Saturday, 15 September 2012

HaDiAh HaRi KeLaHiRaN PuTeRi-PuTeRikU..


 


Teringat waktu usia masih muda, sekarang tak lah tua sangat , bila tiba hari lahir mak akan buat pulut kuning dan kari ayam, kemudian diberikan pada jiran-jiran rumah, sedekah katanya. Memang hati ini rasa bangga betul , bilamana juadah tu di hantar pada jiran-jiran rumah, pastu  makcik-makcik jiran ucapkan seamat hari jadi semoga panjang umur, ada yang bagi ampau sempena hari lahirku .Kek hari jadi memang tidak pernah beli inikan pula meniup lilin ..huhh jauh berbeza dengan puteri-puteri ku,  mereka menghitung hari bila tiba bulan kelahiran mereka, sambil membayangkan hadiah yang perlu kami suami isteri beli..Kek jangan ditanya mahu sorang satu padahal tarikh kelahiran mereka selang satu hari dan bulan yang sama. Walaupun pendapatan kami tak seberapa namun hasrat puteri-puteriku tidak kami hampakan.  Si Angah mahukan beg Shasha katanya boleh bawa kesekolah bila waktu peperiksaan , nasib baik si adik yang bongsu mahukan hadiah yang sama dengan Angah. Si kakak yang sulung mahukan Gitar. Aduhai ..kuat sungguh pengaruh Najwa Latif . Si kakak ni memang minat habis dengan penyanyi cum pelajar  Najwa latif, pemakaian tudung pun ikut fesyen Najwa Latif,..takpa lah nak asal kau gembira. Kami suami isteri sepakat nak belikan gitar tong second hand. Dia kata Ok. Alhamdullilah..Survey punya survey price boleh tahan tak mahal sangat . Hari ini kami pergi ke CASH CONVERTERS MALAYSIA, di Shah Alam untuk beli gitar untuk puteriku yang sulung . Guitar - Acoustic/Gstring harganya RM 139.00 warna hijau.  Dia pun suka , kami pun lega. Kalau sesiapa yang berminat membeli barang second hand tapi masih berkualiti  ini alamatnya :-
Cash Converters Malaysia, 32 & 34 Jln Tengku Zabedah D 9/D. Seksyen 9, Shah Alam. Tel : 03-55103661
Ok lah..minta diri dulu ..gitar dah berbunyi..chewahh....

Selamat menyambut Hari Malaysia, semoga Malaysia tetap aman dan harmoni dibawah pimpinan PM. AMin.
 https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjOjbBUinO211YQjVwIMfHCNLmwAKc9Fvz1AwdpfvRB1h133-29B_IutN1eLDvcuEqMM9qB9LrB6iwjp35_IBuxaUKSwYYdjQDBLILmH29FTC4WhtXclrupywQx7KnjY106P_U4jNRq5Zs/h120/IMG_3045.JPG

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi membaca catatan saya. Sila kembali lagi.