Pada pagi yang mulia itu, keputusan PMR dijangka akan diumumkan jam 1030 pagi, dengan penuh sesak ibubapa mengiringi anak mereka menunju kedewan bagi mendengar keputusan PMR yang akan diumumkan nanti. Aku juga tidak terkecuali bersama kesesakan para ibubapa dan pelajar. Ini adalah kali pertama aku mengiringi anak bagi mendengar pengumuman keputusan. Aku lebih rela menunggu di pejabat dan menunggu suami atau anak aku memberitahu keputusan peperiksaan mereka. Tapi kali ini aku akan mengiringi anakku ini kerana suami tidak dapat turut serta kerana kepadatan kerjayanya.
Debaran dada kejap datang kejap hilang...dup dap dup dap..Dalam hati berbisik bilalah keputusan nak diumumkan. Makin lama menunggu makin suspen aku dibuat. Tiba lah masa untuk diumumkan, ahhh..ni yang aku tak suka dengan getaran hati ni..Seorang demi seorang pelajar naik ke pentas untuk mengambil keputusan yang pasti membanggakan ibubapa. Bohong lah kalau aku kata aku tidak menanti nama anak aku diumumkan menjadi salah seorang pelajar terbaik atas keputusan itu, Namun aku pasrah dan reda bahawasanya anak aku bukanlah tergolong daripada pelajar-pelajar terbaik itu.
Keputusan selebihnya akan di ambil mengikut kelas masing-masing, aku menunggu dengan harapan agar keputusan PMR anak ku OK..tidak meletakkan harapan yang tinggi kerana aku takut aku kecewa. Dengan wajah yang sayu dan kedengaran esakan kecil daripada anak ku , aku mula sangsi dan takut, lebih-lebih lagi dia menunjukkan slip keputusan, sebenarnya situasi ini yang aku memang tidak suka lalui, namun walaubagaimanapun aku tetap menyabarkan dirinya, padahal aku sebenarnya tidak pasti adakah keputusan yang dia dapat OK atau sebaliknya. Suami aku hubungi untuk memberitahu keputusan anakku , suami ku memang tergolong ayah yang cool dan mengucapkan syukur atas keputusan anaknya. Aku tidak pasti samada keputusan anakku OK atau bagus atau baik atau teruk..aku pun tak tahu.
Beberapa rakan baik ku hubungi bagi memberitahu keputusan anakku dan bertanya pendapat mereka. Alhamdullilah semuanya memberi pandangan yang positif. Dan akhirnya aku sedar bahawa keputusan anakku baik tetapi taklah bagus namun boleh dibanggakan. Syukran , terima kasih Allah.
Buat anakku, Tahniah diucapkan semoga kau lebih berjaya dimasa akan datang dan menjadi idola kepada adik-adikmu. Doa ibu dan ayah sentiasa mengiringimu dan semoga Allah memakbulkan doa kita.
Insya Allah. Amiinn.