dari solat, sebaliknya teruskan solat kerana puan dimaafkan disebabkan keuzuran yang puan alami.
5) Setiap kali hendak solat fardhu, hendaklah puan memperbaharui wudhuk puan. Tidak harus memakai wudhuk yang sama kecuali untuk mengerjakan ibadah-ibadah sunat sahaja (iaitu solat-solat sunat, bacaan al-Quran dan sebagainya). Untuk ibadah wajib, hendaklah diulangi semula wudhuk.
Firman Allah (bermaksud); "Bertakwalah kepada Allah sehabis yang kamu mampu" (al-Quran). Maka, apabila puan telah melakukan ibadah mengikut yang termampu oleh puan, tidak perlulah puan merasa syak atau was-was lagi. Begitu juga, tidak perlu puan mengqadha semula solat yang dilakukan kerana puan telah berusaha melakukan apa yang terdaya dilakukan. Dalam kaedah fiqh ada disebutkan; "Orang dalam kepayahan harus baginya mengambil kemudahan". Untuk tambahan, baca juga; (http://ilmudanulamak.blogspot.com/2008/07/kencing-tak-lawas.html)
So kepada kalian yang menghadapi permasalahan ini boleh lah kita fikirkan samada solat ke sah atau tidak.
Fikir fikirlah ya. Wasallam.