Wednesday, 13 November 2013

Keputusan UPSR diumukan hari ini, aduh Kecutnya perut

Setelah berhempas pulas menjawab peperiksaan upsr, kini tiba lah masa yang ditunggu oleh setiap pelajar yang telah menduduki peperiksaan UPSR beberapa bulan lepas. Termasuklah anak aku..Maafkan mama kerana tidak dapat menemani angah untuk menerima keputusan .Lantaran itu aku yang berada di pejabat sering ditanya oleh rakan sepejabat tentang keputusan angah. Aduhhh..tiap kali itu hati tak tentu berdebar pun ada.  Sedangkan kawan tersebut sudah pun dapata keputusan anaknya yang agak cemerlang. Anak aku macam mana ?

Ya Allah kau tabahkan hati ku untuk mendengar keputusan yang bakal didengari sebentar lagi. Apa-apa pu  aku terima dan redha apa jua keputusan nya. Semalam peperiksaan PSRA diumumkan pun aku dah rasa sedih sangat ..walaupun peratusannya 80% . Entah kenapa sayu hati ku, menitis airmataku ketika aku  sujud menunaikan solat isyak, tiba-tiba jer ingatan ku berlegar apabila mengenangkan sewaktu aku pergi ke Umrah. Setiap sudut tempat yang makbur berdoa aku titipkan doa kejayaan cemerlang buat anak-anakku. Namun aku pasrah jika ianya tidak menjadi kenyataan buat masa ini namun aku berharap kemakbulan doaku akan diberikan pada masa akan datang. Itupun jika diizinkan Allah.  Semoga Allah mendengar rintihanku .

Masa berganti masa, gerak jam sentiasa bergerak..keputusan masih belum diketahui. Dengup jantung berdetak detup..agaknya para-para ibu jugak sama punya rasa macam aku....Ohhh...sabarlah hati. Tunggu je ...




No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi membaca catatan saya. Sila kembali lagi.