Tuesday, 22 January 2013

JERAWAT DI VAGINA-APA PENYEBABNYA ?



Hai Gurlz, pernah tak mengalami jerawat di vagina, aduh memang tak selesa kan. Jom kita terjah mengapa, kenapa dan puncanya masalah ini, kalau sapa -sapa yang tambah dipersilakan boleh lah kita share sama-sama . Terima kasih kepada majalah Yezz.


Sebenarnya bintik kecil seperti jerawat dikawasan vagina ini sering dialami kaum gurlz. Jerawat tersebut disebut 'Hidradenitis Suppuraliva'. Jerawat di wajah melibatkan kelenjar minyak, manakala jerawat di vagina pula berkait rapat dengan kalenjar peluh(apokrin). Kalenjar ini akan membentuk jerawat ketika tersumbat. Menurut Healty-Skin-Guide, jerawat vagina tidak berbahaya dan boleh diatasi dengan pelbagai cara termasuk ubat-ubatan.

Peluh
Peluh adalah penyebab utama(dan paling umum) jerawat di vigina. Peluh di kawasan celah kangkang akan mengumpul bakteria yang boleh menyebabkan peradangan dari pori-pori peluh. Keadaan ini akan menyebabkan tumbuhnya jerawat di kawasan tersebut. Jika penyebabnya adalah peluh tidak ada cara lain untuk mengatasi kecuali mengenakan seluar dalam yang bahannya menyerap keringat seperti cotton. Hindari dari bahan sutera atau nilon.
Seluar dalam yang ketat
Jika seluar dalam terlalu ketat, kitaran udara jadi tersekat. Peluh pun menjadi sumber bakteria. Selain itu, seluar dalam yang ketat juga boleh menimbulkan gesekan dengan kulit di kawasan vagina sehingga melecet. Jika terdedah kepada bakteria bahagian yang kemerahan ini akan menimbulkan infeksi dan akhirnya menimbulkan jerawat. Untuk menghindari gesekan pada kawasan vagina, pakailah seluar dalam yang selesa. 
Malas menukar tuala wanita
Jangan hanya menganti tuala wanita ketika cairan darah sudah sepenuh. Gantilah setiap empat jam untuk menghindari kelembapan pada kulit.  Bakteria 'Staphylococcus aureus' atau 'streptococcus pyogenes' mula menyerang kulit lembab dan yang terdedah pada luka. Bakteria ini boleh hinggap pada kulit bahagian tubuh yang lain, sehingga merebak ke kawasan vagina tanpa kita sedari.
Kitaran hormon
Hormon progesteron mempunyai efek yang sama pada kalenjar 'apokrin', seperti juga kalenjar minyak pada wajah atau punggung. Peningkatan progesterom yang tinggi akan memancarkan ketidakseimbangan hormon pada tubuh gurlz, yang kemudian menyebabkan tumbuhnya jerawat di kawasan vagina. 
Pengambilan makanan bertelur
Makanan jenis ini mengandungi lemak yang tinggi dan boleh menyumbat pori-pori dan menyebabkan jerawat. Semak kembali apa saja yang you all makan seminggu yang lalu untuk mengetahui jenis jerawat tersebut memang disebabkan oleh pemakanan.
Rambut yang tumbuh ke dalam
'Ingrown hair'  atau 'bulu pubis' yang tumbuh ke dalam lazimnya disebabkan oleh kebiasaan mencukur kawasan tersebut. Ketika mencukur, boleh jadi alat pencukur telah melukakan pori-pori 'bulu pubis' tersebut. Kemudian sepanjang proses 'pemulihan' menutup luka dan membawa folikel rambut tersebut, situasi inilah yang menyebabkan bengkak yang mirip jerawat itu terjadi.
Kesan alergi
Jika jerawat tumbuh di vagina setelah you all mengambil beberapa jenis makanan yang biasanya tidak you all makan, mungkin saja jerawat ini merupakan reaksi alergi daripada makanan tersebut. Kebanyakan kesan alergi boleh dikesan dari kulit yang kemerahan atau timbul bintik-bintik mirip dengan jerawat atau bisul.

Masih ada beberapa penyebab lain munculnya jerawat vagina. Antranya, penggunaan detergen(sabun pencuci) yag terlalu kuat dan masih meresap di seluar dalam, stres atau keadaan kesihatan lain. Pada dasarnya, jerawat ini tidak perlu dipicit kerana boleh menimbulkan kesan sampingan yang lebih teruk.

Wokey, harapan Uda semoga paparan ini  menjadi panduan pada kaum gurlz di Malaysia khususnya. Sebab tulah Uda suka sangat taip di blog walaupun blog Uda tak secantik blog-blog yang lain, namun apa yang tersemat dihati Uda adalah apa  saja yang Uda paparkan di blog dapat menjadi panduan.  Kita sharinglah kan.


Sumber ; noor musa -majalah yezz

Wednesday, 2 January 2013

GM KLANG, KLANG

Memandangkan tahun baru 2013, uda nak le rasa pakai baju baru , seluar baru, kasut baru barulah ada semangat nak pergi keroje , macam anak-anak uda masing-masing tukar kasut memang dah semestinya maklumlah nak meningkat umur , ukuran kaki pun lebih 1 inci, baju pun kena tukar, dah singkat malu katanya, beg..dapat jugak ..anak-anak sekarang kalau tak tukar kesian pulak..tak pe lah uda tak kisah  asal tidak keterlaluan dan membazir ,harap-harap pelajaran mereka sumanya tip top..insyallah

Nak cerita lah ni, kawan -kawan Uda ada kata nak beli baju murah li lah kat GM Klang, lama jugak uda nak fikir macammana lah rupanya GM Klang tu , best ke memang murah ke atau sebaliknya. Semalam balik dari Majlis perkhawinan anak kawan keroja , uda bisik dengan suami boleh pergi ke GM Klang tu, alhmadullilah suami uda mengangguk..huh dapat jugak pergi. Lokasinya meh uda terangkan. Penah pergi Jaya Jusco Bukit Tinggi ? kalau pernah senang beno nak cerr..lokasi nya memang dekat daripada JJBKT agak-agak 200 meter memang nampak jelas kalau dah berada di Jalan raya .

Dari Jalan Raya dah nampak
Besor juga mcm shopping Mall
Soft Pink untuk si gadis
Mak uiiii.....banyak nyer kedai-kedai dalam tu, macam-macam aderr...pilih mana yang berkenan harga pun boleh lahhh nak kata murah ader yang murahke? hega tu Uda tak nak kata murah tapi boleh la...sama jer hega kat luar tapi yang syok nyeer banyak pilihan   kelengkapan pakaian , rumah pun  ader..Uda suka tengok design beg-beg remaja comel-comel, tangkap jugak satu untuk anak gadis Uda..suke dia.harganya pun ok jer..tak mahal..Beg jenama tapi tak ORI pun ader..heh heh kalau setakat nak melawa pun boleh apa salahnyer..bukan orang nak belek kan..Untuk anak dara sunti tu dia nak kasut, nasib baik kasut made in Thailand ader,tangkap gak sepasang RM 20 comeyyy gak .Sapa-sapa yang teringin nak bershopping kat sini pun bole...baju anak-anak kecil banyak comel...sumanya.. so pergi lah YA..
Kemeja & Skirt Salsa RM 60


 GM KLANG
Cute sangat kan Harga RM 20
Address: P4-40 & P4-41 Jalan Kasuarina 1, Bandar Botanic Capital, Klang, Selangor