Tuesday, 25 December 2012

Langkawi OH Langkawi


Seingat aku last aku gi Langkawi tahun 1999, huh lama tu...sekarang banyak betul Langkwi dah beruba..padat dengan kenderaan dan pengunjung macam aku nih..tempat nak melawat pun banyak sampai tak terkejar dengan cuti aku 3H 2M. Malam 13hb Disember kami memulakan perjalanan ke
LANGKAWI...AKU DATANG


Sampai di Terminal Feri jam 5pagi setelah beberapa perhentian hubby untuk  melelapkan mata dan minum untuk menghilangkan kantuk. Sementara menunggu waktu berlepas ceh macam naik flight lak kitaorang pegi minum pagi lapar pulak..restoran yang dituju adalah Restoran Hj Abd Ghani  2
berhadapan dengan Terminal dan punyalah ramai sebab makanan yang banyak pilihan serta promosi baik nyer...

Tempat menarik yang patut dilawati :-

1. Kota Mahsuri
2. Underwater World
3.Cable Car-Jalan Telaga Tujuh  Burau Bay Pantai Kok Beach, 07000 Pantai Tengah.
4. Hoping Island - Pulau Singa Besar, Pulau Dayang Bunting , Pulau Basah
5. Bershopping Coklat di komplek haji Ismail 
6. Idaman Suri - Macam-macam ada
7. Telaga Tujuh

Inilah Restoran Hj Abd Ghani 2..ramaikan...
Terminal Feri Kuala Perlis
 Kalau korang nak tahu banyak tempat menarik di Langkawi ni ingatkan sumpahan Mahsuri yang pernah kita baca dari buku-buku cerita masa sekolah dulu dan dari media massa "sumpahan Mahsuri telah berakhir" setelah 7 keturunan telah berjaya ditemui. Aku dan family hanya sempat beberapa tempat jer memandangkan kami bercuti hanya 3hari 2 malam diantaranya :-
 Kota Mahsuri - sekarang ni berbayar jugak dulu-dulu tahun 90'an free jer. he he 
Inilah khabarnya rumah kediaman Mahsuri dan keluarganya
Bersantai di rumah Mahsuri
Anakku yang sorang ni memang kak gambo
Minum-minum di depan rumah Mahsuri, sejuk memandang sawah padi

2.Cable Car

Memang best

Matahari terbenam di Puncak 

Skycar (Cable Car)
Island Hoping 

 Ini aku terkena..diaorang  charge tiket  sorang RM35, aku ingat standard la harga tiket rupanya mahee..tapi orang kerana tiada pengalaman g aku follow jer lah.  Rupanya tiket tu beli aje kat  langkawi atau tempat penginapan dekat-dekat  situ murah pun murah , kira boleh dapat RM25 ataupun RM15. Jalan-jalan 3 Pulau iaitu Pulau Dayang Bunting, Bagi Helang Makan di Pulau Singa  & Bagi Ikan Makan di Pulau Basah.

Bagi Ikan di Pulau Basah :-

Tips :- 

1.Oleskan krim sunburn dari Jeti
2.Bawa roti untuk bagi tarikan ikan datang kepada kita, seronok ikan berlumba-lumba capai roti dijari kita
3.Bawa air atau kudapan 
4. Jangan bawa tuala, cukup sekadar tuala bersaiz kecil
5. Jangan lupa ambil gambar buat kenangan-kenangan 

Pulau Dayang Bunting
Terletak di tengah-tengah bukit-bukit berhutan lebat di sebuah pulau selatan Pulau Langkawi adalah Tasik Dayang Bunting, tasik terbesar di Langkawi. Garis besar dari bukit-bukit dan berbatu singkapan di salah satu sisi tasik menyerupai bentuk seorang wanita hamil berbaring telentang. Namun, nama kedua-dua pulau dan tasik tersebut dihubungkan dengan legenda seorang puteri cantik yang berkahwin dengan seorang putera duniawi. Anak pertamanya meninggal segera setelah lahir. Dia begitu sedih dan tertekan bahawa ia menanam anak di perairan yang jernih dari tasik. Sebelum ia kembali ke tempat tinggal surgawi, dia memberkati air sehingga setiap gadis punya anak yang mandi di tasik akan mengandung sesudahnya..

Lagenda - Pulau Dayang Bunting

Geramnya tengok ikan....di Pulau Basah _ Mulanya anank dara aku tak nak basah  
tapi bila dah ikan duk kat dia , baru rasa seronok 

 Underwater World 
Tempat ni pun best anak-anak seronok..lagi seronok masa tu ada persembahan dari singa laut dan penguin - Syokkkk

Apa-apa pun explorasi sekeluarga amat seronok dan terancang dengan baik dan budget pun tidak melampau, Dengan budget yang masih berbaki  balik dari Langkawi aku dah plan nak ke Pulau Pinang...
PULAU PINANG AKU Otway...next part okey  C U


2. Cable Car J alan Telaga Tujuh  Burau Bay Pantai Kok Beach, 07000 Pantai Tengah

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi membaca catatan saya. Sila kembali lagi.